Rabu, 11 Disember 2013

RENUNGAN KU ...

.


Seorang pemikat burung akan mendapat hasil lebih kerana sabar, senyap dan kebijaksanaannya berfikir.Dia akan mengasuh burung denaknya berbunyi lembut dan memikat hingga burung-burung liar berterbangan dan berkicau sering terperangkap.

Pemikat burung yang bijak dan cerdik tidak akan buat bising dan akan memujuk dengan baik serta membiarkan denaknya bebas tetapi dalam pada cukup masa dan ketika denak akan sentiasa kembali semula ke dalam sangkar tuannya.

Jika sesuatu yang menjadi milik kita walaupun terlepas bebas masih dapat ditangkap dan digenggam semula. Akan tetapi seandainya sudah bukan menjadi milik kita rezeki kita burung yang terkurung di sangkar pun terlepas bebas.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...