Jumaat, 12 November 2010

~ 4 sahabat masa muda belia ~


Dari kiri: Johari Jalaluddin, Rashidi Manap, Ahmad Harun, Ameruddin Mat Som Gambar ini diambil pada tahun 1975 di Taman D.R Seenivasagam, Ipoh.

Johari (Joe) ~ berasal dari Kg Tengah Bukit Pekan, Kampar dan sekarang bertugas sebagai Penguatkuasa dalam Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, dengarnya sekarang bertugas di Padang Besar, Perlis, sudah lama juga tidak berjumpa dengan Joe kira-kira 3 @ 4 tahun yang lalu.Semasa bersekolah aku selalu juga mengikutnya balik ke kampung beliau di Bukit Pekan, dan Joe juga selalu berkunjung kerumah ku semasa hari raya.

Rashidi Manap ~ berasal dari Kg Raban, Lenggong, dan beliau telah tinggal di kuarters asrama Jalan Watson kerana mengikut bapanya yang bertugas di asrama tersebut.Beliau telah mula bersekolah di St.Michael, Ipoh semasa dalam tingkatan 4 setelah bertukar dari Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said, Lenggong.Sekarang Rashidi adalah salah seorang chef yang terkenal di Malaysia.

Ahmad Harun @ tw ~ ( tidak perlu diperkenalkan) kerana tuan/puan semua boleh merujuk ke halaman tw diblog ini.

Ameruddin Mat Som ~ berasal dari Kampar, tetapi kampung asal ibunya ialah Kampung Ampang, Tapah.Beliau lebih dikenali dengan panggilan Jaja oleh keluarganya dan kawan-kawan, buat masa ini beliau menetap di Kampung Sungai Gading, Tapah dan bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Buyong Adil Tapah.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...