Ahad, 7 November 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SHUKRI


Antara ahli RK yang hadir kemajlis perkahwinan anak Shukri Idrus di Taman Layang2, Kepong pada 31.7.2010

dari kiri: Roslan Khairuddin, Abdul Rahman Khalid, Prof.Mohd Nizamuddin Sulaiman, Ahmad Harun (TW), Dr Ashhar Khalid, Ameruddin Mat Som, Salleh Mat Ali

Sdr Roslan Khairuddin satu kelas dengan ku dari Remove Class, tingkatan 4 dan 5, beliau sekarang bekerja di Public Mutual.Jawatan beliau dalam RK SMI adalah sebagai Pengerusi.

Sdr Abd Rahman Khalid satu kelas dengan ku di Remove Class SMI, beliau adalah merupakan adik kepada kartunis Dato' Mohd Noor Khalid @ Lat, dan Pengarah Filem Mamat Khalid.

Professor Mohd Nidzamuddin Sulaiman RK 1972, muda setahun dari kami. Beliau seorang yang berpandangan jauh, konsisten, mudah senyum, tidak sombong dan tahan bergurau, seorang penganalisis politik di UKM Bangi, dan selalu dijemput memberi analisis berkaitan politik tanah air dan antarabangsa di TV 1 dan Astro Awani

Ahmad Harun @ TW adalah orang biasa yang bekerja sebagai kakitangan RISDA, pernah bertugas selama 17 tahun di Parit, 2 tahun di Sungkai, dan pernah bekerja dalam anak syarikat RISDA (Risda Fleet) selama hampir 10 tahun dan kini bertugas di Pejabat RISDA Stesen Bidor bermula pada 1.7.2008.Jawatan dalam RK Penolong Setiausaha.

Dr Ashhar Khalid berasal dari Telok Intan Perak, seorang yang pendiam dan sekarang bekerja di MINT. Beliau selalu keluar negara kerana kaitan tugas beliau.

Amiruddin Mat Som adalah seorang yang mudah senyum dan tegas. Seorang guru di Tapah, dan pernah bertugas di Sabah.Jawatan dalam RK adalah sebagai Bendahari.

Mohd Salleh b. Mat Ali seorang yang suka bergurau, serta ramah, bertugas sebagai Pengarah Jabatan  Penilaian di Melaka.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...