Kini usia ku telah pun mencecah ke 53 tahun pada 10.3.2011 yang lalu, walaupun setahun ketika menyambut hari lahir ku yang ke 52 tahun bagikan baharu saja berlalu namun tidak terasa hari-hari menjejak ke usia ini, Waktu terlalu berlari pantas meninggal hari-hari dibelakang.Namun segala kenangan yang ditinggalkan sedetik demi sedetik, sehari ke sehari, bulan demi bulan, hinggalah setahun, bagaikan masih lagi bermain dan terbayang diruangan mata dan minda.
Mengimbas kenangan ditahun lalu diusia 52 tahun terlalu banyak kenangan yang menarik, indah dan beranika warna kerana pada usia itu aku telah dapat bertemu sahabat-sahabat dan kawan-kawan sekolah ku di hari perjumpaan bekas pelajar sekolah, majlis berbuka puasa, sambutan hari raya dan perjumpaan dijemputan perkahwinan anak-anak sahabat bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh serta ziarah menziarahi sahabat handai.
Namun begitu saat yang manis ketika hari jadi yang ke 52 tahun, adalah sambutan hari jadi ku yang telah dilakukan oleh anak-anak ku secara tiba-tiba meskipun harijadi ku telah berlalu beberapa hari.Sebenarnya aku tidaklah begitu menitik beratkan sambutan hari jadi, hanya setakat mengingatinya dan berlalu begitu sahaja.Akan tetapi harijadi ku yang ke 53 tahun ini aku rasa begitu bahagia dan indah kerana menerima ucapan yang begitu ramai yang terdiri dari anak-anak, keluarga dan sahabat handai.
Aku juga tidak melupakan ucapan tersebut dan ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana kesudian semua memberi ucapan selamat harijadi kepada ku secara lisan, telefon, pesanan ringkas dan melalui alam maya 'facebook'.Semoga tali kekeluargaan dan persaudaraan kita akan lebih erat dan kukuh.Jasa baik semua akan ku hargai dan akan ku lipatkan dalam ingatan sanubari ku selagi hayat dikandung badan.Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan usia dan dapat bertemu lagi dimajlis-majlis tertentu, Insya Allah.
Emmmmm.... inilah yang sering dibibirku sebelum mengeluarkan kata-kata, maka aku ingin memulakannya sekali lagi !..emmmm pada hari ini 10.3.2011 maka genaplah usiaku yang ke 53 tahun, Alhamdulilah dipanjangkan Allah lagi usiaku, dengan kesihatan yang biasa dengan nikmat anugerah Allah jua dapat aku melihat lagi sinar mentari dan merasai nikmat malam.Aku tetap mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah serta Insya Allah masih cekal melalui jalan-jalan liku dunia seharian yang begitu mencabar serta menuntut kekuatan hati merempuhnya.
Aku tetap aku mengikut acuan dan hala sendiri tanpa lari dari garis dan ketetapan haluan hidup ku.Aku amat gembira disamping isteri, anak-anak dan masih lagi bersama kawan-kawan dan sahabat handaiku.Bagiku kalian semua adalah bahagian jiwa ini meniti usia senja ku kini.Hidup seharian ku adalah biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu mewah dan tidaklah semiskin hina, aku berpegang pada prinsip hidup yang sederhana.Meskipun aku kurang berharta serta tidak berpangkat tinggi namun aku berbangga mempunyai sahabat handai yang baik tanpa mengira pangkat, darjat dan ukuran kekayaan, inilah nilai aset ku yang paling berharga didunia ini.
Dengan kehadiran tarikh keramat ini aku berdoa kepada Allah agar hidup ku bersama anak-anak, keluarga serta sahabat handai akan lebih bahagia serta aku berdoa agar kesihatan ku dan kalian semua sentiasa berada didalam sihat untuk kita hadapi hari-hari mendatang supaya kesejahteraan dan kebahagian ku ketika berpijak di bumi nyata ini akan lebih bersinar dan damai.Sememangnya aku terlalu berbangga mendapat sahabat handai yang sentiasa mengambil berat dan setia dalam persahabatan.Selagi darah mengalir ditubuh, nadi masih berdenyut, fikiran masih waras, sahabat handai, rakan dan taulan adalah sebahagian dalam jiwa ini dalam meniti usia senja.....
Tiada yang istimewa dalam hidupku semasa hari lahir ku yang ke 53 tahun pada 10.3.2011, tiada sambutan apa-apa, aku melaluinya seperti hari biasa cuma aku sedikit berbangga kerana menerima ucapan selamat hari jadi dari anak-anak, sahabat handai, baik di pejabat, jiran tetangga dan melalui alam maya.Itu sudah amat mengembira dan membanggakan aku dibandingkan dengan hari-hari biasa, namun begitu sesuatu yang menyedihkan hatiku pun ada kerana seorang insan yang terlalu hampir dengan ku buat tak tahu, tak kisah, dan tak endah langsung terhadap ku, namun tak apalah aku terima keadaan itu dengan sabar dan sedikit keciwa.Apalah yang hendak dikatakan.
Biarlah aku simpan segala yang terbuku dihati ini untuk seharian ini.Kebiasaannya tepat jam 12.00 pagi setiap tarikh 10.3, setiap tahun sekurang-kurangnya aku menerima pesanan ringkas, namun tahun ini, ucapan yang ku harapkan langsung tiada, membuat hati ini begitu sayu,sedih dan pilu, kenapa terjadi begini tidaklah aku tahu. mungkinkah lupa, adakah aku sudah tidak diendah dan dihargai lagi, sehinggakan langsung tiada terkenangkan harijadi ku, ohhhh sedihnya.Apakah salahnya diri ini hingga diperlakukan sebegini, mungkin kah sebagai menunjukkan ketidak puasan hati, memberontak atau pun sudah berubah hati, entahlah.
Aku tidak mungkin membalas dendam kerana aku adalah aku yang akan dan sentiasa menghargai hati dan perasaan orang lain, terutamanya mereka yang terlalu rapat dengan ku.Biarlah aku seorang sahaja yang diperlakukan sedemikian walaupun hati kecil ini menangis.Hanya anak-anak dan sahabat handailah yang menjadi penawar ku dihari aku menjejaki usia 53 tahun dan berlalu seharian hinggalah berakhirnya hari yang aku rasa bersejarah ini.
Aku dengan rasa rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mengucapkan selamat hari jadi untuk ku, dan jasa baik semua yang terlibat akan ku kenang dan ku junjung tinggi, mudah-mudahan diri kalian semua jua akan diberkati dan dirahmati Allah.
Owh Mat pun dan lepas hari lahirnye, ingat Lan aje. Selamat hari lahir sahabat ku moga kita terus diberi petunjuk dan keberkatan...
Semoga bahagia selalu, Mad
selamat hari jadi...semoga usia dipanjangkan Allah dan kesihatan yg berkekalan...dalam diam tak diam kini umur saya pun sudah 51 tahun pada 8.3.11 yang lalu...di murah kan rezeki...Insyllh
selamat hari lahir, semoga diberiNya kesihatan, kebajikan dan keberkatan...
appy bday tokwan..... moga2 shat & pnjng umur....dimurahkn rzki. amin..........
selamat hari jadi semoga panjang lagi umur sahabat....
Mohd Adnan Selamat Hari Lahir TW moga2 dengan umur dan rezki yg Allah swt beri kita akan menjadi hamba yg lebih bersyukur dan pemurah.
Selamat Hari Lahir sahabat.Sama-sama kita berdoa semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Nya
Selamat hari lahir diucapkan kpd TW, semoga digandakn rezeki dgn kesihatan yg wal afiat sentiasa...ade buat majlis makan2 ke..?
Selamat ulang tahun tahun yg ke 53.semoga diberi kesihatan yg baik dan murah rezeki bahagia sefamily...sama ropenye umor ngan kwn teman ni....hehe
Jazz Unmil
Saya mendoakan agar sentiasa sehat sejahtera n kaakrapaan hubungan yg kini terjalian adalah daya usha dari mu ~~~tk n teruskan
hasrat yg murni ini. Amin
Fifi Ahmad
Selamat ari jadi ayh...sm0ge panjg um0, dimurahkan rezeki n sentiasa gembire dlm id0p. pp rindu n syg ayh sgt2...
catatan :