Bergambar beramai2 bersama alumni RK, bekas pelajar, bekas guru SMI , semoga program yang baik ini diteruskan pada masa akan datang.
Majlis berbuka puasa di SMI adalah ulung kali diadakan dengan kerjasama dari Guru-guru Islam, Persatuan Pelajar Islam dan RK SMI. Alhamdulilah program itu telah berjalan dengan jayanya.Dimajlis itu juga telah diadakan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Hj Khairuddin Malik, imam Masjid Bangsar merupakan seorang bekas pelajar di SMI ini, beliau juga telah memimpin solat maghrib, isyak dan tarawih.
Majlis Motivasi kepada pelajar-pelajar Islam yang hadir telah disampaikan oleh Dr Kamaluddin Karmain bekas pelajar SMI dan merupakan seorang motivator dan seorang doktor perubatan.Semoga program baik seperti ini akan diadakan lagi, dan diharap lebih ramai RK, guru2, bekas guru2, dan pelajar Islam yang hadir. Harapan agar program ini diberkati dan di redha oleh Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan