Rabu, 23 November 2011

PERADABAN MENGHORMATI TETAMU


Sekiranya kita menerima tetamu datang ke rumah sudah semestinya kita sambut dengan mesra dan layanan yang baik.Seboleh-bolehnya biarlah tetamu kita selesa, dihormati dan dihargai.Perkara ini telah tersemat dalam sanubari disetiap kerangka kehidupan dari turun temurun.Orang yang tidak menghormati tetamu adalah manusia yang hilang ketamadunan dan peradaban..

Apakah di era moden ini manusia bertukar fikiran berbalik ke arah zaman batu yang tidak mempunyai kesopanan, kelembutan dan kesusilaan sehingga sanggup mengaib, mengejek dan mencaci-cerca terhadap tetamu.Malah lebih buruk dari itu sehinggakan tetamu turut di provokasi, ditunjuk dengan isyarat lucah, menguggut serta melakukan perkara yang menyinggung hati tetamu.

Sebagai orang yang sudah lama hidup bertamadun maka perkara ini amatlah memalukan.Walau segelintir yang melakukan perkara itu namun cerminan di mata tetamu dan di mata orang lain yang menonton dan memandang memburuk serta membusuk kepada keseluruhan masyarakat di tempat itu.

Fikirlah sebaliknya jika pihak kita pula diperlakukan sedemikian apabila menjadi tetamu kepada orang lain, sudah tentu hati akan membara panas dan marah.Apakah hanya diri sendiri itu sahaja yang sempurna lebih dari orang lain.Kekadang kita lupa bahawa tetamu kita itu adalah orang yang lebih tinggi nilai budinya serta amat menghargai kehidupan orang  ditandangi itu.

Bayangkanlah tempat tinggal, negeri atau negara tetamu itu telah banyak memberi pekerjaan, rezeki serta layanan baik kepada orang yang merantau terdiri dari kelompok manusia dari tempat yang dikunjungi itu.Mereka lupa bahawa nikmat yang diperolehi dari negeri atau negara tetamu itu yang banyak menyuap makanan ke mulut-mulut keluarga mereka di sana.

Persoalannya perlukah tetamu ini dibalas dengan najis yang terlalu menjijikkan itu.Janganlah bersikap ego, sombong, angkuh, bongkak dan bodoh dengan nilaian peribadi tetamu sedangkan diri sendiri adalah terlalu teruk, buruk dan kurang beradab terlalu kurang ajar terhadap tetamu di tempat sendiri tetapi merendah diri mengemis apabila memerlukan pertolongan dari tetamu, malah menuntut layanan mesra keterlaluan pula ....






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...