Sejak dilahirkan mengenal dunia dari perut ibu, menyusuri saat ke saat, detik ke detik, hari berganti, bulan ke bulan merangkak setahun demi setahun sehinggalah kini aku meniti dari alam bayi, kanak-kanak, remaja hingga dewasa kemudian menjadi matang, kini aku meneruskan perjalanan hidupku melalui titian ke alam senja.Tanpa disedari meninggalkan kenangan dan sejarah, suka duka kehidupan, tawa dan tangis setelah 54 tahun berlalu sejak mula berusia sehari melihat dunia.Usia yang semakin bertambah, rezeki walau tak tumpah meruah namun memadai untuk ku meneruskan kehidupan yang serba sederhana.
Walaupun harta ku tidak menggunung banyaknya namun aku mempunyai 3 harta yakni anak-anak ku yang bakal mewarisi keturunan ku.Aku berbangga menjadi seorang suami dan seorang ayah.Sesungguhnya mereka inilah harta ku yang paling bernilai sekali di dunia.Syukur, Alhamdulilah kehadrat Allah kerana memanjangkan usia ku serta memberi kesihatan dan kesejahteraan pada hamba mu ini.Pada aku bermohon berikanlah aku hidayah, rahmat dan keberkatan untuk ku meneruskan perjalanan hidup di kulit bumi mu ini, Ya Allah ....

Kamaludin Karmain
Fatin Nur Atiqah

Anantha Murali

Esyatul Zahra Ariffin
Mohd Amirul Hafidz Ahmad
Mie Ahmad

Eyna Ahmad

Mohamad Saadon Haron

Rozalin Anowar
Happy birthday!

Sharoom Salleh

Mohd Fazli Mat Doa
Faizol Teh
Rashidi Manap

Ally Nexx
Tarmizi Simin
Ismail Pk

Tina Syawal
Hazimah Hazfashion
Roslan Khairuddin
Adi Wira Mohd Zin
Mohammad Firdaus Musa
Sarah Baniamin

Tasuki Kasbi

Shamsul Rahman
Mustapa Mrashid
Ramsinah Abdul Latib

Baharuddin Md Noor
Hendi Mirdad Yazid
Marhaini Omar

Suhaila Wahab
tw....bday tw
Abdul Rahman
hepi besday Mad

Sue Lavender
Siti Nurhamizah















































