Ahad, 7 November 2010

GAYA KU 52 TAHUN

Diambil semasa beriadah di Sungai Tesong, Sungkai, terbayang usia meningkat kerana wajah sudah berubah rambut, misai dan janggut telah 95 percent menjadi putih...

Pada 10.3.2010 cukuplah usiaku 52 tahun dimana setelah puas merantau, mencari pengalaman diusia kini banyak yang aku rasai manis, pahit, tawar, masin, kelat  maung dan pelbagai rasa dalam hidup.Pelbagai cerita, pelbagai kisah, pelbagai ragam yang telah aku alami.Segala pengalaman sangat berguna dalam menempuhi waktu sekarang dan yang akan datang.

Aku telah merasai hidup bujang dan telah merasai hidup berkeluarga, dan pernah berkahwin sebanyak 2 kali setakat ini, mungkin ada pertambahan itu tidak pasti, biarlah Allah sahaja yang menentukan.Aku pernah merasai hidup sebagai seorang ayah dan seorang ibu kerana terpaksa berpisah dengan isteri yang sangat aku sayangi.Ketika itu duniaku begitu malap, suram, derita tetapi dengan kecekalan hati dan pengalaman yang cukup semua itu tidak begitu menggelapkan masa depan ku, Insyaallah Tuhan telah memberi aku kesabaran dan kekuatan ketika aku teraba-raba mencari arah cahaya didalam gelita.

Kini aku berbangga dengan diri ku sendiri kerana tidak ramai yang mengalami nasib dan berpengalaman seperti yang pernah aku alami.Bagiku itulah satu kehebatan yang ada pada ku ketika itu,kerana berjaya meloloskan diri dari dugaan Allah dengan berkat doa kedua ibubapa, keluarga dan diriku.Syukur Alhamdulilah itulah sahaja yang dapat aku ucapkan kepada Mu Ya Tuhanku disepanjang masa selagi nyawaku dibadan.

Ya Allah ~ Kau ampuni diriku dan keluargaku, selamatkanlah diri ku, Kau selamatkanlah keluarga ku, berikan kami cahaya keinsafan, berikan kami hidayah, berilah kami keredhaan mu dalam menempuh hidup kami kini dan dihari-hari berikutnya, Ya Rabbi kau berilah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga, berilah kebahagian hidup kami di dunia dan kebahagiaan di Akhirat... Amin Ya Rabbal'alamin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...