Selasa, 7 Disember 2010

SAUDARA KHAIRUDDIN BIN MALIK


Saudara Khairuddin Malik telah dilahirkan di Telok Intan (Telok Anson) pada 6.5.1958 dan bersekolah rendah disana dan memasuki sekolah menengah dalam Rancangan Khas St. Michael, Ipoh pengambilan pertama pada tahun 1971.Setelah itu memasuki Maktab Perguruan dan bertugas sebagai guru sebelum berhenti menjadi Imam sepenuh masa di Masjid Saidina Abu Bakar, Kuala Lumpur, dan kini Saudara Khairuddin tinggal di bandar Puchong Perdana, Selangor.


Telah berumahtangga dengan isteri beliau Puan Foziah binti Abd Rahim yang berasal dari Sungkai, Perak Darul Ridzuan dan mereka telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.Isteri beliau juga adalah merupakan sepupu bekas isteri ku, dan ibu saudara kepada anak-anakku sekarang.Allahyarham ibu kepada Puan Foziah dan Allahyarham ibu mertuaku (ibu bekas isteriku) adalah adik beradik.Walaupun begitu aku masih lagi menganggap dan  menghormati Foziah seperti kakak ipar saudara walaupun aku dan bekas isteri telah pun berpisah.Masih lagi aku teringat masa hari pernikahan Saudara Khairuddin dengan  Puan Foziah, dimana aku turut hadir di Trolak, Sungkai masa itu.


Semasa Saudara Khairuddin Malik  bersekolah dahulu, beliau memang aktif bersukan seperti bola sepak, olahraga dan berenang, dan beliau juga dikenali sebagai orang besi dikalangan rakan sekolah kerana kelasakan beliau dalam sukan terutamanya dalam pasukan bola sepak.Disamping itu juga beliau juga aktif dalam persatuan seperti Persatuan Bahasa Malaysia dan Persatuan Agama Islam.Beliau juga terlibat dalam pasukan pancaragam sekolah.


Semoga kerjaya yang diceburi oleh beliau sebagai imam akan diberi rahmat serta diberkati Allah dengan limpahan ganjaran pahala yang berganda, Insya Allah.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...