Jumaat, 16 Ogos 2013

KENALI TOKWAN MATARUN ~ AHMAD BIN HARUN



Aku telah dilahirkan di Kampung Jalan Paku, Bidor, pada 8.30 pagi 10.3.1958 oleh ibuku Sabtiah bt. Maarof merupakan anak yang kedua dilahirkan ibu.Ayah dan ibu telah menamakan aku Ahmad Tarmizi, entah macamana semasa membuat lapuran pendaftaran di Balai Polis Bidor, nama Tarmizi itu tercicir dari ditulis oleh polis berkenaan ataupun ayah ku terlupa menyebut nama tersebut, maka jadilah namaku Ahmad bin Harun sahaja.Semasa aku dilahirkan ayah masih lagi bertugas sebagai Sepecial Constable (SC).

Pada tahun 1960 aku dan keluarga ku berpindah ke Kampong Baharu, Jalan Sungkai, Bidor kini dikenali sebagai Kampung Cegar, Bidor, setelah ayahku tamat perkhidmatan.Pada tahun 1965 aku telah memasuki alam persekolahan dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Bidor, dimana Guru Besar ketika itu adalah Allahyarham Cikgu Basir, dan guru kelas yang mula-mula mengajar aku mengenal huruf dan angka adalah Allahyarham Cikgu Razali dan beberapa orang guru lagi.

Pada tahun 1966 semasa darjah 2, guru kelas aku ketika itu adalah Allahyarham Cikgu Shamsuddin, dan semasa ini aku adalah seorang murid yang agak baik, pendiam dan aku adalah seorang yang sederhana dalam pelajaran dan ketika ini Guru Besar sekolah adalah Allahyarham  Cikgu Saisi bin Nordin (bapa kepada penyanyi dan pelakon Kazar).Pada tahun 1967 aku masuk ke darjah 3 dimana guru kelas ku masa itu adalah Allahyarham Cikgu Abdullah dan Allahyarhamlah yang mula-mula memanggil namaku Mat Arun hingga kekal sampai kini, inilah jasanya yang tak dapat ku lupakan kerana nama inilah diri aku ramai yang kenal dari nama yang sebenar.

Pada 1968 aku masuk kedarjah empat dan guru kelas ku ketika itu adalah Allahyarham Cikgu Shaari dan tahun ini juga aku terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa balik dari mengaji Quran dan dimasukkan ke Hospital tapah selama 2 minggu, kesan parutnya masih ada sehingga kehari ini.seterusnya pada tahun 1969 aku di darjah 5 dimana guru kelas ku ketika itu adalah Allahyarham Cikgu Zaman Huri dan pada tahun 1970 guru kelas ku ketika itu adalah Cikgu Zulkarnain.

Pada tahun 1971 aku telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh dalam tingkatan peralihan guru kelas ku adalah Mr Lee Kong Leong dan tinggal di Asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, dan pada tahun 1972 dalam tingkatan 1A6 guru kelas ku adalah Mr Ngu Boui Deck, Tingkatan 2A6 Mr Clement Manickam, Tingkatan 3A6 guru kelas  Mrs Chua, Tingkatan 4A4 guru kelas ku Mr Chan Hon Yew dan Tingkatan  5A4 guru kelas ku adalah Mrs Fong.Aku duduk di Asrama Jalan Tambun/Watson, Ipoh bermula pada tahun 1972 sehinggalah tamat persekolah tingkatan 5 pada tahun 1976.

Selepas itu aku masuk belajar ke Sekolah Agama harian di Tapah selama setahun maklumlah Ilmu Agama semasa aku di Sekolah Menengah dahulu amat terbatas.Selepas tamat belajar selama setahun aku membuat kerja-kerja sampingan dan pernah bekerja sementara dipelbagai tempat.Sehinggalah pada bulan Disember, 1979 aku dipanggil berkursus di Alor Setar, Kedah dan di Padang Rengas, Perak.
 
Pada 1.3.1980 aku telah ditugaskan di Pekan Parit.Pada 4.8.1984 aku telah berumahtangga dengan Rosni binti Buyong dan memperolehi 3 orang cahayamata 2 lelaki dan seorang perempuan.Kehendak Allah pada tahun 1994 setelah 10 tahun hidup bersama kami berpisah.Akibat peristiwa itu aku memohon bertukar ke kampung halaman ku untuk memudahkan aku mengurus anak-anak yang dibawah jagaanku.

Pada tahun 1996 dapat juga aku ditukarkan ke Pekan Sungkai.Pada tahun Pada 5.12.1999 aku telah mendirikan rumahtangga kali kedua bersama kawan lama ku Aziah binti Ahmad seorang janda beranak 3, tetapi perkahwinan kami tidak dikurniakan walaupun dengan seorang anak.

KENALI TOKWAN MATARUN ~


Ketika berumur setahun lebih
1959

Walaupun berkelulusan setakat MCE namun tokwan bersyukur kehadhrat Ilahi kerana tokwan dapat menampung dan meneruskan hidup bersama keluarga tercinta dengan kudrat 4 kerat yang dikurniakan Allah.Disamping itu juga tokwan mendapat bantuan sedikit sebanyak dari isteri yang bertugas sebagai seorang Eksekutif disebuah syarikat dan anak-anak tersayang.

Tokwan minat membaca, menulis, berpantun, berkawan, bertukar fikiran dan bertukar pandangan. Blog tokwan matarun laksana sebutir melukut terbuang ini telah dibuka pada 6.11.2010.Terima kasih kepada mereka yang sudi melayari blog tokwan matarun serta memberi buah fikiran dan pandangan kepada tokwan. Seandainya baik, jangan terus dipuji, jika buruk jangan pula dikeji.

Seandainya semua sahabat membaca blog tokwan terasa gula, maka manislah jadinya, sekiranya membacanya terasa pahit dan kelat maka pahit serta kelatlah, jika terasa cili maka pedaslah begitulah sebaliknya kalau terasa tawar hanya biasa-biasa sajalah.Sesungguhnya segala yang baik itu semuanya datang dari Allah, yang daif dan buruk itu datang dari kelemahan tokwan sendiri.

MENGAPA TOKWAN MEMINATI SENI PANTUN

Sudah...tokwan dah mula berpantun ?
Tokwan tak jemu ke berpantun ?
Sampai bila tokwan nak berpantun ?
Isyyy tokwan dah mula berpantun pulak  !!!.....

Inilah ungkapan dari sahabat handai, kawan dan rakan apabila tokwan memulakan rangkap pantun di facebook.Entahlah mengapa tokwan suka berpantun di facebook.Sebenarnya tokwan memang suka berpantun sejak tokwan berada di bangku sekolah rendah lagi.Tokwan memang gemar dan minat dengan ungkapan dan makna yang begitu berseni dalam budaya Melayu.Jika terdengar sahaja ungkapan pantun baik di radio atau di kaca telivisyen tidak hairanlah jika tokwan meneliti dan menghayatinya.

Masih terngiang-ngiang di ingatan tokwan pada tahun 1960an hingga awal 1980an dimana Radio Malaysia pernah mengadakan Rancangan Berbalas Pantun, tokwan masih lagi mengingati juruhebah yang menjadi pengacara pantun iaitu Karim Mohamad dan Chauri Selamat.Selalunya acara itu diwakili 3 orang juruhebah dan 3 orang wakil jemputan yang terpilih.Namun kini rancangan itu telah tiada lagi.

Sejak itulah terdetik dan terpahat di hati tokwan untuk berpantun, kebiasaannya pantun-pantun yang menjadi kegemaran tokwan adalah pantun yang menggambarkan naluri hati ketika merajuk atau terasa hati.Pantun-pantun begini menggambarkan rahsia hati yang berseni untuk disampaikan kepada seseorang dengan cara yang lebih lembut, berhelah dan tersirat.

Terpulanglah kepada penerima yang membaca atau mendengar ungkapan dalam bahasa pantun tersebut samada mereka faham makna  yang tersurat atau tersirat serta dapat diselami maksudnya. Adakala maksudnya ditafsir berbeza ikut kefahaman sendiri.Di situlah terletaknya seni pantun ini.

Pada tahun 1960an juga tokwan pada masa itu masih dalam darjah 3 dimana tokwan menghadiri satu majlis perkahwinan.Semasa rombongan pengantin lelaki sampai, maka ada seorang yang telah berumur tampil kehadapan lalu memulakan pantunnya dengan membaca sekeping kertas yang diambilnya dari poket.Meriah sungguh acara menjual pantun pada masa itu dengan sorak sorai dan gelak ketawa dengan pantun yang mengusik.

Setelah wakil pihak lelaki itu selesai berpantun, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang separuh umur mewakili  pihak pengantin perempuan yang bersahaja berpantun tanpa menggunakan kertas, semuanya keluar dari mulutnya dengan lancar membeli pantun-pantun yang dijual oleh pihak lelaki tadi.Gamat sungguh dan meriah ketika itu dengan tepokan dan sorakan.Akhirnya kedua-dua pihak bersatu berpantun menarik perhatian semua hadirin.

Begitu juga acara majlis meminang sudah tentu orang-orang lama dahulu memulakan majlis mereka dengan berpantun penuh dengan gaya tradisi.Memang susah hendak dicari majlis seperti itu lagi di masa sekarang kerana mungkin orang-orang muda sudah tidak begitu ramai yang meminati seni pantun.Dibimbangi seni pantun tidak mustahil akan pupus dari adat tradisi orang Melayu pada satu masa nanti.

Sejak dari itulah tokwan jatuh cinta dengan seni puisi Melayu ini.Walaupun pantun-pantun yang tokwan sampaikan tidaklah menepati kehendak seni Melayu dengan cara yang betul, namun sehelah daya tokwan bersungguh-sungguh untuk mendalaminya.Biarlah tokwan dikatakan masih kuno berpantun namun itulah yang menjadi kebanggaan tokwan.

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah memberi sokongan dan ada juga yang sudi berbalas pantun dengan tokwan.Sesungguhnya pantun adalah warisan seni adat budaya Melayu yang perlu diteruskan dari generasi ke generasi agar tidak lenyap ditelan zaman.

TUGASAN TOKWAN DI MASA LAPANG ~

Setelah habis kerja pejabat dan kerja-kerja dirumah yang sepatutnya sehari-hari, aku tidak lepas peluang untuk menulis, membaca blog dan juga berfacebook bersama kawan-kawan untuk menghilangkan kerunsingan dan ketegangan semasa bekerja seharian di pejabat ataupun diluar pejabat.Bagi ku apa yang aku lakukan bukannya membazir waktu tetapi itulah caraku berhubung dengan kawan-kawan ku di maya pada ini.Aku tidak pandai untuk memenuhi atau membuang masa bersiar-siar atau melepak diluar.

Walaupun aku bukan seorang penulis tetapi aku suka menulis berkaitan cerita-cerita dan kisah kejayaan beberapa sahabat sekolah dan tidak lupa juga aku mengarang pantun, yang telah menjadi minat ku sejak dari sekolah rendah lagi.Inilah satu peluang aku untuk menambah koleksi pantun-pantun ku yang selama ini aku himpun dalam fail tetapi semuanya telah musnah dek air banjir kilat semasa aku menyewa rumah lama dahulu.

Sekarang aku sering juga berpantun di facebook bersama kawan-kawan, disini dapatlah aku menyimpan pantun tersebut didalam blog ku, seandainya blog dimusnahkan failnya aku tleah menyimpan salinan tersebut didalam thumbdrive ku sebanyak 3 unit supaya thumb drive ini juga dapat menjadi back up antara jika dimusnahkan oleh virus.Biarlah orang mengatakan aku membazirkan waktu dengan kerja-kerja tidak memberi menafaat, tetapi aku tidak marah kerana mungkin ada kebenarannya.

Bagi ku, aku tidak mensia-siakan waktu dikedai-kedai kopi aku hanya menghabiskan waktu dengan bersembang dengan kawan-kawan ku dirumah melalui facebook dan aku menulis diblog atau membaca blog untuk menajamkan lagi fikiran dan pengetahuan ku yang semakin menumpul, maklumlah diusia meniti senja ini.Tiada harta yang akan ku tinggalkan untuk anak-anak hanyalah penulisan ku jadi kenangan setelah ketiadaan ku nanti.Semoga kawan-kawan akan mengerti perasaan ku kini, perasaan seorang tua yang suka hidup bersendirian....

KENANGAN MENGUSIK JIWA (KU SANGKA PANAS HINGGA KEPETANG RUPANYA HUJAN DITENGAHARI)

              
Aku telah berkenalan dengan bekas isteri ku sejak dia bersekolah dalam tingkatan tiga dan masa itu aku telah berusia 20 tahun dan bekerja sebagai guru semnetara. Aku telah berjumpa dengannya pada hari raya pertama ketika sama-sama pergi kerumah kawan ku di Sungai Kelah, Sungkai dan rumah kawan ku itu juga merupakan kawannya juga.
                   
Maka dalam perjalanan balik menaiki bas aku berkenalan dengan sidia walaupun sebelum ini aku telah ramai kenalan lain.Entah bagaimana dari sehari kesehari hubungan kami memang mesra dan rapat tambahan pula dia adalah seorang anak yatim dan dijaga oleh ibu saudaranya.Kakak-kakaknya semua telah mendirikan rumahtangga dan abangnya bekerja sebagai seorang anggota tentera.
                   
Setelah sekian lama berkawan kerap kali juga dia datang kerumah di hari raya,maklumlah tunjuk rajin memasak, membasuh pinggan mangkuk menawan hati ibu dan keluargaku.Aku mula rasa kasihan dan terbit perasaan sayang dan cinta dan masa ini aku sentiasa berutus surat panjang berjela, kalau dihimpunkan bolehlah dibuat novel.Kemudian aku telah bekerja di salah sebuah badan berkanun dan sidia telah tamat bersekolah tingkatan lima.
                   
Pada satu petang sedang aku menghadiri kenduri jiran ku di hadapan rumah dengan hanya beberapa suap nasi yang aku makan, aku telah dipanggil balik kerumah oleh adik ku kerana ada sesuatu hal, terkejutlah aku, ingatkan ada keluarga ku jatuh sakit secara tiba-tiba.
                   
Apabila aku sampai dirumah aku disuruh oleh kakak ku duduk diatas tangga dibahagian atas, mereka duduk disebelah bawah antara ibu rumah atas dan dapur bawah.Aduh laksana dimahkamah pula lagaknya.Emak, ayah, adik-adik semua diam sahaja seolah-olah menjadi juri, abang iparku bagaikan peguambela, dan kakak ku ala pendakwa.Serious benar nampaknya kesalahan yang aku lakukan ini.
                   
Masih ingat aku soalan yang mula sekali dikeluarkan oleh kakak ialah berapa banyak duit yang kau simpan, hairan juga aku apa salahnya aku.Aku tidak pernah membuat kerja mencuri atau kerja yang haram, aku senyum cuma menjawab taklah banyak sangat, maklumlah gaji kecil.Aku menyoal semula apahalnya hingga aku diperlakukan begini.Barulah kakak ku bercerita yang dia baru balik kenduri di kampung dan ramai yang hebuh kerana aku sering membawa perempuan balik ke rumah, rupanya sebelum itu opah saudaraku heboh dirumah kenduri mengatakan aku hendak dijodohkan, ibu hanya berkata tunggu sahaja kakaknya balik, hanya kakak dia yang dia segan.

Bila kakak ku balik opah saudaraku pun bertanya ditengah-tengah majlis kenduri kaitan hal aku.Maka kerana keluarga ku malu dengan kehebohan orang dirumah kenduri berkaitan dengan diri ku maka atas nasihat abang iparku eloklah aku ditunangkan dan dikahwinkan.Maka barulah aku faham dan kakak meminta aku buat pilihan siapa yang aku mahu.Maklumlah girlfriend ramai, yang ini sayang, yang itu kasih, yang disana menunggu, dan disini menanti.Tolak campur  dharab bahagi maka aku buat senarai pendek dapat 4 dari yang ramai itu.
               
Pilih satu dari empat kata kakak ku terjegil biji matanya, kakak tahu yang aku ni memang segan dengan dia.Pilih punya pilih, tapis punya tapis tinggal dua.Sekarang kakak nak pilih satu dari dua.Kalau kau mahu dia kakak tanggung belanja bertunang dan tampung duit kenduri, kalau kau pilih sianu, itu kakak tak mahu keluarkan belanja.Emak, ayah dan semua telah berpakat teringinkan dia ni jadi menantu, rajin, ramah, pandai masak dan hidup menumpang dengan ibu saudara pulak tu.
                   
Aku pun jawab ikutlah kata kakak dan keluarga.Petang itu juga emak pergi memanggil orang harapan untuk merisik termasuklah opah saudaraku tadi (arwah).Berita cepat tersebar pada teman-teman perempuan ku,ramailah yang sumpah seranah, merajuk, tak mahu tegur pada aku kerana mungkir janji termasuklah kadle aku si Jamuna yang aku pernah berjanji nak kahwin campur dengannya.
                   
Besoknya pergilah kami kerumah kakaknya untuk merisik, seterusnya acara pertunangan ditetapkan dan dilangsungkan.Janji setahun hendak dilangsungkan majlis perkahwinan tetapi disebabkan opah ku meninggal dihari hampir majlis perkahwinan itu maka ditangguhkan lagi ke 6 bulan atau setahun kerana masing-masing masih lagi bersedih dengan pemergian opah ku itu.

Maka pada 4.8.1984 malam aku diakad nikahkan di Felda Trolak Selatan dan besoknya acara majlis persandingan.Masa itu umur aku 26 tahun dan umur isteri baru 21 tahun.Hinggalah sepuluh tahun kami hidup bersama dan memperolehi 3 orang cahaya mata kami terpaksa berpisah, maka bermulalah hidupku yang berkecelaruan kerana aku tersangat menyayangi isteri ku dan sebelum ini kami dikenali sebagai loving couple.Begitulah kehendak Allah jodoh pertemuan, ajal maut,bertemu dan berpisah semua nya di tangan NYA.Sebab-sebab perceraian ini biarlah aku simpankan dari pengetahuan umum demi kebaikan dan menjaga hati masing-masing.

PENGALAMAN KALI KEDUA


Majlis perkahwinan ku dengan isteriku sekarang Pn Aziah Ahmad di Kg Changkat Berangan, Lenggong pada 5.12.1999~ kami masing-masing mempunyai 3 orang anak, sebenarnya jodoh kami masih ada kerana sebelum ini pernah berkahwin dengan pasangan masing2 yg berakhir dengan perceraian.Aku dan Aziah adalah kawan lama sebelum kami berkahwin dengan pasangan terdahulu. Begitulah jodoh ditangan Tuhan, tiada pernah terfikir jodoh antara kami masih ada.

kisahnya begini:

Semasa aku membujang semula, Aziah pun mulalah berkrisis dengan suaminya, entah macamana kami pun bejumpa setelah Aziah talipon aku secara tak sengaja kerana semasa bertugas Aziah diberitahu yang ada seseorang talipon dari Tapah, maka aku pun berkata aku tak talipon pun, dia pun bercerita masalahnya, maklumlah kami ini telah berkawan lama dan telah mengenali ibubapa dan adik beradiknya semasa kami dialam persekolahan dahulu.Salah seorang adiknya pernah tinggal bersama ibu saudaranya di asrama jalan watson dirumah bapa Rashidi Manap dan bekerja mencuci pinggan mangkuk.
             
Setelah Aziah berpisah dengan suaminya kami kerap berjumpa selama 2 tahun dan selepas itu kami masing-masing mendiamkan diri dan tidak mahu berjumpa lagi.Apabila hampir 4 tahun barulah Aziah talipon semula dan kami pun kerap berjumpa dan kadangkala menghabiskan masa berbual dalam kereta sepanjang perjalanan keutara atau selatan dan hantar beliau balik.Kami berhenti jika ingin mengisi perut sahaja.
            
Apabila hubungan kami dihidu oleh keluarga ku maka kakak ku jugalah yang memainkan peranan , ketika itu kakak baru balik dari Johor dan dia buat perkara yang sama seperti ingin menjodohkan aku dengan bekas isteriku dulu.Tapi kali ini lebih advance.Jika kau ada sesiapa yang kau nak bolehlah kakak uruskan katanya pada aku.

Aku kata ada tapi aku tak mahu anak-anak merajuk hati, tetapi dia meminta aku memujuk anak-anak secara perlahan, mereka pun sudah mengenali Aziah dan telah pun mesra dengan memanggil Aziah tu mama.Jadi aku pun bersetuju dan kakak meminta aku talipon Aziah kerana kakak dan abang ipar ku akan datang kerumah kakaknya di Sungai Siput pada besok petang kerana nak meminang Aziah.Terkejut dan terketar suara Aziah membalas percakapan aku dan kakak ku dalam talipon.

Aziah terpaksa balik ke Sungai Siput petang itu juga dan memberitahu kami nak datang. Maka tergopoh gapahlah kakak Aziah buat persediaan untuk menerima kedatangan kami, serta memberitahu ibubapa dan abang serta adik beradiknya berkaitan hal ini.Kami cuma datang nak bertanya tapi sambutannya agak terkejut juga dengan persiapan yang rapi.Kami hanya membawa sebentuk cincin sahaja dan kami pergi pun tak ramai kakak dan suami, adik dan suami serta anak2 kakak.

Setelah perbincangan dibuat, cincin dah dihulurkan maka termeterailah perjanjian itu tanpa pertunangan dimana 2 bulan selepas itu kami diijab kabulkan  pada 5.12.1999 ketika aku berumur 41 tahun.Kenduri dilangsungkan sederhana sahaja tidaklah seperti perkahwinan pertama dahulu.Walaupun begitu kehadiran tetamu di rumah ibubapa Aziah memang ramai.

Begitu jugalah kenduri dirumah ibubapa ku tidaklah meriah, tetapi yang menghairankan ramai tetamu yang hadir walaupun tak diundang kerana masing-masing mahu melihatku bersama isteri yang baru kerana mereka teramat simpati dengan nasibku.Tetamu yang diundang dan tak diundang tetap juga kami layan dan jemput makan makanan yang disediakan, alhamdulilah semuanya cukup.Kini perkahwinan kami hampir masuk ke 11 tahun.

Alkisahnya sebelum berkahwin dengan Aziah ramai  ibu-ibu yang datang merisik ibu ku ingin menjadikan aku menantu atau menjodohkan anak saudara mereka tetapi semuanya aku tolak, entah mengapa dengan Aziah aku hendak pula.Allah yang Maha Mengetahui.
           
TOKWAN DAN ANAK-ANAK

Diambil ketika Hari Raya Aidil Fitri kedua bersama anak-anak tahun 2010, berdiri dari kiri: Muhamad Hidzami (anak ke 2), Mohd Amirul Hafidz (anak sulung) dan Aini Syufina @ Fifi (anak bongsu), 

Jika anak-anak ku balik ke rumah maka hidup sangat bahagia, maklumlah aku sunyi tinggal berseorang diri dirumah maklumlah semuanya sudah berjauhan. Apis dan abangngah sudah bekerja manakala Fifi pulak masih belajar di UiTM, jarang sekali kami dapat bersama berempat beranak.Ramai yang hairan mengapa gambar kami sahaja dan gambar ibu mereka tiada disini sebenarnya ibu mereka sudah pun menjadi isteri orang lain.Ramai juga yang bertanya mana pula gambar isteri tw ?, oh sebenarnya isteri tw tinggal di Ipoh bersama anak-anaknya, dan pada hari raya yang lalu isteri tokwan beraya di kampungnya bersama-sama anaknya pula.

Kami masing-masing mempunyai anak-anak, dan hati anak-anak lebih utama terutamanya ketika menyambut hari raya, masing-masing ingin berhari raya dirumah opah mereka di kampung begitulah juga dengan aku dan anak-anak ku.Inilah pengorbanan kami demi anak-anak.Boleh dikatakan setiap kali Hari Raya kami buat cara begini, tiada perasaan sedih atau pun sakit hati, sekurang-kurangnya tiada peperangan mulut setiap kali hari raya.Entah sampai bila kami begini, hanya Allah sahaja yang menentukan.

Adakalanya beberapa kali dalam sebulan diwaktu cuti dihujung minggu dapat juga anak-anak aku berkumpul di rumah kami di Bidor, dan kini anak ku yang sulung telah pun tinggal bersama ku sejak 2.12.2010 kerana telah bertukar dan bekerja di Tapah Road, dan dengan adanya beliau disini adalah diharapkan kesunyian ku akan berkurangan.Apis telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Kini tokwan telah pun mempunyai dua orang menantu perempuan dan mempunyai seorang cucu perempuan dari perkahwinan anak tokwan yang sulung.Dengan kehadiran menantu dan cucu tokwan menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan hidup tokwan yang serba kekurangan ini.Disamping mempunyai dua orang menantu tiri dan dua orang cucu dari perkahwinan mereka. Nampaknya akan bertambah lagi dua tu ...

ANAK PERTAMA

MOHD AMIRUL HAFIDZ BIN AHMAD @ APIS

Setelah berkahwin dengan isteriku Rosni bt Buyong kira-kira 10 bulan selepas itu kami dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad.Sebelum mengetahui dia mengandung, isteriku ketika itu sedap sangat memakan biji buah asam gelugor yang diberi oleh kakak angkat ku Puan Rosnah bt Jamil di Kampung Belanja Kiri, Parit, beliau juga adalah kakak kepada kawan sekolah ku di SMI iaitu Allahyarham Mohd Safri Jamil @ Awi.Pada keesokan harinya aku dan isteri menumpang menaiki kereta baru sahabatku En Ghazali Bin Abdullah (Kini Haji) baru sehari dibeli iaitu kereta Mazda 323 belum pun buka plastiknya lagi, untuk ke majlis perkahwinan kawan ku Saudara Nordin Tunggal dikampongnya di Sungai Buloh, Selangor.

Dalam perjalanan ke sana berhampiran Kampong Bahagia, Telok Intan isteriku pening dan muntah diatas ribaku dan diatas tadahan telapak tanganku, mujur tak kena seat kereta, aku ingat dia tak tahan dengan bau kereta baru ataupun kerana makan biji asam gelugur semalam. Kami terpaksa singgah di Masjid di Kampung Bahagia,Telok Intan untuk cuci tangan dan seluarku yang kena muntah isteri ku tadi, Setibanya di pekan Telok Intan aku terpaksa membeli seluar jeans yang baru kerana menggantikan seluarku yang berbau hanyir dan terdapat kesan sisa muntahan isteri ku tadi.

Setelah balik dari majlis kenduri itu isteriku selalu pening kepala, aku bukan arif hal-hal orang nak hamil ni, maklum lah baharu sahaja berumah tangga, inai dijari isteriku pun masih ada bayang-bayangnya lagi.Setelah minta pandangan dari kakak angkat dan ibu angkat ku di Kampong Belanja Kiri, serta ibu dan bapa angkat ku di Parit iaitu Allahyarham Mohamed Rashid Yassin di Parit ketika itu (panggilanku padanya Pak Rashid) dan isterinya Allahyarhamah Rodiah Yunus yang aku panggil mak, menyuruh aku bawa keklinik sebab pada pandangannya isteriku itu sudah berisi.

Aku pun membawa isteriku ke klinik Allahyarham Dr Jamal di Parit, dimana mengesahkan isteri aku telah hamil, maka aku dan isteri pun gembira mendengar berita ini, rupanya isteriku bunting pelamin.Semasa hamil isteriku memang teruk alahannya, tiada selera makan jika ada selera pun asyik nak makan sambal tumis jering ikan bilis yang aku masak, bau wap nasi pun boleh muntah, setelah alahannya berkurangan sudah nak makan panggang ikan terubuk sahaja.Maka pada masa cuti 18.5.1985 aku bawa isteri ku kerumah kakaknya di Sungai Siput dimana beliau berasa sakit untuk bersalin pada 19.5.2010 dari tengahari lalu dibawa ke Hospital Ipoh .

Aku menunggu diluar bilik bersalin itu dari petang hinggalah jam 12.30 pagi 20.5.1985 barulah isteri ku muncul dari bilik bersalin dengan melahirkan anak lelaki seberat 3.55kg dan aku beri nama Mohd Amirul Hafidz sempena nama yang diberi oleh bapaku Mohd Amirul dan Hafidz adalah nama yang aku dan isteri persetujui sebelum ini.Sebelum lahir kami ingat kami menerima anak perempuan maklumlah keluarga kami masing-masing semua mendapat anak perempuan pada kelahiran sulong.Banyaklah persiapan menyambut bayi dengan pakaian bayi perempuan.Nama pun sudah disediakan iaitu Nur Diyana.

Alhamdulilah maka gembiralah aku mendapat anak lelaki yang sulung, dan merupakan satu-satunya cucu lelaki ayahku masa itu.Memang ketika itu Apis ni manja dengan datuk, opah, ibu dan bapa saudaranya . Datuknya Allahyarham Harun Bin.Salleh.Bapa ku telah mengadakan kenduri besar-besaran naik buaian di Kampung Cegar, Bidor seperti menyambut majlis kenduri kahwin laksananya sungguh meriah kerana ayah ku begitu bersyukur kehadrat Allah kerana mengurniakan cucu lelaki yang pertama dari kalangan cucu-cucu perempuan yang sedia ada.

Pada umur 9 bulan Apis sudah bertubuh seperti budak yang berumur setahun lebih dan sudah pandai bercakap-cakap dalam bahasa budak kecil.Dia tak pernah merangkak, menjulur terus bergerak merangkak seperti anak beruk berjalan menggunakan tangan dan hujung jari kaki.Apis telah masuk ke sekolah Tadika ketika berumur 4 tahun, atas kehendaknya sendiri, masa itu sekolah Tadika berada di hadapan rumah tempat ku menyewa sahaja.

Beliau memasuki sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Belanja Kiri, Parit, kemudian berpindah ke Sekolah kebangsaan Bidor, dan meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani Bidor, dan Sekolah Seri Ampang, Ipoh, dan pernah bersekolah di Anglo Chinese School, Ipoh, dan akhirnya aku bawa balik semula bersekolah bersekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor, semula. Habis bersekolah beliau bertugas di kilang Proton, Tanjong Malim selama 2 tahun dan telah menjadi team leader dalam usia yang muda, dan Apis telah berkerja di sebuah pusat pengajian tinggi Seri Iskandar, Bota, Perak DR. kini telah di tukarkan ke cawangan Tapah Road, Tapah.

ANAK KEDUA

MUHAMAD HIDZAMI BIN AHMAD

Sebelum mengandunkan Muhamad Hidzami , isteri ku mula dimasukkan ke Hospital Ipoh tiba-tiba jatuh sakit dan disyaki sakit buah pinggang kerana kencing kotor,  setelah dimasukkan kira-kira seminggu barulah doktor dapat kesan bahawa  isteriku alahan mengandung.Ketika mengandungkannya tidak begitu bermasalah cuma adat orang mengandung teringinkan makanan yang agak pelik sedikit, masa itu isteri ku asyik suka makan mi goreng yang dibuat oleh seorang India Muslim di Kampung Sungai Korok Parit iaitu Allahyarham Bakar yang berkahwin dengan isterinya penduduk di Kampung Sungai Korok, Parit.

Masa ini kehidupan kami sekeluarga tidaklah begitu mewah cuma sederhana sahaja.Isteriku turut membantu menjual kuih di kedai-kedai minum di Kampung Belanja Kiri. Setelah mengandung selama 9 bulan maka pada malam 8.3.1987 ketika  hendak masuk tidor, isteriku telah sakit untuk bersalin, aku berdoa kepada Allah jika isteri nak bersalin pun biarlah pada 10.3.1987  kerana hari tersebut jatuh pada hari jadiku yang ke 29 tahun.

Kira-kira jam 1.00 pagi , sakit perut isteri ku bertambah dan ada tanda-tanda untuk melahirkan anak.Aku meminta jasa baik bapa mertuaku menunggu isteri dan anak ku yang sulung dirumah, tak pasal-pasal bapa mertua u yang bujang dan baru sahaja sampai kerumahku siang tadi terpaksa mengambil tugas ku sebentar, aku terus sahaja memanggil bidan desa kerajaan  Allahyarhamah Kak Mahanom di Kampung Belanja Kiri dan ibu angkatku Ramlah Said dan bidan kampung Allahyarhamah Wan Ipah.Mereka beritahu isteriku tidak perlu dibawa ke Hospital kerana tanda-tanda menunjukkan anak ku akan lahir tidak berapa lama lagi dan jika hendak dibawa ke Hospital kemungkinan akan lahir didalam kereta.

Menjelang subuh 9.3.1987 anak ku pun lahir seberat 3.25kg. Setelah solat subuh berlangung di masjid Kampung Belanja Kiri, aku terus sahaja memberitahu bapa mertua ku yang baru balik dari masjid yang terletak beberapa meter dari rumah sewa ku, bahawa  isteriku telah selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki, terus bapa mertuaku mengajak salah seorang imam di mesjid yang tinggal berdekatan dengan rumah ku serta merupakan tuan rumah yang ku sewa iaitu bekas guru Besar Haji Musa untuk mengazankan ketelinga anakku serta membuat sedikit bacaan doa selamat dan acara membelah mulut.Inilah hadiah harijadiku yang paling bersejarah dan yang paling istimewa pada ke esokan harinya.

Setelah habis isteriku berpantang kami telah mengadakan kenduri naik buai di kampung Cegar, Bidor bersekali dengan anak adik perempuan ku yang juga melahirkan anak sulungnya.Meriah jugalah acara pada hari tersebut.Ramai penduduk kampung Cegar yang hadir dan membantu menguruskan kenduri dan kendara pada hari tersebut.

Muhamad Hidzami atau dikenali dengan nama Idz dan kemudiannya Abang Ngah ketika berumur 3 tahun suka pergi ke Sekolah tadika mengikut abangnya.Sekolah Tadika tersebut betul-betul dihadapan rumah ku di Kampung Blanja kiri.Setelah berumur 6 tahun abang ngah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bidor, dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor, dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah di Chemor selama setahun setelah aku berpindah kerumah isteriku yang baru selama setahun dan balik semula ke Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani setelah aku berpindah semula ke Bidor sehinggalah beliau menghabiskan tingkatan 5.

Setelah lulus SPM beliau melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor, dan berhenti untuk meneruskan pelajaran ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang.Kini abang ngah bekerja di salah sebuah majikan swasta di Ipoh.Kini abangngah telah pun mendirikan rumah tangga,

ANAK BONGSU

AINA SYUFINA BT AHMAD @ FIFI
                
Aina Syufina bt Ahmad dilahirkan di Hospital Ipoh pada 5.1.1991 merupakan anak ketiga dan anak ku yang bongsu hasil perkongian hidupku bersama Puan Rosni bt Buyong.Setelah kelahiran abang-abangnya sebelum ini maka pada tahun 1990 isteriku ketika itu telah hamil dan aku telah bercita-cita untuk mendapatkan seorang cahayamata seorang puteri.

Beberapa bulan aku dan isteri telah berjumpa dengan doktor untuk dibuat pencerapan scan dan setelah diberitahu yang kemungkinan besar anakku kali ini adalah seorang puteri.Walaubagaimanapun doktor telah berpesan jangan terlalu berharap dan memohon kepada Allah.Aku sentiasa berdoa agar kali ini aku benar-benar menerima seorang puteri dan aku telah memasang niat sekiranya isteriku melahirkan seorang puteri aku akan membuat kenduri besar sedikit.

Pada 3.1.1991 isteriku mula berasa sakit-sakit dan setelah meminta nasihat dari bidan desa di Kg Belanja Kiri, parit, beliau meminta ku membawa isteri ke Hospital besar, Ipoh kerana sebelum ini keadaan isteriku masa itu selalu kurang sihat dan ada beberapa masalah dalam kandungan. Setelah berada di Hospital Ipoh, aku sentiasa menunggu dan kadang-kadang terpaksa berulang alik ke Bidor kerana anak-anak ku di tinggalkan di Kampong di Bidor bersama ibu ku.

Pada 5.1.1991 dalam peninggalan ketika aku berkerja isteriku melahirkan seorang puteri yang sihat dan beratnya 3.5 kg dan aku beri nama Aina Syufina dan dipanggil gelaran Fifi sahaja atas permintaan isteriku ketika itu yang meminati Fifi seorang penyanyi cilik adik kepada Adrian Yunus anak kepada penyanyi dan pencipta lagu Andre Yunus ketika itu.Selepas beberapa lama keluar dari hospital dan selepas isteriku habis pantang,aku terpaksa menunaikan niatku mengadakan kenduri di Kampong Belanja Kiri siap dengan acara 'berendoi' dan boleh dikatakan sambutan kenduri itu meriah dihadiri oleh penduduk kampong meskipun aku hanya menetap di kampung itu, bukanlah berasal dari kampung ini.

Orang Kampung Belanja Kiri, Parit dari kalangan jiran tetangga, sahabat handai memang membantu, maklumlah ketika itu aku belum ada pengalaman membuat kenduri sebesar itu.Pada tahun 1994 setelah umur Fifi lebih kurang 2 tahun lebih aku berpisah dengan isteri ku dan Fifi terletak dibawah jagaan ku.Maka terpaksalah aku menjadi seorang ayah dan ibu.Fifi dan abang-abangnya sentiasa berada dibawah jagaan dan selianku  ku,dibantu oleh pengasuhnya yang mereka panggil Opah Tibah, dan beberapa orang isteri kawan-kawan ku dan sekali-sekala tinggal bersama ibunya.

Pada tahun 1996 aku telah ditukarkan ke Sungkai dan menetap di Bidor dan Fifi dijaga oleh ibuku disebelah pagi dan disebelah petang setelah balik bekerja aku bawa Fifi balik kerumah, tinggallah kami empat beranak disebuah rumah sewa dihujung pekan Bidor.Setelah berumur lima tahun Fifi bersekolah di Tadika seterusnya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bidor dengan kekurangan serba serbi , dan pernah bersekolah di Sekolah kebangsaan  Haji Mahmud, Chemor selama setahun dan belajar semula di Sekolah kebangsaan Bidor setelah aku berpindah semula ke Bidor, kemudian bersekolah menengah di sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor.Setelah lulus SPM Fifi masuk ke tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor tetapi terpaksa berhenti untuk masuk ke salah sebuah pusat pengajian tinggi, di Seri Iskandar, Bota, Perak DR.Kini beliau melanjutkan pengajiannya di Puncak Alam Selangor.






Sabtu, 27 Julai 2013

MENGUMPAT DAN BERSALAH SANGKA


Kekadang seseorang akan terasa resah, gelisah dan tidak senang hati setelah ada dikalangan kawan-kawannya bercerita, menulis atau mengulas sesuatu status di facebook atau di media baharu, Mereka akan terasa hati bagaikan orang telah mengata dan bercerita sesuatu keburukan mereka.Satu pihak pula terus bersalah sangka, berperasangka, berburuk dan bersangka-sangka orang bercerita tentang hal keburukan dirinya atau diri sepihak lagi.

Sebenarnya kawannya itu bercerita atau menulis sesuatu untuk ingatan diri sendiri dan juga untuk kebaikan sahabat dan kawan-kawannya yang lain namun disalah ertikan dan tanpa memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh kawan-kawannya itu.Mereka terus sahaja melenting dan marah tidak tentu pasal kerana mengikut nafsu, kurang kefahaman dan membuat tafsiran sendiri.

Bagai tergigit cili api, terasa pedas tanpa merujuk lagi, menegakkan benang yang basah terus sahaja menyerang semula.Mereka akan membawa cerita yang bukan-bukan, menghasut dan mencipta pembohongan yang siap ditambah perasa dan perisa yang diadaka-adakan untuk mendapat simpati, pengaruh serta perhatian dari yang lain, Maka bermula episod mengadu domba, dan memburuk-burukkan pihak satu lagi bercerita atau menulis untuk membalas dendam.

Tambahan pula orang mendapat sokongan apabila orang lain turut mendengar umpatannya tanpa usul periksa turut sama mengeji, menghina dan mencaci kononnya mereka juga telah terkena tempias umpatan dan kata-kata pihak yang menulis dan bercerita itu, Meskipun perkara itu sengaja diada-ada serta direka cipta khas untuk menimbul kebencian kepada satu pihak lagi.

Perkara ini semata-mata dilakukan demi untuk kepuasan diri serta melempiaskan dendam kesumat yang membakar hati.Sedangkan kawannya yang sebelah pihak bercerita hal lain atau yang menulis itu sedikit pun tidak mengetahui dirinya dikhianati kerana merasakan dirinya sememangnya tidak melakukan kesalahan mahupun untuk bermusuhan dengan sesiapa pun.Amat malang nasib mereka ini tanpa sengaja membuah gurisan hati orang lain.

Ternyatalah rugi seseorang yang mendapat sahabat, kawan atau teman yang suka bermusuh-musuh serta berbangga untuk mencela orang lain demi kepentingan diri sendiri.Akhirnya menimbul keretakan hubungan dan bermusuhan kerana tersalah sangka. Ditambah pula dengan perbuatan umpat keji yang sentiasa membara di jiwa masing-masing seolah-olah cerita menyampai-nyampai itu menjadi satu pesta mencari pengaruh, perhatian, sokongan untuk menimbul ketegangan dan perbalahan. 

Apalah faedahnya mengumpat keji dan mencela itu hanyalah banyak memberi kerugian kerana kehilangan sahabat, kawan dan rakan.Sedarilah kerja mengumpat, mengeji, menghina dan mencela itu hanyalah sia-sia dan menambahkan lagi dosa yang sedia ada. Semoga sifat yang sedemikian dijauhi, dihindari dari hati dan perasaan supaya hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan tidak musnah kerananya.


JARUM KARAT



Mengumpat adalah perbuatan yang memburuk, memfitnah dan memperlekehkan orang lain bertujuan untuk melukan hati orang serta menghasut orang lain untuk mengikut kehendaknya menyusahkan dan memusuhi seseorang yang dibenci oleh pengumpat atau kumpulannya.Kalau umpat keji tanpa bersambut memang tidak menarik.

Tujuan mereka adalah untuk merendah-rendahkan dan mengaib diri seseorang, satu-satu kumpulan dan golongan yang tidak menuruti dan menyertai kehendak penghasut atau sesuatu kumpulan pengumpat, seolah-olah mereka terlalu sempurna dan kebal melakukan itu demi  memuaskan hati busuk mereka tanpa memikirkan dosa.

Namun ketika mengumpat keji masakan ingat akan semuanya itu.Tambahan jika mendapat sokongan dari orang lain yang buta tuli untuk mencetuskan permusuhan dan berpihak-pihak.Mengumpat, mengata, mengeji, menghasut dan perkataan lain yang bermaksud sama atau hampir sama itu memanglah menyeronokkan telinga.

Maklumlah lidah dan mulut boleh berkata apa tanpa boleh dikawal.Kekadang orang yang bersifat jijik ini, setelah disiasat sebenarnya mereka adalah insan yang lebih buruk, keji dan hina jika dibandingkan dengan orang yang menjadi bahan umpatan itu.Salah orang memang jelas nampak di mata salah sendiri manakan nampak.

Kata pepatah Melayu lama ' kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.Apabila diri atau kumpulan mereka diumpat orang tahu pula mereka itu melenting, marah membara bak api, muka ' merah bagai udang dibakar', ' mulut laksana murai nyaring dan bising ' mencerca sana sini.Silap-silap mata bak saga merah berpuaka.

Langsung tidak boleh duduk diam kepanasan seperti ' beruk kena belacan ', redah dan garu sini sana.Mereka akan bertambah sakit dan pedih hati, meradang umpama ' kerbau naik minyak ', maklumlah bila terdengar orang bercerita terus bersangka buruk seolah ' tergigit cili api hingga terasa akan pedasnya'.Maka fitnah tak mudah terpadam begitu sahaja. 

Begitulah jika ' jarum sakti mereka sudah kehilangan pedoman ' mencucuk sesiapa sahaja yang di depan mata.Baik yang pandai, yang terpelajar, yang bodoh sombong dan biul semuanya terhasut dan tergoda.Apa lagi bagaikan ' ayam beranak kecil '  pantang di dekati semua hendak diserang dan mematuk belaka.Bagaikan paruh tajam berasah.

Begitu juga ada yang beraksi laksana ' ayam jantan laga yang baru bertaji ' mengibas sayap lalu berkokok megah di tunggul kayu.Episod seterusnya mulalah berdendang lagu sumbang, ketawa mengilai berderai seperti pontianak dan langsiur menganggu ketenteraman orang  seperti yang terpapar di layar perak dan drama-drama telivisyen.

Kemudian ada pula acara kutuk mengutuk orang yang diumpat dan dicerca itu, berbicara bagaikan ' bertih goreng ' tanpa ada sudahnya, mulut berbuih bagai mata air membuak dari pasir.Ada yang tumpang sekaki menyokong turut berketak laksana ' ayam betina hendak bertelor riuh sekampung'.Pandai pula menyorok bila musang bertandang.

Yang tidak sedapnya cuba menghasut kawan untuk menggunakan cara halus, berbomoh dan sihir memusnahkan orang yang diumpat itu.Terdapat juga ancaman untuk menyerang dan memukul.Senang sangatkah berbuat begitu mudah bagai ' hendak menindas kutu yang jatuh dari kepala', menyangka orang lain senang untuk ditundukkan.

Jika syaitan sudah merasuk hati, nafsu serakah mendomba mata semua fikiran dan perasaan kabur dan hilang, begitulah jadinya, terlalu menampakkan riak jahil di hati.Ingatlah ' lidah lembut tidak bertulang ' serta mudah mengeluarkan kata-kata jijik, cerca dan nista.Kalau berkumpulan mengumpat dosa boleh berkongsi.

Jika kita tidak suka diumpati, jagalah hati dan perasaan orang lain kerana mereka juga tidak suka diri diumpat.Amalan mengumpat ini amat berbahaya jika berterusan boleh menyebabkan perbalahan yang keterlaluan hingga menyebabkan perbalahan dan pergaduhan tiada berkesudahan.Dendam sentiasa menyala bak larva gunung berapi.

Hindarilah bersikap ' kuman di seberang jelas di mata, gajah di di hadapan mata langsung tak nampak '.Hendak di katakan rabun mana pun rasanya akan terbayang badan gajah yang besar meranggah jika terlalu rapat, ini bukannya rabun tetapi sudah buta mata dan buta hati.Mungkin terlalu nampak jelas tetapi buruknya laku sengaja buat-buat tak nampak.

Janganlah kita cuba untuk menarik hidung orang lain untuk menyertai kebodohan sendiri dengan mengumpat keji silap-silap apa yang diumpat keji itu ' memakan diri terkena batang hidung sendiri ' menyebabkan hilang pertimbangan hingga berlaku adegan singkap menyingkap kain.Berterusanlah jarum berkarat mengadun khianat, maka insaflah.

Kesimpulannya ~

MENGUMPAT

Mengumpat adalah perbuatan yang keji kerana memperlekeh, memfitnah, memburuk-buruk dan melukai hati dan perasaan kawan.Mengumpat selalunya menyebabkan kebencian dan kemarahan orang lain setelah kejian atau umpatannya didengari oleh orang yang diumpat itu.Perkara-perkara yang selalu menjadi bahan umpatan adalah seperti kekurangan, keturunan, hal-hal dunia kawan, rakan sahabat dan orang tertentu dan sebagainya.

Tujuan mengumpat ini adakalanya kerana sifat dengki, mementingkan diri dan ada agenda-agenda tertentu untuk menjatuhkan maruah dan mertabat seseorang sehingga menyebabkan orang yang diumpatnya itu merasa aib, merana, bermusuhan dengan orang atau dipulaukan oleh sahabat handai, saudara dan orang ramai.Lebih buruk umpatan itu sengaja diada-adakan untuk melemahkan kedudukan dan mencemar maruah seseorang.


Mengumpat adalah perbuatan dan perlakuan keji yang dilarang serta dimurkai Allah.Pelakunya akan menerima dosa.


HATI TERHASUT MEMBUSUK DI MULUT

Sifat berburuk sangka pada orang lain kekadang boleh mendatangkan berbagai masalah dalam hubungan persahabatan.Untuk mengelakkan gejala ini alangkah baiknya menjauhkan diri kita dari berperasangka buruk terhadap orang lain.Kita perlu mempunyai  perasaan bersangka baik terhadap seseorang, barulah hati kita sentiasa tenang, aman dan tidak rasa tertekan.

Kekadang kita suka mendengar cerita secara langsung atau tidak langsung dan kedapatan yang suka membaca kisah-kisah yang ditulis seseorang, adakalanya kita terasa orang bercerita hal keburukan kita, mulalah timbul salah sangka, sedangkan orang yang bercerita itu  berkisar kisah umum yang tidak ditujukan untuk sesiapa tetapi  membuat seseorang lain yang tidak berkaitan pula tersalah sangka.

Inilah persepsi seseorang yang tidak memahami cerita kadangkala menimbulkan perasaan kurang senang kepada seseorang atau sesuatu golongan.Untuk menghindarkan diri dari berburuk sangka lebih elok sahaja menjauhkan diri dari mendengar ketika seseorang sedang bercerita atau usah membaca kisah yang dipaparkan seseorang di dada akhbar atau artikel-artikel penulisan termasuklah yang terpapar di saluran yang wujud melalui jaringan internet yang terbuka luas ini.

Jika kita tidak suka seseorang elok sahaja kita menutup pintu dan jendela dari dimasuki orang itu.Tiada siapa yang hendak dan akan menganggu, dan kita juga tidak perlu ambil tahu berkaitan soal cerita dan kisah orang lain.Duduk diam di dalam bilik atau rumah sahaja agar kita tidak mendengar suara orang bercerita di luar rumah kita.Kekadang kita marahkan orang yang bercerita sesuatu tetapi masalahnya kita yang menyinggah di rumah orang tersebut.

Umpama cerita orang yang dijangkiti penyakit kurap di anggota badan, akan terasa hati dan marah terhadap seseorang sedang bercerita mengisahkan tentang ubat yang mujarab mengubati kurap di badan orang lain.Disebabkan berburuk sangka dan tersalah anggapan orang yang dijangkiti kurap itu terus sahaja marah, kerana mengandaikan orang yang bercerita itu memburuk atau mengata dirinya berkurap.

Agak malanglah nasib si kurap yang mempamir wajah sebenarnya walhal orang lain termasuk orang yang bercerita itu tidak tahu menahu  orang itu berkurap setelah ia sendiri membuka pekong di dada.Begitulah sekiranya kita tidak tahu makna dan tidak mengkaji sesuatu cerita terus sahaja melatah.Tanpa usul periksa terus sahaja mencelah, selepas itu marah-marah orang lain kerana dia sendiri yang tersalah langkah.

Ada orang yang suka sibuk menyentuh kisah orang lain, siang malam pagi petang, sentiasa tidak senang hati mengumpat keji, fitnah, mereka cipta kisah dusta dan bermacam-macam kisah buruk yang diada-adakan untuk melemak manis telinga orang mendengar dan mata orang melihat seboleh-bolehnya biar orang itu mendapat malu walaupun orang yang di fitnah itu tidak tahu akan cerita sebenar yang tersebar itu.

Namun apabila seseorang menyentuh perihalnya tahu pula ia melenting seolah-olah dirinya begitu kebal untuk diperkatakan orang lain.Hanya dia sahaja yang mempunyai perasaan, ada kehormatan, tanpa memikir orang lain juga mempunyai perasaan dan kehormatan diri.Adakalanya begitu lancang berkata sumbang menghilangkan kelembutan wajah dan peradaban.Mulalah dia berburuk sangka pada orang yang bercerita yang bukan menujukan cerita itu khusus untuk si anu sianu atau si polan si polan.

Akan tetapi dik kerana hendak menutup kesilapan, berhati angkuh, dan ingin menegak benang yang basah maka laksana pendekar memulakan langkah mengatur agenda mengacum sana sini, cucuk sini sana, menabur benih bisa tanpa mengenal erti pahala dosa, main redah sahaja, apa yang penting puas, bangga dan megah setelah dapat merobek hati orang lain.Tambahan pula jika kata nista dan cercaan bersambut mendapat sokongan dari  orang lain bermata songsang yang suka memandang rendah pada orang yang bukan dari golongan mereka.

Walaupun mengetahui kesilapan orang itu tetap juga dikatakan benar, inilah yang dikatakan bersaksikan lutut ketika melempar batu menyembunyikan tangan.Mengapa orang lain yang makan putik muda orang lain yang terlekat getahnya.Seolah-olah bila enggang berkata makan buah belolok terus sahaja ditelan sampai mabuk terjun ke lubuk.Sampai ada yang ingin berkonfrantasi seolah-olah ingin membuat sesuatu tindak balas secara kekuatan fizikal.Seakan-akan terlalu gagah hendak meyelinsing lengan menunjuk kekuatan.

Mudah sangatkah orang lain itu untuk ditindas laksana kutu yang jatuh dari kepala.Dimanakah letaknya akal fikiran, dan dimanakah kematangan diri dalam membuat pertimbangan, dimana pula letaknya harga diri.Kita bukanlah budak kecil yang masih berhingus yang bertengkar, adakalanya terus mencetuskan agenda beradu tenaga.Begitulah adatnya dunia sekiranya seseorang ada atau pernah melakukan sesuatu yang kurang baik dan suka membawa mulut busuknya akan setiap masa berburuk sangka terhadap orang lain.

Mereka merasakan diri mereka sentiasa dikata, diumpat keji atau di hina.Inilah yang diumpamakan oleh bidalan pepatah Melayu ' siapa yang makan cili dialah yang terasa akan pedasnya '.Oleh itu usahlah kita menyanyi lagu sumbang di mata orang.Bukan semua orang boleh menerima cara kita lalu mengandaikan orang lain juga bersikap seperti mereka.Bolehkah kita menyuruh orang lain mengikut kehendak kita, bolehkah kita menyuruh orang lain mengikut telunjuk kita.Jawapannya ada tetapi tidak semua.

Bukan semua orang terlalu senang boleh dipengaruhi menyukai dan menyayang kita, mana boleh kita menutup mulut orang untuk bercerita demi memuaskan hati sendiri yang sentiasa mudah dilanda salah sangka dan buruk sangka.Bukalah seluasnya minda, renungilah diri kita di cermin serta kenalilah sikap diri sendiri dan bermuhasabbah.Tidak rugi kita belajar dari padi, makin merunduk makin berisi, jangan di tiru resmi lalang dimana angin di situ bergoyang.

Usahlah menyalahkan orang yang memasak atau menghidang makanan kepada kita jika kita sendiri yang kepedasan tergigit cili.Berilah keadilan dalam soal orang hendak berhujah atau bercerita.Janganlah kita tamak dan syok sendiri sahaja hendak menghentam orang lain.Kita perlulah menerima pula hujah dan cerita orang lain untuk kita pertimbangkan, membuat tafsiran dan penilaian.Janganlah salah meneka kerana tersalah perhitungan dalam satu makna dan tafsiran.

Sesungguhnya berburuk sangka, bersalah sangka, berwasangka buruk, berperasangka adalah mainan sang bayangan api yakni iblis yang dijadikan Allah dari api yang sentiasa mencari peluang membakar api dendam di hati mereka yang bersangka buruk dan berhati busuk melakukan kedurjanaan terhadap orang lain.Iblis Laknatullah itu tidak akan berasa senang selagi  manusia hidup aman dan ia juga tidak akan rasa tenang selagi manusia ini tidak berlaga sesama sendiri.





Sabtu, 13 Julai 2013

JALINAN PERSAHABATAN JAMBATAN KASIH SAYANG, TANPA SAHABAT SIAPALAH AKU .



Assalamualaikum wrh, para sahabat yang budiman, salam manis dan salam kasih sayang ...

Memberi salam dan bertanya khabar akan sahabat handai adalah perkara yang baik untuk menambah kemesraan, merapatkan hubungan dan mengukuh ikatan tali persahabatan.Seandainya kita tidak punya sesiapa dalam hidup tetapi masih lagi beruntung seandainya kita masih lagi mempunyai sahabat.Sahabat bukannya sekadar teman, tetapi kehadiran sahabat adalah satu anugerah yang istimewa kerana mereka sedia menerima kita dalam keadaan senang atau susah, suka atau pun dikala kita berduka.

Hargailah kasih sayang sahabat, kejujuran, keikhlasan dan kesetiannya.Hidup di dunia kita akan terasa sepi dan sunyi seandainya bersendirian tanpa rakan, teman dan sahabat.Antara ketiga tahap itu sahabatlah yang paling rapat kerana bukan sahaja menjadi seorang kawan akan tetapi melebihi dari itu kerana seorang sahabat lebih mengenali diri dan memahami hati.Hidup bersahabat perlu mempunyai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua keadaan sekalipun.Malah sanggup berkongsi kesusahan, kesedihan, kesenangan dan kegembiraan.

Sebuah jalinan persahabatan memerlukan kesanggupan menerima keluhan, pandangan, nasihat, dan teguran.Ikatan persahabatan adakalanya melebihi dari hubungan saudara sendiri.Persahabatan yang erat semestinya perlu menjaga adab dan sopan dalam pergaulan seperti menjaga hati, amalkan sikap bantu membantu, mengingati sesuatu perkara seandainya dia terlupa disamping menjaga tutur kata dan tingkah laku agar hati sahabat tidak terluka.Selain itu kita perlu menjaga rahsia peribadi sahabat, agar kisah dan keaibannya tidak disentuh oleh orang lain.

Kita juga dituntut tidak berbohong tika berbicara, tidak melanggari perintahnya yang baik dan tidak pula mengkhianatinya dalam apa jua urusan dan pekerjaannya.Sekiranya terlanjur perbuatan dan kata-kata maka kita perlu memohon memaaf atas kesalahan itu dan sedia memaafkan kesalahan sahabat sekiranya ia melakukan kesilapan agar hubungan persahabatan sentiasa jernih.Kita juga dianjurkan agar sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat dan keluarganya.

Seandainya sahabat kita dan keluarganya ditimpa musibah, sakit atau kesusahan kita perlu menziarahi serta cuba sedaya upaya meringankan sesuatu permasalahan yang dihadapi beliau.Sekurang-kurangnya berilah kata perangsang dan pujukan.Biarlah kita menjalinkan persahabatan dengan seikhlas hati dan berkasih sayang kerana Allah.Bawalah sahabat kita ke jalan yang benar seandainya ia  tersalah haluan serta berilah bimbingan dan tunjukajar.Kita juga perlu tidak mengendahkan celaan dan cemuhan orang lain terhadap sahabat kita demi menjaga maruahnya.

Oleh itu hargailah sebuah persahabatan, sesungguhnya talian persahabatan itu teramat indah. suci dan murni.Ikatan tali persahabatan juga terlalu mudah putus dan rapuh sekiranya tidak dipelihara dengan baik.Janganlah jika ada kepentingan lain sehingga sanggup kita melukakan hati dan meninggalkannya.Sepatutnya kita perlu mempertahankan nama, maruah dan diri sahabat kita dari tercemar seandai berlaku sesuatu pengkhianatan terhadap sahabat kita.Sahabat adalah orang yang selalu berada disisi kita ketika kita dalam kebahagiaan dan sentiasa di sisi kita dalam keadaan kesusahan dan kepayahan, malah sentiasa berada di hati kita dan di hatinya untuk selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.

Seandainya bertemu atau berselisih jalan jangan lupa untuk menyapa atau sekurang-kurangnya memberi senyuman ikhlas.Senyuman dari seorang sahabat untuk kita terlalu bernilai harganya kerana senyuman ikhlasnya itu bukanlah untuk dijual beli atau yang boleh dijadi barangan untuk diniagakan. Senyumannya itu adalah sebagai lambang dan bukti kejujuran, keikhlasan serta kesetiaan seorang sahabat kepada sahabat yang disayangi.Oleh itu marilah kita hidup dalam berkasih sayang dan sentiasa mesra bersama sahabat handai kita.Siapalah diri kita tanpa sahabat, hidup kita akan terasa sepi dan sunyi jika ketiadaan mereka.

Dalam persahabatan kita perlu jujur dan ikhlas dalam pengucapan dan peradaban tingkah laku, menjaga hati dan perasaan sahabat agar ikatan tali persahabatan dapat dieratkan, elakkan pertengkaran dan perbalahan dan sedia mengalah dan memohon kemaafan untuk mengelakkan dari perbalahan.Bersahabat juga kita merelakan diri untuk menjaga persahabatan dengan mendengar keluhan dan rintihan seandainya dia berada dalam kesusahan dan kesulitan,

Kita perlu bersedia dalam kepayahan demi seorang sahabat atas membetul kesilapan dan kelemahannya serta selalu memaafkan kesalahannya.Sahabat yang baik sentiasa memberi sinar cahaya, sentiasa segar menguntum harum mewangi, pendorong impian serta membawa ke arah kesempurnaan.Pemberian yang paling bernilai dalam persahabatan adalah nasihat yang baik-baik, jujur dalam bicara serta sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk sahabatnya.Semoga tali persahabatan dan jambatan kasih akan tetap murni bersih dan paduan hubungan itu akan berlanjutan hingga ke akhir hayat.

Seterusnya seandai antara keduanya pergi dahulu menemui Tuhan, maka sahabat yang masih hidup tidak akan lupa untuk menghadiahkannya ayat-ayat suci serta diiringi dengan doa untuk kesejahteraan sahabatnya di sana.Selagi masih ada nyawa selagi itulah kita perlu menyayangi dan kasih sahabat kita dengan sepenuh hati nan suci.Bukanlah mudah untuk mencari sahabat sejati lagi setia, jujur dalam ikatan tali persahabatan.Sahabat bukan semata-mata kawan berbual dan bersembang sahaja, kerana darjat seorang sahabat adalah melebihi dari ikatan saudara.

Jika kita berada dalam kesepian barulah kita mengerti betapa rindu dan sepinya kita terhadap sahabat yang kita sayangi seandainya dia tiada di sisi.Begitulah sebaliknya sahabat kita akan terasa kehilangan kita jika tidak bersamanya.Ketika sepi di waktu itulah yang kita sering teringat dan terkenang akan sahabat yang kita sayangi.Kita perlu ikhlas dan jujur pada sahabat kita, meski bagai semut hitam yang menjalar di batu berwarna hitam ketika cahaya kelam, namun kita tahu semut itu tetap ada menjalar, begitu keikhlasan kita ketika bersahabat, walaupun tidak nampak di mata kebaikannya namun kita tahu sahabat kita ada kejujuran dan keikhlasan dalam hatinya.

Ikatan tali persahabatan yang kukuh adalah seperti benang yang tersimpul mati, teramat payah untuk dileraikan malah kemungkinan langsung tidak dapat dirungkaikan pun,Seandainya kasih kepada sahabat, sayangilah dengan sepenuh hati, jiwa suci murni serta menerima seadanya sahabat kita itu dalam keadaan apa sekalipun agar ikatan itu sentiasa erat dan berpanjangan.Sekiranya mengasihi sahabat hanya separuh hati itu masih menandakan tali persahabatan itu tidak utuh dan belum lagi sejati.Jika tidak jujur dalam persahabatan dan tidak ikhlas maka ikatan persahabatan ini terlalu longgar dan mudah goyah, bila-bila masa sahaja boleh lebur, musnah dan berkecai.

Persahabatan serapuh ini amat mudah kasih sayang berganti benci.Alangkah indahnya jika kita mengasihi sahabat umpama laut dalam tanpa bertepi dan bak gunung tiada berkemuncak tinggi.Laksana awan di langit biru tiada pernah henti berarak datang dan pergi.Kasih dan rindu bagai air sungai mengalir dari hulu, merentasi celahan jeram berbatu, menyusuri tebing berliku, namun sampai juga ke muara menyusup ke laut biru.Kehidupan itu indah jika ditemani mereka yang bergelar sahabat yang sejati. Semakin indah sekiranya dia setia menemani disisi dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran kehidupan ini. 

Namun selayak manakah seseorang itu boleh dipanggil sahabat sejati? Sahabat sejati bukan untuk mengisi ruang gelak ketawa dan riang ria sahaja.Sahabat sejati adalah sahabat yang sanggup menempuh kehidupan bersama-sama walaupun menongkah arus yang deras dan dalam. Dia juga adalah sahabat yang sanggup berpanas dan berhujan untuk kesejahteraan sahabatnya. Maka kerana kelekaan menjaga hubungan kasih sayang dan keseronokan kita boleh sahaja meruntuh sebuah jambatan jalinan persahabatan.Jika kepercayaan seorang sahabat telah dinodai.

Maka tidak hairanlah sahabat kita akan terasa jauh hati dan rasa terpinggir, hingga ia putus asa untuk menarik diri dari meneruskan hubungan persahabatan.Adakalanya timbul masalah buruk sangka tetapi perkara itu boleh sahaja diatasi dengan perbincangan.Jikalah perkara yang kita lakukan itu adalah benar, adakah ia merupakan berburuk sangka juga.Salah sangka jika tidak diberitahu tetapi jika perkara yg telah maklum masih lagi melakukan perbuatan yg berkali-kali akan melukai hati sahabatnya maka sewajarnya dia akan manaruh sangkaan dan menimbulkan berburuk sangka.

Seandainya kita sering lupa menjaga hati dan seringkali melakukan kesilapan yang sama. ini akan mengakibatkan sangkaan lebih buruk sahabat terhadapnya.Sekali dalam melakukan kesilapan boleh saja menghapuskan berburuk sangka, dengan bermaafan kerana terlupa dan tersasul, kesilapan kali kedua boleh lagi dimaafkan tetapi jika kali ketiga dan berulang kali amat buruklah padahnya.Adakah itu satu kesilapan dan kesalahan yang tidak disengajakan, jadi apakah yang terbaik dan sewajarnya untuk dilakukan.Mampukah sahabat itu mampu bersabar dan memaafkan agar jalinan persahabatan itu dapat dipertahankan.

Dalam persahabatan, kita harus saling mempercayai, saling menghargai, saling menghormati, dan saling membantu kerana kunci persahabatan adalah kejujuran, keterbukaan, dan saling menyayangi satu sama lain.Di waktu tiada satu pun orang disisimu, janganlah kau merasa sedih, apatah lagi merasa tersisih kerana yakinlah di suatu masa nanti ada orang yang akan memberikan senyuman yang tulus dan ikhlas, serta mengembalikan awan cerah lagi bercahaya menggantikan awan gelap yang meliputi hati. Itulah senyuman sudah pasti dari seorang sahabat sejati.

Sahabat adalah orang yang selalu berada disisi kita ketika kita dalam kebahagiaan dan sentiasa di sisi kita dalam keadaan kesusahan dan kepayahan, malah sentiasa berada di hati kita dan di hatinya untuk selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.Sahabat adalah orang yang hatinya selalu dekat dengan kita, tidak kira berapa jauh jarak dan berapa lama waktu memisahkannya.Jadikanlah diri kita seperti lampu yang akan menerangi sahabat kita agar dia sentiasa dilimpahi sinar cahaya pada bila-bila masa dan ketika..

Percayalah erti persahabatan yang paling bermakna akan hanya terbit dari keikhlasan dan kejujuran yang tidak berbelah bahagi.Sahabat yang baik itu adalah cermin bagi diri kita, jadilkanlah diri kita sebagai cermin yang sentiasa memantulkan wajah yang bercahaya kepada sahabat-sahabat kita.Semulia-mulia sahabat adalah orang yang suka berbuat baik kepada sahabatnya.Fikirkan apa yang dapat kamu berikan kepada sahabatmu dan bukan apa yang dapat kamu perolehi dari persahabatan yang terjalin itu.

Hargai mereka sebagaimana kamu ingin dihargai.Jangan sesekali kamu menjadi teman yang bermuka-muka dan sanggup memburuk-burukkan teman sendiri di belakangnya. Sahabat sejati selalunya saling memberi semangat dan mendorong supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan.Belajarlah menyimpan rahsia demi menjamin kebahagiaan persahabatan agar berkekalan.Semakin lama kita bersahabat semakin sayang, janganlah semakin renggang.Semakin jauh sahabat kita, semakin terkenang, janganlah semakin kurang.

Semakin dekat sahabat kita, semakin ditandang, janganlah semakin terlepas pandang.Semakin rindu sahabat semakin terbayang, janganlah semakin menghilang.Amat malang jika sahabat kita terus melayang.Persahabatan seharusnya berlandaskan sesuatu yang tidak mementingkan diri sendiri. Persahabatan tidak akan terjalin andai kata ianya mempunyai syarat yang berubah-berubah.Jalinan persahabatan itu biarlah diikat dengan keikhlasan dan kejujuran serta jauhkan dari bersikap dengki, menyakiti hati dan mencurigai sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. kita selalau belajar dari kesilapan, pandai-pandailah kita menjaga hati dan memelihara ikatan persahabatan.Disaat kita menyayangi seseorang sahabat, kita selalu mengharapkan sahabat yang kita sayangi itu selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa kasih sayang kita dengan selalu mendoakan kesejahteraannya.

Persahabatan itu adalah hubungan suci bagaikan saudara.Persahabatan itu indah lahir dari hati yang jujur dan ikhlas.Biarlah kita ringan hati menerima orang yang ingin bersahabat dengan kita dan beratkanlah hasrat hati untuk memutuskan sebuah ikatan persahabatan.Hanya satu jalan untuk menghangatkan hubungan persahabatan kita ini dengan marakkan api rindu di hati kita , iaitu dengan cara memngimbau kenangan-kenangan kita bersama .Semoga kita dapat selalu bertemu dan bermesra. 

Bahagianya menjalinkan ikatan persahabatan dengan jujur, ikhlas dan setia.Biar tidak ada wang, jangan tidak ada sahabat. Biar kehabisan wang, jangan kehabisan sahabat. Biar putus wang, jangan putus sahabat.Amat mudah mendapat beribu kenalan tetapi amat payah mencari sahabat yang sanggup mendamba kasih sayang untuk sahabatnya apabila diperlukan.Sababat ketawa senang dicari namun sahabat menangis sukar didapat.persahabatan yang luhur adalah lahir dari keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan. semoga ikatan persahabatan berpanjangan hingga ke hujung nyawa.

Kehidupan itu indah jika ditemani mereka yang bergelar sahabat yang sejati. Semakin indah sekiranya dia setia menemani disisi dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran kehidupan ini. Namun selayak manakah seseorang itu boleh dipanggil sahabat sejati? Sahabat sejati bukan untuk mengisi ruang gelak ketawa dan riang ria sahaja.Sahabat adalah seorang insan yang sentiasa mengambil tahu perihal sahabatnya dalam keadaan apa pun sekali sahabatnya. Samada dalam senang ataupun susah mereka akan sentiasa bersama.

Kehidupan itu indah jika ditemani mereka yang bergelar sahabat yang sejati malah sahabat yang sanggup menempuh kehidupan bersama-sama walaupun menongkah arus yang deras dan dalam. Dia juga adalah sahabat yang sanggup berpanas dan berhujan untuk kesejahteraan sahabatnya.Ikatan hubungan persahabatan tidak ternilai dengan harta benda yang termahal sekali pun di dunia ini. Sahabat yang baik itu adalah cermin bagi diri kita, jadilkanlah diri kita sebagai cermin yang sentiasa memancarkan wajah yang bercahaya kepada sahabat-sahabat kita.

Semulia-mulia sahabat adalah orang yang suka berbuat baik kepada sahabatnya.Sahabat adalah anugerah yang terindah, seseorang boleh hidup tanpa cinta tetapi jarang yang boleh hidup tanpa sahabat.Mempunyai seorang sahabat lebih baik dari mempunyai beribu teman yang mementingkan diri sendiri .Sahabat adalah seperti sebutir permata yang terbenam di dasar lumpur, meskipun disaluti kekotoran namun digilap sinarnya terserlah juaSahabat itu laksana awan yang sentiasa menjadi payung melindungi kita dari pancaran terik mentari.

Persahabatan yang didasari dengan keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan akan melahirkan perasaan kasih sayang yang berpanjangan.Sahabat ibarat mentari yang menyinar, bayu yang berhembus dan embun yang menyegarkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat mulia pembimbing jalan.Sahabat adalah seperti akrabnya aur dengan tebing. Namun adatikanya tebing runtuh jua dan aur rebah ke air lalu hanyut dik kuatnya arus melanda. Maka sebelum terjadinya sesuatu yang boleh membinasakan maka aur dan tebing perlu lebih kukuh mempertahankannya dari landaan hakisan arus yang tidak mengenal erti kasihan.

Sahabat juga adalah umpama sebatang jambatan merentangi sebatang sungai yang menghubungi dua daratan. Jalinan persahabatan itu indah harum mewangi mewarnai kehidupan manusia.Ikatan kasih sayang sahabat itu biarlah umpama air sungai yang tidak putus-putus mengalir dari hulu sampai ke hilir.Fikirkan apa yang dapat diberikan kepada sahabat dan bukan apa yang kita dapat dari persahabatan yang terjalin itu.Hargai mereka sebagaimana kamu ingin dihargai.Jangan sesekali kamu menjadi teman yang bermuka-muka dan sanggup memburuk-burukkan teman sendiri di belakangnya. 

Sahabat sejati selalunya saling memberi semangat dan mendorong supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan.Belajarlah menyimpan rahsia demi menjamin kebahagiaan persahabatan agar berkekalan.Kebahagiaan hidup ini akan terasa terlalu indah jika kita saling sayang menyayangi dan percaya mempercayai satu sama lain.Sahabat sejati menjadi pendorong impian dan pembimbing jalan.Dalam persahabatan, kita harus saling mempercayai, saling menghargai, saling menghormati, dan saling membantu kerana kunci persahabatan adalah kejujuran, keterbukaan, dan saling mengerti.

Sahabat sejati amat sukar dicari, sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.Sahabat perlu dihargai dan sahabat juga perlu menghargai kasih sayang sahabatnya.Nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai.

Kita perlu menghargai dan inginkan dihargai oleh sahabat dengan saling memberi dan membantu, hormat menghormati, ziarah menziarahi, bertanya khabar, doa dan ucapan salam serta tidak berahsia sesuatu perbuatan yang tidak disukai sahabatnya.Sahabat adalah orang yang hatinya selalu dekat dengan kita, tidak kira berapa jauh jarak dan berapa lama waktu memisahkannya.Terima kasih sahabat kerana hadir bila aku memerlukan seorang teman.. terima kasih kerana hadir bila aku kesedihan dan terima kasih kerana mengembirakan aku.

 Sahabat adalah insan yang selalu ada di samping kita di masa suka ataupun duka.Sahabat bukan sahaja menerima kelebihan tetapi juga menerima segala kekurangan kita.Sahabat yang baik adalah sahabat yang jujur, ikhlas dan setia pada sahabatnya dan selalu membimbing dan memimpin sahabatnya kearah kebaikan.

Sahabat yang baik adalah yg menjaga lidahnya ketika berbicara dengan sahabatnya. Sentiasa memberi senyuman dan selalu mengembirakan sahabatnya.Jika anda memiliki seorang sahabat yang baik, jagalah sahabat anda kerana tidak semua orang boleh memperolehi sahabat yang baik.Sahabat sentiasa menghargai semangat setia kawan di waktu susah ataupun senang.Ikatan persahabatan itu amat indah jika dijalinkan dengan rasa ikhlas, jujur dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.Terlalu payah untuk memelihara hubungan persahabatan tetapi terlalu mudah untuk memutuskannya.

Di waktu tiada satu pun orang disisimu, janganlah kau merasa sedih, apatah lagi merasa terpinggir kerana pasti di suatu masa  ada orang lain yang akan memberikan senyuman dan sapaan yang tulus dan ikhlas, serta mengembalikan cahaya di jiwa menggantikan resah gelisah mendung yang meliputi hati. Itulah senyuman dan sapaan dari seorang sahabat sejati.

Sekiranya tidak mampu memberi sesuatu untuk mengembirakan sahabat cukuplah sekadar senyuman ikhlas sebagai hadiah untuknya.Keikhlasan, kejujuran dan hidup berkasih sayang dengan sahabat pada setiap , masa tanpa mengira waktu adalah tuntutan sebuah jalinan persahabatan bukan sahaja di waktu suka akan tetapi juga di saat kita menghadapi sebarang kesukaran dan kepayahan.Tiada yang lebih indah dari kasih sayang sahabat itu terhadap kita terutama di saat kita bersedih.Hubungan persahabatan janganlah hendaknya dicurangi dengan menyakiti hati sahabat dan melukakan perasaannya.

Jika kita sengaja atau tanpa menyedari melakukan kesalahan itu janganlah malu-malu merendah diri memohon kemaafan darinya agar kita dapat memperbetulkan diri dan tidak melakukan sebarang kesilapan lagi.Sahabat adalah orang yang hatinya selalu dekat dengan kita, tidak kira berapa jauh jarak dan berapa lama waktu memisahkannya.Janganlah jadikan diri kita sebagai bayang-bayang dalam persahabatan yang hanya menjelma ketika cahaya terang, dan bila datang gelap ia akan menghilang.

Terlalu mudah untuk mencari kawan dan amat sukar mendapat seorang sahabat serta amat sulit untuk kita pelihara dan mengekalkan persahabatan itu sekiranya kita tidak benar-benar mengasihi dan menyayangi sahabat.Jalinan persahabatan menuntut seribu keikhlasan dan ketulusan dengan sepenuh hati.Semakin jernih hati seseorang semakin tinggi tingkat keikhlasannya bersahabat.Akan tetapi ikhlas dalam bersahabat itu banyak godaan dan dugaannya.Bukan senang untuk menjaga dua hati yang bertaut, kalau tidak tahan diuji sudah pasti ada hati-hati yang terluka.

Panjatkan doa yang baik-baik untuk sahabat agar ikatan kasih sayang dan kemesraan akan terus bersemarak mekar hingga ke hujung nyawa. Percayalah sebuah persahabatan itu amat bermakna hanya terbina dengan keikhlasan dan kejujuran.Sahabat perlu disayangi dan dikasihi bukanlah untuk dicurangi dan dikhianati.Jujur dan ikhlas adalah kunci kesetiaan dalam ikatan sebuah persahabatan.Terima kasih kepada semua yang menerima diri ini sebagai seorang sahabat.Aku rindukan kemesraan sahabat. Sekali sekala aku ingin bertemu sahabat agar bertambah kasih sayang dalam persahabatan.", siapalah diri ini tanpa sahabat.

Maafkan diri ini kerana aku bukanlah sahabat yang terbaik kerana aku terlalu banyak kelemahan dan kesilapan terhadap semua samada sedar mahu pun tidak. Aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan para sahabat mengenai kemesraan sebab kalianlah sahabatku.Ucapan salam tetap jadi sapaan dari ku untuk para sahabat sekelian meskipun tanpa sahutan, namun hanya itu sahaja yang termampu dari ku sebagai tanda ingatan.Ku tak berkecil hati dan tak pernah rasa kecewa, jauh sekali dari mengata dan bersifat berdendam.

Sahabat ibarat mentari yang menyinar, bayu yang berhembus dan embun yang menyegarkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat mulia pembimbing jalan.Dalam persahabatan, kita harus saling mempercayai, saling menghargai, saling menghormati, dan saling membantu kerana kunci persahabatan adalah kejujuran, keterbukaan, dan saling menyayangi satu sama lain.Kasih sayang sahabat itu umpama air mengalir kadangkala terhenti, adakalanya terus mengalir tanpa menemui titik akhirnya .Sahabat adalah insan yang selalu ada di samping kita di masa suka ataupun duka.

Sahabat bukan sahaja menerima kelebihan tetapi juga menerima segala kekurangan kita.Sahabat sentiasa menghargai semangat setia kawan di masa kita memerlukan pertolongan.Semoga persahabatan itu tidak hanya erat diluahan kata manis di bibir tetapi di hati tidak mempunyai sebarang makna.Persahabatan yang luhur adalah lahir dari keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan.Persahabatan yang didasari dengan keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan akan melahirkan perasaan kasih sayang yang berpanjangan.Jagalah yang ada, tambah lagi yang dicari tetapi jangan sampai mencari yang lain hilang pula yang sedia ada. 

Maka peliharalah hubungan persahabatan supaya jangan sampai sahabat yang telah lama kita kenali hilang dari hidup kita.Kehilangan sahabat akan membuat kita kesal dan sesal yang teramat sangat.Terima kasih sahabat kerana hadir bila aku memerlukan seorang teman.Terima kasih kerana hadir bila aku kesedihan dan terima kasih kerana mengembirakan aku.Aku sayang sahabat semua, tanpa sahabat siapalah aku.

IKATAN PERSAHABATAN KE HUJUNG NYAWA

Marilah kita memperkatakan kisah kasih, sayang menyayang dan menghargai ikatan tali persahabatan serta nilai keakraban yang terjalin rapi dalam bersahabat itu adalah sangat cantik dan terlalu indah.Sebuah ikatan yang benar-benar kukuh dan tidak rapuh dan patah walau dihentam ribut.Tidak mudah  lekang dik panas berbahang dan tidak lapuk dik hujan.Seandainya kasih kepada sahabat, sayangilah dengan sepenuh hati, jiwa suci murni serta menerima seadanya sahabat kita itu dalam keadaan apa sekalipun agar ikatan itu sentiasa erat dan berpanjangan.

Sekiranya mengasihi sahabat hanya separuh hati itu masih menandakan tali persahabatan itu tidak utuh dan belum lagi sejati.Jika tidak jujur dalam persahabatan dan tidak ikhlas maka ikatan persahabatan ini terlalu longgar dan mudah goyah, bila-bila masa sahaja boleh lebur, musnah dan berkecai.Persahabatan serapuh ini amat mudah kasih sayang berganti benci.Alangkah indahnya jika kita mengasihi sahabat umpama laut dalam tanpa bertepi dan bak gunung tiada berkemuncak tinggi.Laksana awan di langit biru tiada pernah henti berarak datang dan pergi.

SAYANG-SAYANG SAHABAT KU SAYANG


Salam kasih sayang buat sahabat-sahabatku....Renung-renung dan fikir-fikirkanlah ~

Semakin lama kita bersahabat semakin sayang, janganlah semakin renggang.Semakin jauh sahabat kita, semakin terkenang, janganlah semakin kurang.Semakin dekat sahabat kita, semakin ditandang, janganlah semakin terlepas pandang.Semakin rindu sahabat semakin terbayang, janganlah semakin menghilang.Amat malang jika sahabat kita terus melayang.Bahagianya menjalinkan ikatan persahabatan dengan jujur, ikhlas dan setia.Biar tidak ada wang, jangan tidak ada sahabat. Biar kehabisan wang, jangan kehabisan sahabat. Biar putus wang, jangan putus sahabat.

Amat mudah mendapat beribu kenalan tetapi amat payah mencari sahabat yang sanggup mendamba kasih sayang untuk sahabatnya apabila diperlukan.Sababat ketawa senang dicari namun sahabat menangis sukar didapat..Ketika bersalaman hendaklah berjabat tangan dengan erat agar lebih terasa sentuhan kasih dan renunglah mata dan muka sahabat serta lemparkan senyuman manis agar perasaan kasih mesra meresap pantas ke dalam hati.Elakkan berpaling muka semasa bersalam kerana perbuatan ini tidak menunjukkan sikap kemesraan dan tidak nampak ikhlas sehingga membuat kasih sayang sedikit terhalang dari menyusup laju ke dalam hati.

Kasih tumbuh melata, bermesra seiya sekata, jangan ada benci di mata, di hati selalu tetap bertakhta.Tali persahabatan biarlah indah, kebahgiaan usah disanggah, bermusuhan jangan ditempah, sayang menyayang membawa berkah.Kasih mu sahabat laksana setianya mentari bertandang setiap hari, sayang mu seperti embun yang sentiasa menyirami pepohon setiap pagi, begitu jua rinduku pada mu umpama ombak yang tidak pernah jemu berlari menuju pantai putih berseri.Jambatan diibaratkan penghubung dua tanah daratan terpisah dik sungai, tasik dan selat.Jika dilanda gempa atau petaka boleh saja meruntuh dan meranapkannya. 

Begitulah hubungan persahabatan adalah diibaratkan sebatang jambatan penyambung dan penghubung kasih antara rakan, kawan, taulan, sahabat dan keluarga. Jika tidak pandai menjaga hubungan tersebut dengan sebaiknya maka ia akan bergegar, retak, putus dan memusnahkan sebuah perhubungan itu.

SETENANG AIR BERKOCAK JUGA

Setenang manalah air di cawan kekadang berkocak dan kekadang tertumpah juga, inikan pula tasik nan luas nampak sahaja airnya tenang sesekali ditiup angin riak berkuak juga, nampak tenang di permukaan tapi dibawah mungkin airnya berpusar dan berarus laju.Jangan pula kita sangkakan tenang itu tidak merbahaya dan janganlah pula  kita cuba dan berani untuk berenang nanti buruk padahnya.

Maka berfikirlah sedalam-dalamnya dan berhati-hati selalu agar kita tidak terburu-buru terus terjun agar tidak lemas tenggelam dalam arus tasik berlubuk dalam.Apatah lagi jika dibandingkan laut yang ombaknya tiada pernah berhenti kekadang bergelora dihentam badai.Apa sudahnya pasir di pantai juga jadi mangsanya.

Begitu juga dalam persahabatan dan berkawan, bukan sentiasa hati berada dalam keadaan tenang, ada kala  kita juga dibuai resah dan kecewa dengan sikap dan laku sahabat  yang kita sayangi.Dalam persahabatan kita perlu bergaul dengan baik, mesra dan menjaga peradaban diri serta patah lenggok tutur kata.

Tidak semestinya sahabat yang kita suka akan memberi sepenuh kebahagiaan dan menjaga hati dan perasaan kita selamanya.Belum tentu mereka dapat membantu kita dalam kesusahan dan kesedihan.Akan tetapi kekadang kawan yang kita benci, itulah yang suka membantu, namun apa yang kita harapkan hubungan persahabatan biarlah terjalin dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Sebenarnya  tiada paksaan dalam persahabatan, tiada siapa yang boleh memaksa supaya orang suka atau tidak bersahabat serta berkawan dengan kita,Mungkin hari ini sahabat, kawan, rakan dan kenalan suka kepada kita, entah esok lusa mungkin membenci, hari ini baik esok lusa berkelahi, begitu lah sebaliknya hari ini kita dibenci, esok lusa bertukar suka.

Ibarat hari ada masanya mentari cerah di waktu siang, kekadang pula malap dik mendung di sebelah petang, begitu juga waktu malam ada kalanya malam terang dik cahaya bulan mengambang, ada malam gelap dan kelam.Ada masa hujan turun gerimis, ada kala bertukar lebat, tidak menentu masa datangnya.

Kita boleh menegur kesalahan sahabat dan kawan secara berhemah tetapi biarlah teguran yang membina dan yang boleh memperbetulkan dirinya dari terus melakukan kesilapan agar tidak berterusan, itupun setakat yang termampu.Seandainya mengguris hati dan menguja perasaannya elok sahaja kita beralah.

Jika tidak juga berkesan menegurnya cukuplah sekadar berdoa untuk kebaikan sahabat kita itu.Mudah-mudahan sahabat kita lembut hatinya dan akan berubah sikapnya kepada kebaikan.Memang benarlah kata orang-orang lama hati untuk menegur sahabat memang payah bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Memang sukar untuk kita menjaga hati sahabat handai, sepertimana diri kita tidak mahu disakiti begitulah juga dengan mereka.Namun begitu seandainya mereka tidak juga berubah sikap dari melakukan kesilapan dan kesalahan, setelah ditegur, apakan daya, biarlah kita  berdiamkan diri sahaja asalkan diri kita tidak pula menjadi musuh dan seteru.

Jika kita ingin meneropong dan mengintai kawan dan sahabat, biarlah kita teropong akan kebaikannya, segala keburukan biarlah kita diamkan sahaja agar sahabat kita tidak terlalu aib dengan lakuan cemarnya.Marilah kita bersangka baik terhadap rakan, kawan, taulan dan sahabat.Berserah sahaja kepada Yang Maha Esa, Maha mengetahui akan rahsia hati manusia.

Begitulah keadaannya manusia di akhir zaman. sifat dengki khianat, fitnah dan segala sifat cemar dan cela sentiasa sahaja merenggang dan memutuskan tali persahabatan.Sering kita dengar kerana perkara yang remeh temeh dan isu-isu yang kecil-kecil diperbesarkan hingga boleh meretak hubungan persahabatan malahan ada yang terputus persahabatan kerananya.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dari bersifat dan bersikap demikian demi menjaga hubungan tali persahabatan, yang jauh biar kita dekatkan, yang renggang dirapat-rapatkan.Marilah kita menjaga dan membelai serta memupuk tali persahabatan supaya sentiasa erat dan berkekalan.Mudah-mudahan ikatan persahabatan akan tetap intim selagi hayat dikandung badan.

Setenang manalah air di cawan kekadang berkocak dan kekadang tertumpah juga, inikan pula tasik nan luas nampak sahaja airnya tenang sesekali ditiup angin riak berkuak juga, nampak tenang di permukaan tapi dibawah mungkin airnya berpusar dan berarus laju.Jangan pula kita sangkakan tenang itu tidak merbahaya dan janganlah pula  kita cuba dan berani untuk berenang nanti buruk padahnya.

Maka berfikirlah sedalam-dalamnya dan berhati-hati selalu agar kita tidak terburu-buru terus terjun agar tidak lemas tenggelam dalam arus tasik berlubuk dalam.Apatah lagi jika dibandingkan laut yang ombaknya tiada pernah berhenti kekadang bergelora dihentam badai.Apa sudahnya pasir di pantai juga jadi mangsanya.

Begitu juga dalam persahabatan dan berkawan, bukan sentiasa hati berada dalam keadaan tenang, ada kala  kita juga dibuai resah dan kecewa dengan sikap dan laku sahabat  yang kita sayangi.Dalam persahabatan kita perlu bergaul dengan baik, mesra dan menjaga peradaban diri serta patah lenggok tutur kata.

Tidak semestinya sahabat yang kita suka akan memberi sepenuh kebahagiaan dan menjaga hati dan perasaan kita selamanya.Belum tentu mereka dapat membantu kita dalam kesusahan dan kesedihan.Akan tetapi kekadang kawan yang kita benci, itulah yang suka membantu, namun apa yang kita harapkan hubungan persahabatan biarlah terjalin dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Sebenarnya  tiada paksaan dalam persahabatan, tiada siapa yang boleh memaksa supaya orang suka atau tidak bersahabat serta berkawan dengan kita,Mungkin hari ini sahabat, kawan, rakan dan kenalan suka kepada kita, entah esok lusa mungkin membenci, hari ini baik esok lusa berkelahi, begitu lah sebaliknya hari ini kita dibenci, esok lusa bertukar suka.

Ibarat hari ada masanya mentari cerah di waktu siang, kekadang pula malap dik mendung di sebelah petang, begitu juga waktu malam ada kalanya malam terang dik cahaya bulan mengambang, ada malam gelap dan kelam.Ada masa hujan turun gerimis, ada kala bertukar lebat, tidak menentu masa datangnya.

Kita boleh menegur kesalahan sahabat dan kawan secara berhemah tetapi biarlah teguran yang membina dan yang boleh memperbetulkan dirinya dari terus melakukan kesilapan agar tidak berterusan, itupun setakat yang termampu.Seandainya mengguris hati dan menguja perasaannya elok sahaja kita beralah.

Jika tidak juga berkesan menegurnya cukuplah sekadar berdoa untuk kebaikan sahabat kita itu.Mudah-mudahan sahabat kita lembut hatinya dan akan berubah sikapnya kepada kebaikan.Memang benarlah kata orang-orang lama hati untuk menegur sahabat memang payah bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Memang sukar untuk kita menjaga hati sahabat handai, sepertimana diri kita tidak mahu disakiti begitulah juga dengan mereka.Namun begitu seandainya mereka tidak juga berubah sikap dari melakukan kesilapan dan kesalahan, setelah ditegur, apakan daya, biarlah kita  berdiamkan diri sahaja asalkan diri kita tidak pula menjadi musuh dan seteru.

Jika kita ingin meneropong dan mengintai kawan dan sahabat, biarlah kita teropong akan kebaikannya, segala keburukan biarlah kita diamkan sahaja agar sahabat kita tidak terlalu aib dengan lakuan cemarnya.Marilah kita bersangka baik terhadap rakan, kawan, taulan dan sahabat.Berserah sahaja kepada Yang Maha Esa, Maha mengetahui akan rahsia hati manusia.

Begitulah keadaannya manusia di akhir zaman. sifat dengki khianat, fitnah dan segala sifat cemar dan cela sentiasa sahaja merenggang dan memutuskan tali persahabatan.Sering kita dengar kerana perkara yang remeh temeh dan isu-isu yang kecil-kecil diperbesarkan hingga boleh meretak hubungan persahabatan malahan ada yang terputus persahabatan kerananya.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dari bersifat dan bersikap demikian demi menjaga hubungan tali persahabatan, yang jauh biar kita dekatkan, yang renggang dirapat-rapatkan.Marilah kita menjaga dan membelai serta memupuk tali persahabatan supaya sentiasa erat dan berkekalan.Mudah-mudahan ikatan persahabatan akan tetap intim selagi hayat dikandung badan.

Ya Allah, Ya Tuhan ku ....

Berikanlah kebahagiaan hati, keselamatan diri, kesihatan dan kesejahteraan, untuk para sahabatku.Berikanlah kesenangan sahabat-sahabatku seperti lancarnya air sungai yang mengalir dari hulu hingga ke hilirnya.Tenangkanlah hatinya setenang awan putih bersih yang sentiasa berarak di angkasa...

Ya Allah perkenankan permohonan doa ku ini... Amin......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...