Tapah
Adakalanya selera makan tidak menentu, tambahan tinggal di Malaysia pelbagai makanan yang boleh kita rasa dari pelbagai jenis juadah makanan masakan kaum Melayu, Cina, India dan juga makanan dari kaum-kaum lain.Makanan yang aku gemar selain menu masakan orang Melayu adalah capati, entah mengapa sejak umur ku 15 tahun aku menggemari makan capati, mungkin kerana semasa aku tinggal di asrama dahulu berdekatan dengan rumah seorang kaum Sikh dan anak gadisnya selalu memberi aku capati, maklumlah ketika itu hanyalah anak Singh itu sahaja yang menjadi pujaan hati.
Setelah aku bekerja aku selalu juga makan capati di gerai kaum Pakistani di Ipoh dan juga direstoran-restoran mamak.Dari apa yang aku rasa capati dari kaum Punjabi, Benggali atau Pakistani memang lebih sedap jika dibandingkan dengan capati yang disediakan oleh mamak.Setelah aku bertukar tempat bertugas di Tapah, maka boleh dikatakan menu minum pagi aku adalah capati bersama teh tarik atau kopi O.Aku selalu ke Capati Corner di Simpang Chenderiang untuk menikmati makanan kegemaran ku itu.Selalunya aku makan capati dengan kari kambing, kuah sardin, kari ikan atau pun kuah dal sahaja.Sesekali aku pekena capati dengan susu lembu tetapi aku tidak gemar pula susu kambing.
Apabila aku bertukar ke Bidor, maka aku jarang-jarang makan capati, adakalanya aku makan capati di Bidor sahaja tetapi aku rasa kurang selera menikmatinya, maka tidak hairanlah aku selalu ke Simpang Chenderiang, Temoh untuk menikmati capati disana.Taukeh Capati itu pun sudah mesra dan mengenali aku.Sekiranya kawan-kawan ada bertandang ke Bidor tidak lupa juga aku akan membawa mereka merasai capati ditempat yang aku selalu makan dan jika aku pergi kemana-mana melalui jalan tersebut, tidak pernah rasanya aku tidak singgah untuk merasai makanan yang aku gemari ini.
Ada juga sekali sekala aku pergi ke Capati Corner ini disebelah malam untuk mengisi perut ataupun sahaja kesana bersama rakan-rakan sambil berbual-bual, Begitu jugalah jika ada kelapangan di waktu petang atau dihari cuti aku kesana untuk melepaskan rasa keinginanku makan capati.Selalu juga aku bawa pulang sebagai bekalan untuk jiran tetangga ku disini.Oleh itu sekiranya ada kawan-kawan yang berhajat untuk mengunjungi kawasan Bidor atau Tapah, ayuh sahaja menghubungi aku, boleh kita makan capati...
Aku tidak lupa juga datang kesini apabila ada kawan-kawan dan sahabat handai yang datng berkunjung ke Bidor atau ke Tapah dan sama-sama menikmati capati di Restoran Capati Corner di Persimpangan Chenderiang Temoh, Tapah ini, sekiranya ada rezeki dapatlah merasa capati dan kari kambing kerana kari kambing selalunya terhad dan tidak dapat menampung permintaan pelanggan yang begitu ramai untuk menikmati rasa capati berlauk kari kambing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan