Tok Wan di pejabat...
Setelah menamatkan alam persekolahan aku melakukan kerja-kerja kampung , dan pernah menjadi peon dan guru sementara, dalam pada itu aku telah memohon pekerjaan dipelbagai jawatan dalam kerajaan dan swasta.Aku telah 4 kali aku dipanggil temuduga termasuk jawatan guru.Temuduga yang mula sekali aku hadir ialah FAMA, Ipoh, tetapi keputusannya keciwa, RISDA, FELDA dan FELCRA, akhirnya aku telah ditawarkan berkhidmat dengan agensi RISDA dan perlu hadiri kursus asas terlebih dahulu pada hujung tahun 1979.
Selepas beberapa bulan aku ditawarkan pula bertugas di Felda dan FELCRA, oleh kerana aku telah melalui kursus di RISDA biarlah ku teruskan perkhidmatan ini.Setelah selesai berkursus di Alor Setar, Kuala Nerang dan Padang Rengas, Ipoh dan tinggal selama seminggu di rumah keluarga angkat yang dipilih RISDA iaitu di Kampong Senggang, Kuala Kangsar aku pun diarah mendaftar diri ke Sitiawan pada 1.3.1980, aku berada di Sitiawan selama 3 hari,kemudian aku dihantar ke Parit.
Aku bertugas di Parit kawasan Blanja Kiri/Layang Kiri selama 17 tahun dan aku telah bertukar ke Tapah pada 1.9.1996 dan ditempatkan di Sungkai, pada 1.3.1998 aku diarahkan bekerja dalam anak Syarikat RISDA iaitu Narsco Transpot, RISDA Fleet sehinggalah pada 1.6.2010 aku telah dinaikkan pangkat bertugas semula dengan RISDA Tapah dan ditempatkan di Bidor.Sekiranya tiada aral aku akan bekerja sehingga 10.3.2016 dan jika tidak aku akan bersara lebih awal dari itu.Lihat pada kesihatan aku nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan