Khamis, 16 Disember 2010

KISAH BAPAK HARUAN DENGAN IKAN SEPAT


Dalam sebuah kolam dihujung bendang terdapat seekor bapa haruan dan beberapa ekor ikan sepat.Ikan haruan ini selalu sahaja menganggu kehidupan sepat disitu.Setiap hari ada sahaja telor, anak dan ikan sepat yang menjadi mangsa kepada haruan itu.Walaupun ikan haruan iu hanya seekor tetapi dialah menjadi raja dikolam itu tanpa boleh dibuat apa-apa tindakan oleh sepat-sepat di situ.



Boleh dikatakan sepat-sepat dikolam itu tidak berani bergerak bebas, gerak geri mereka selalu diperhatikan oleh haruan.Silap hari mereka boleh menjadi mangsa kepada haruan yang ganas itu.Sekiranya ada serangga yang jatuh kekolam haruanlah yang terlebih dahulu menyambar.


Pada satu hari ada seorang pemancing ikan mengail dikolam itu.Ikan sepat hanya memerhatikan sahaja umpan cacing dimata kail itu.Ada juga beberapa ekor sepat yang cuba mendekati umpan tersebut tetapi telah diburu dan dihalang oleh haruan.Didalam hati haruan ini adalah rezeki dan makanan yang istimewanya pada hari itu.Tidak pernah ia memperolehi hidangan yang ditamu sebegitu rupa.Ikan haruan itu turut hairan mengapa terlalu mudah makanan akan diperolehinya tanpa perlu bersusah payah.


Setelah beberapa kali dilihatnya makanan itu naik dan turun, dengan tidak membuang masa lagi haruan itu menyambar, lalu tersangkutlah mata kail itu dibibirnya dan mengelupurlah ia dan meronta-ronta ketika ditarik oleh pemancing.Maka pada hari itu tamatlah riwayat hidupnya, ikan-ikan sepat pun berasa senang hati sejak ketiadaan bapa haruan yang ganas didalam kolam tersebut.Rupa-rupanya walau sekuat mana haruan tetapi atas sifat tamak dan tidak menggunakan akal akhirnya tumpas juga dengan umpanan pemancing.




~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...