Ahad, 15 Mei 2011

BANDAR TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN


Teluk Intan Perak adalah pusat bagi Pentadbiran Tanah dan Daerah bagi Hilir Perak.Bandarnya di lingkari oleh 2 batang sungai iaitu Sungai Perak dan Sungai Bidor.Teluk Intan memperolehi namanya dari seorang janda yang cantik dan beliau adalah seorang saudagar kain batik dari Sumatera.



Beliau juga merupakan salah seorang yang telah meneroka pekan kecil ini.Semasa beliau mandi di Sungai Perak cincinnya telah terjatuh di dalam sungai dan lenyap di sebuah lubuk, maka sempena kejadian ini maka pekan kecil ini telah dinamakan Telok Mak Intan.


Pada zaman Inggeris Sir Hugh Low Residen telah menukarkan nama Telok Mak Intan kepada Telok Anson sempena nama Pegawai Daerah Pertama yang dilantik oleh pentadbiran Inggeris iaitu Jeneral Archibald Anson pada tahun 1882.


Pelabuhan Telok Anson semakin berkembang dengan memunggah barangan hasil pertanian getah, kayu balak dan bijih timah dari kawasan sekitar di Daerah Batang Padang iaitu Bidor, Tapah dan Kampar dari Daerah Kinta.Maka terbinalah landasan keretapi dari Tapah Road ke Telok Anson untuk membawa barangan tersebut.





Pada tahun 1938 Telok Intan menjadi Bandar Di Raja Perak untuk Raja Muda Perak.Pada tahun 1950an rangkaian jalan raya telah dibina menyambung pekan-pekan berdekatan dari Daerah Kinta dan Batang Padang.




Pada tahun 1938 Telok Intan menjadi Bandar Di Raja Perak untuk Raja Muda Perak.Pada tahun 1950an rangkaian jalan raya telah dibina menyambung pekan-pekan berdekatan dari Daerah Kinta dan Batang Padang.



Air sungai tidak begitu dalam yang akhirnya pelabuhan Telok Anson ditutup,  gudang-gudang di tepi sungai juga runtuh ke dalam sungai dan pasaran bijih timah telah jatuh menjunam pada tahun 1970an merupakan penyebab pelabuhan ini tidak digunakan lagi. 



Landasan keretapi pula telah ditutup untuk beroperasi kerana kepesatan pengangkutan darat lain.Pada 1.1.1982 Telok Anson telah dikembalikan semula kepada nama asalnya oleh Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Shah 11 kepada Teluk Intan.



Pada tahun 1950an dan 1960an Telok Intan mempunyai sebuah Pusat Latihan Perguruan yang dikenali sebagai Dairy Training College mengeluarkan tenaga pengajar di sekolah di negeri Perak tetapi akhirnya ditutup.




Kini sebuah Kampus Universiti Teknologi Mara telah dibina dan beroperasi di bandar Teluk Intan ini.Sekolah-sekolah baharu telah dibina seperti Sekolah Menengah Sains Telok Intan, Sekolah Menengah Seri Perak,  dan Sekolah Menengah Vokesyional.



Teluk Intan juga terkenal dengan pengeluaran hasil pertanian nenas di kawasan Selabak, Kelapa sawit dan pengeluaran padi di Mukim Sungai Manik dan Chui Chak.Pertanian merupakan punca pendapatan utama bagi penduduk Teluk Intan selain perniagaan dan kakitangan kerajaan serta swasta. 



Kini pembangunan Teluk Intan amat pesat dengan pembinaan Bandar Baharu Teluk Intan dan pasaraya yang terkernal turut menjadikan kemeriahan  dan kemajuan Teluk Intan setanding dengan bandar-bandar besar di negeri Perak.Teluk Intan merupakan bandar ketiga terbesar di Negeri Perak selepas Bandaraya Ipoh dan Taiping.








8 ulasan:

iDAN berkata...

cantiknya blog TW ini banyak gambar menarik & rajin dikemaskini; lama amat tak ke Teluk Intan; teringin nak bermalam di sana...

TOKWAN MATARUN berkata...

terima kasih idan kerana masih sudi bertandang ke blog tokwan yang tak seindah ini..banyak yg kurang jika dibandingkan dengan blog idan radzi yang padat berisi..blog tw hanyalah ibarat daki terlekat di kaki....

datanglah idan ke Teluk Intan dapat juga kita makan dan bertemu kawan2 lama di sana seperti Azidin dan Adam Mustafa RK SMI sebaya tw...

saadonhr berkata...

Kalau teman balik kampong, rajin juga teman round bandar TI ni dan cerita pada anak-anak perbezaan dengan tahun 60an dulu.Nasi lambai tepi sungai tu, tak pernah miss walaupun tak macam dulu. Terkenang satu lagi nasi mamak gerai tepi padang Speedy zaman bebudak dulu....

TOKWAN MATARUN berkata...

emmm masih teringat nasi lambai ye... sedap makan kat situ...

saadonhr berkata...

Apa idak nye TW....lepas makan nasi lambai, pergi gunting rambut seberang jalan tu.Sejarah nama nasi lambai tu, TW tau ke? tak ada dalam catatan TW tu.....

TOKWAN MATARUN berkata...

rasanya nasi lambai di t.intan dah lama kalau dulu2 tahun 60an tw ke t.intan, masa tu namanya teluk anson,ikut ayah..mesti pekena nasi lambai, kalau x silap nasi lambai ni dulu dekat dengan masjid idris shah tu... tapi sekarang dah berada di tengah pekan t.intan.. tw x pekena lagi nasi lambai, kini selalu pekena nasi kat gulam rasul atau di tepi jeti koperasi tu, kalau rojak @ mi tentulah di Mustan Gani... hehe..kini tw setiap hari ke Teluk Intan..ziarah emak di hospital... sejarah nasi lambai tu tw x tahu.. tu tw harap dapat saadon ceritakan..boleh tw baca sejarahnya...

Tanpa Nama berkata...

salam tokwan .. saya nurain dari manjung, disini saya ingin temubual tokwan boleh tak?? mengenai tentang sejarah bandar teluk intan.. sebab sekarang saya sedang menjalani membuat kerja kursus sejarah menganai bandar teluk intan sebagai bandar pelancongan..kalau boleh, saya ingin meminta no telefon tokwan untuk mencari lokasi temubual.. tq

TOKWAN MATARUN berkata...

Alahai, elok saja cik nurain merujuk saje sejarah teluk intan ini pada pakar sejarah terutamanya pada penduduk asal teluk intan.... jika nurain inginkan pertolongan boleh saja tw rujuk pada sahabat tw di teluk intan... boleh sile tel tw 019-5569159

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...