Rabu, 13 April 2011

CORETAN KU....







Sudah lama rasanya aku tidak menulis sebarang artikel di blog ku ini kerana aku lebih menumpukan kepada facebook aku, namun aku mengisi ruangan kosong di blog ku ini dengan pantun-pantun dan sajak.Oleh itu entah macamana tiba-tiba aku ingin menulis walaupun sebaris dua ayat. di Blog ini.Apa yang hendak aku ceritakan belum dapat aku pastikan dan aku cuba menulis secara bebas ikut kata hati.



Aku rasa ingin memulakan bercerita berkaitan aktiviti -aktiviti yang telah aku lalui dan yang akan aku tempuhi semasa hari-hari aku tidak menulis dan hari-hari mendatang yang telah aku programkan dalam diari harian ku.Aku banyak menghabiskan waktu di luar waktu kerja seperti berfacebook bersama rakan dan sahabat, berkarya ala kadar dalam seni pantun dan sajak ku yang tidak begitu berseni, beriadah dan berjumpa rakan-rakan dan bermain bowling yang telah lama aku tinggalkan.Namun peringkat demi peringkat aku cuba mendapat skil ku kembali.



Aku juga melibatkan diri dengan aktiviti persatuan bekas sekolah ku dalam Grup Rancangan Khas dan Gabungan Alumni Pelajar Islam St. Michael dalam program perjumpaan secara kecil-kecilan dan Program Mentor Mentee kepada pelajar Islam di Sekolah Menengah St.Michael,  Ipoh yang akan bermula dengan rasminya pada 16.4.2011 sebagai satu aktiviti murni dari kami bekas pelajar Islam di sekolah itu untuk membantu murid-murid Islam dalam pelajaran dan bertukar pandangan.



Selain dari itu aku mengisi masa terluang dengan membuat kerja rumah yang telah lama aku tidak lakukan serta menjaga ibu yang sudah tua dan uzur mengikuit giliran dengan adik ku.Inilah masanya untuk aku mencurah dan membalas jasa ibu setelah berpenat lelah memelihara kami adik beradik.Sesungguhnya jasa ibu tidak dapat aku balas sepenuhnya.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...