Aku tertanya-tanya pada diri sendiri kenapa orang-orang tua selalu melarang anak-anak bermain-main di luar rumah pada waktu tengahari rembang iaitu ketika matahari tegak di tengah langit, ketika itu bayang-bayang betul-betul berada dibahagian kaki seandainya sedang berdiri.Menurut mereka selain waktu senja, waktu ini juga syaitan, iblis dan jin berkeliaran dan dibimbangi mereka akan mengganggu manusia yang lemah semangatnya.Jadinya waktu itu mungkin menjadi waktu pantang kepada kepercayaan orang-orang tua.Adakah pandangan mereka itu kuno dari pandangan ahli sains dan masyarakat moden.
Namun begitu adakalanya pandangan orang-orang tua berkaitan pantang larang ini ada kebenarannya dan mungkin juga ada munasabahnya kerana selalunya petani, peladang dan pekerja hutan mengusahakan kebun atau sawah akan turun pada awal-awal pagi dan berhenti rehat pada waktu tengahari yakni sebelum jam 12.00 tengahari dan akan menyambung semula tugasan mereka setelah jam 2.00 petang sekiranya mereka ingin menyambung kerja dan tugasan semula.
Maka tidak hairanlah mereka melarang anak-anak bermain di waktu tengahari tersebut.Mereka selalu mengatakan waktu tersebut kurang sesuai kerana waktu itu jin dan syaitan berkeliaran serta suka menganggu, menyampok atau merasuk terutamanya pada kanak-kanak dan wanita serta kepada mereka yang berjiwa lemah yang membuat kerja-kerja di kebun yang jauh terpinggir atau di dalam kawasan hutan.Jika terkena gangguan pada masa itu kata mereka, seseorang itu sukar untuk diubati atau dipulihkan.
Seseorang akan keteguran atau kesamparan hingga membuat mereka demam atau tersampok yang memerlukan bomoh atau pawang atau orang yang mempunyai ilmu perubatan tradisional untuk memulihkannya.Ada pula yang menggunakan jampian dengan menggunakan bawang ataupun kunyit hidup yang dibelah dua untuk dijampi yang dikenali sebagai jampi ketegur.Sejauhmana kebenarannya tidaklah aku ketahui kerana aku tidak berpengalaman dalam soal ini, setakat mendengar cerita orang-orang tua sahaja.

Entahlah aku tidak pasti adakah pandangan mereka itu betul atau pun tidak.Aku mengambil pandangan mereka itu ada kebetulan dan kebenarannya dari sudut pandangan berbeza.Pada pandangan akal ku bahawa pada waktu tengahari kebiasaannya ketika itu cuaca amat panas apabila matahari betul-betul berada di atas kepala, maka seandainya kurang ketahanan badan kebiasaannya seseorang itu akan berasa panas, berpeluh dan kurang selesa, mungkin akan diserang demam panas ataupun pitam.
Waktu itu juga perut mula berkeroncong untuk diisi begitu juga kerongkong dan badan memerlukan air untuk menghilangkan dahaga dan mengimbangi suhu badan.Tidak hairanlah sekiranya kekurangan kandungan air di badan boleh menyebabkan penyakit lain mudah menyerang, kemungkinan darah dalam badan juga menggelegak kepanasan dan cair sehingga menyebabkan alirannya tidak menentu, boleh sahaja menyebabkan tekanan darah begitu laju.
Sebagai contoh, seandainya anggota badan kita terluka di waktu tengahari darah akan keluar begitu banyak dan laju jika dibandingkan darah yang keluar dari luka pada sebelah pagi atau pun malam.Entahlah aku bukannya seorang doktor yang boleh menghuraikan bab ini hanya setakat telahan aku sahaja sekadar memikir secara logik akal sendiri tanpa berpandukan fakta-fakta sahih yang ilmiah.Mungkin pandangan aku berbeza dengan pandangan orang yang lebih berilmu dalam bidang mereka.
Aku terfikir bahawa pada waktu tengahari rembang, bukan manusia sahaja yang lapar dik perut yang kosong, dahaga di kerongkong dik teriknya haba panas matahari, kemungkinan binatang liar juga turut lapar dan dahaga, mereka juga ingin mengisi perut dan mencari air untuk menghilangkan dahaga setelah berehat atau setelah mereka baru terjaga dari tidor.Sekiranya kita berada di sawah, kebun atau di dalam hutan ketika itu mungkin akan membahayakan diri kita jika bertembung dengan binatang buas tersebut.
Mungkin ular, lipan, kala jengking sangat aktif pada masa itu merayau mencari makanan, kita masih bekerja di sawah atau di kebun, tanpa disedari kita terpijak tanpa sedar maka mereka akan bertindak balas menyengat atau mematuk kaki.Bayangkanlah pula harimau ganas dan binatang buas yang lain sedang kelaparan mencari binatang lain untuk diburu, tiba-tiba terserempak pula dengan kita, sudah tentu kita menjadi mangsa.Tambahan kita berseorangan atau bersendirian ketika itu, tiada siapa yang dapat menolong.
Aku pernah juga mengalami kejadian yang mungkin menjadi pengalaman dalam hidup ketika melakukan kerja di ladang tempat ku bertugas bersendirian di waktu tengahari rembang, ketika aku sedang asyik menjalankan tugas tiba-tiba aku mengalami keadaan seperti berada di alam lain yang begitu sunyi langsung tiada bunyi kicauan burung.Aku mula takut dan tubuh menggeletar, namun aku teringat pesanan orang tua supaya jika menghadapi suasana begitu kita perlu menenangkan hati dan melaungkan azan.
Alhamdulilah tiba-tiba aku bersemangat semula terus sahaja keluar dari ladang tersebut.Apakah yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Kemungkinan ketika itu terlalu panas membuat badan ku teramat letih.Pernah juga aku pergi melawat kebun untuk ditanam semula secara berkelompok.Aku dan beberapa orang kawan sekerja masuk ke kebun yang agak luas bersama pemilik-pemilik kebun mengikut kebun masing-masing.Kebun yang aku lawati tidaklah berapa jauh dari kawan-kawan yang lain tetapi aku dan pemilik kebun itu telah tersesat tidak jumpa jalan keluar, meskipun pekebun itu boleh dikatakan setiap hari melaluinya.
Pekebun itu mengajak aku duduk berehat sebentar untuk melepaskan penat dan berikhtiar mencari punca jalan keluar.Aku lihat mulut pekebun itu berkumat kamit mungkin membaca ayat-ayat Al-Qur'an seterusnya berdoa.Beberapa minit selepas itu dia bangun lalu mengajak aku bergerak dari situ kerana pada masa itu sudah hampir jam 12.00 tengahari.Beberapa kali kami berpusing-pusing di penjuru kebun akhirnya pekebun itu dapat menjejak semula jalan keluar sedangkan kami telah beberapa kali melalui punca jalan keluar tersebut.
Menurut pekebun itu sebenar kami telah dimainkan oleh perut masing-masing yang telah lapar sehingga menyebabkan fikiran buntu dan pandangan mata bercelaru ketika itu.Mujurlah kami tidak tersesat lebih jauh.Kawan-kawan yang lain sudah lama menantikan kami di luar.Pengalaman seterusnya aku pernah masuk ke kawasan kebun yang telah lama tidak diusahakan pada waktu ketika matahari berada dikedudukan tegak di langit.Keadaan kebun-kebun yang kami lalui hanya terdapat lorong-lorong laluan binatang dan laluan orang mencari rotan.
Aku masuk beramai-ramai dengan beberapa orang yang ingin mengusahakan kebun yang terbengkalai itu.Kami merintis jalan dan menanda sesuatu pada pokok sebagai pedoman untuk kami keluar nanti.Setelah selesai kami meninjau kawasan, kumpulan kami telah tersesat di dalam hutan, air minuman semuanya habis, bekalan kuih yang kami bawa juga turut selesai dimakan semasa kami berehat, perut pula berkeroncong semula, fikiran buntu mencari jalan keluar, mujurlah ketika itu aku teringat ada membawa kompas kecil dalam beg sandang ku untuk kegunaan tugasan, kecemasan dan pedoman.
Akhirnya dengan penggunaan kompas tersebut kami dapat keluar dari hutan itu pada sebelah petang, walaupun jauh tersasar dari jalan mula-mula masuk tadi, masing-masing kelaparan, kehausan dan keletihan.Pengalaman seterusnya yang tidak boleh aku lupakan aku berhadapan dengan babi hutan di dalam kebun pada waktu tengahari.Mujurlah aku sempat mencari tempat perlindungan yang akhirnya babi hutan itu berlalu dari situ.Semenjak dari beberapa kejadian tersebut barulah aku mengambil ikhtibar dan cuba mengelakkan diri melakukan kerja-kerja di kebun atau hutan pada waktu tengahari untuk keselamatan dan berjaga-jaga dari mara bahaya binatang buas.

Oleh itu ada baiknya pandangan orang-orang tua yang lebih dahulu makan garam, terlalu banyak pengalaman yang dilalui mereka dari kita, sewajarnyalah pandangan mereka kita jadikan pedoman dan panduan.Janganlah kita pandang remeh atau memperlekehkan pandangan kuno mereka itu kerana tidak rugi rasanya kita mendengar nasihat dan pandangan mereka untuk kebaikan bersama dan tidak pula menjadi satu kesalahan jika kita tidak menyetujui pandangan itu tetapi usahlah dijadikan pula sabagai satu bahan lucu untuk ditertawakan, diperleceh atau menjadi sendaan, gurauan serta ejekan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan