Di tepi sebuah kolam dipinggiran hutan 3 ekor katak tinggal dengan aman tiada gangguan.Ketiga-tiga ekor katak ini selalu berehat dibawah sebatang pokok pisang berhampiran kolam itu.Diwaktu petang katak-katak ini selalu berbual-bual sehingga malam, disamping berbual mereka bersukaria berbunyi dan bernyanyi.Mereka memikirkan disitu tiada seekor ular pun yang akan menganggu kehidupan mereka.
Walaubagaimanapun katak betong selalu berpesan kepada kawan-kawannya supaya berhati-hati dengan kehadiran musuh walaupun dirasakan tiada ancaman ular ditempat itu.Akan tetapi katak puru dan katak pisang tidak begitu mengendahkan pesanan katak betong tersebut, mereka sentiasa sahaja membuat bising, boleh dikatakan setiap malam hingar bingar bunyi mereka disitu.Sesekali katak betong terikut-ikut juga rentak kawan-kawannya.
Selang beberapa hari kemudian disuatu petang ketika hujan turun ketiga-tiga mereka gembira sambil berbunyi dengan pelbagai rentak dan irama, maklumlah sudah lama hari tidak hujan.Sedang mereka bermain dan membuat bising tanpa disedari bunyi jerik pekik mereka menarik perhatian 3 ekor ular iaitu ular daun, ular kapak dan ular senduk yang tinggal tidak jauh dari kolam itu.
Ketika berseronok, ketiga-tiga mereka tidak sedar diperhatikan oleh ketiga-tiga jenis sang ular. Ular daun mengendap si katak pisang, ular kapak memerhatikan katak puru dan ular senduk pula menanti masa menyerang katak betong yang sederhana besar itu.Oleh kerana terlalu gembira menyebabkan mereka terleka, lalu sang-sang katak itu diserang dan ditangkap oleh ketiga-tiga ular berkenaan, maka tamatlah riwayat ketiga-tiganya.Kolam yang menjadi tempat mereka berehat dan berbual selama ini kini tinggal sepi tanpa suara-suara katak itu lagi.
~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.
2 ulasan:
slm,
ringkas je jalan ceritanya, tapi seronok dan ada mesej.. :)
tw x pandei bercerita, hehehe nanti nak buat koleksi bercerita kat cucu tw sebelum tidur...
Catat Ulasan