Jumaat, 3 Disember 2010

KISAH HANTU ~ ADAKAH HANTU ITU BENAR-BENAR WUJUD ?

pocong (gambar hiasan)


Aku selalu juga membaca buku, majalah dan menonton dipawagam berkaitan cerita-cerita seram dan hantu, apa yang aku dapati semua bangsa didunia ini percaya kewujudan hantu.Ada yang mengisahkan kejadian orang dirasuk hantu, orang mati jadi hantu, hantu penunggu,pontianak, toyol, hantu peti ais pun ada, bermacam-macam hantu yang aku sudah jumpa, lihat tetapi hanya di layar perak dan tatapan dari gambar pelukis dibuku-buku bagi melariskan jualan.
toyol ?

Aku teringat pada tahun 70an dan 80an dimana aku selalu juga menonton  filem Cina berkaitan cerita hantu ini.Apa yang aku lihat cerita hantu Cina ini serupa juga bentuknya seperti yang selalu diceritakan oleh orang Melayu.Aku tak pernah melihat, terlihat, terimbas dan tertengok hantu pocong selama aku hidup.Benarkah ada kewujudan hantu pocong tersebut.Cerita hantu pocong ini selain menonton filem, cerita dari mulut ke mulut selalu diceritakan ketika kawan-kawan berbual-bual kosong tetapi kebenaran setelah ditanya semula berkaitan hantu jenis ini, maka dijawabnya dia pun tak pernah jumpa hanya mendengar cerita orang.

pontianak (hiasan)

Pada tahun 80an atau 90an (aku tak ingat !) aku pernah juga melihat pameran hantu di Muzium Negara tetapi semuanya tidaklah menyeramkan aku, apa yang pasti aku lihat pameran tersebut hanyalah berbentuk rekaan, ilham dan pandangan sahaja tetapi kebenaran cerita kisah hantu ini tidaklah boleh dibuktikan benar-benar wujud.


langsuir

Aku pernah juga terdengar orang berkata yang hantu ini merupakan syaitan yang menjelma wajah hantu, untuk menyakat atau menganggu manusia terutamanya orang yang kurang semangat dan kanak-kanak, entahlah...Hal berkaitan dengan kewujudan syaitan dan jin memanglah aku akui kebenarannya tetapi pengalamanku melihat perkara ini belum lagi aku alami dan seandainya ada, aku tidak juga mengingininya.



Pada tahun 60an, masa itu kanak-kanak memang selalu ditakutkan ibu bapa mereka berkaitan cerita hantu, maka anak-anak takut untuk keluar malam, lagi pun diwaktu itu suasana di kampung-kampung memang gelap dan selalunya hantu ini ada kaitan kisahnya diwaktu malam atau subuh kerana keadaan yang gelap, tunggul dan daun pisang bergoyang didalam gelap pun disangka hantu, akan tetapi kini dikampung-kampung, apatah lagi dibandar-bandar  limpahan cahaya lampu menerangi setiap penjuru, dan kisah kemunculan hantu langsung tidak dirasai oleh kanak-kanak lagi.

dracula (gambar hiasan)

Masa dahulu ada pelbagai hantu yang kita dengar hantu yang suka menyerupai tuan belaannya dipanggil hantu raya, yang terbang menghisap darah orang bersalin dipanggil penanggal, lansuir, yang suka menyorok budak-budak diwaktu senja dipanggil hantu sorok atau hantu kopek, yang suka merasuk digelar pelesit, bajang, polong dan saka, yang tinggi lonjong, hantu galah, yang didalam air hantu air, yang suka mencuri adalah toyol, hantu kubur, pocong, hantu bungkus, hantu tudung, hantu kelubung, dan pelbagai nama dan jenama, ragam serta bentuk rupa hantu mengikut cerita dan gambaran orang.

gambar hiasan


Sekarang ini yang pasti hantu baru memang wujud di negara kita seperti hantu judi, hantu arak, hantu disko, hantu rempit, hantu tangan panjang, hantu melaram, hantu raya dihari raya, hantu make up, hantu rokok, semua dah berhantu.Bila manusia telah menjadi hantu, mungkin hantu-hantu yang selalu diceritakan orang sebelum ini sudah hampir pupus.



 Hantu dizaman moden

Masa kanak-kanak dahulu memang aku terasa takut menjelang malam kerana suasana yang gelap ketika itu, yang melambangkan kewujudan hantu tetapi zaman moden kini rasanya anak-anak lebih berani kerana bagi mereka malam dan siang sama sahaja.


Entahlah, sejauh mana benarnya....



Hantu motor




Hantu pocong








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...