Di keheningan pagi ini biar ku catatkan perasaan hati ini yang terlalu sepi untuk ku bisikkan ke telinga mu.Rindu ku pada mu adalah selautan kasih yang tidak bertepi gelora dan berombak laju.Maka ku rasakan diri ini seperti secebis buih di tengah lautan bertarung nasib entahkan bila sampainya aku terdampar di tepian pantai.Rindu benar diri ini untuk mendengar bisikan suara mu bak sang bayu dingin lagi lembut yang manja menerpa telinga memujuk lara hati sepi ku.Namun terdampar di pantai pun hanya seketika namun dibawa ombak semula ke tengah lautan yang menjarakkan kita.
Aku terumbang ambing tidak tentu haluan.Harapan ku biarlah aku terdampar di tepian pantai bersama kasih mu.Kini suara mu semakin hilang bagaikan bunyi ombak yang sudah tidak kedengaran dik gelora badai semalam.Ku harap agar kasih mu sentiasa harum mewangi seharum kasturi.Biarlah kasih sayang mu hadir di hati ini bagaikan sang bayu yang sentiasa membelai dedaunan pohon setiap hari dan masa.Janganlah pula kasih mu bagaikan embun yang hanya seketika di waktu pagi membasahi rumput yang akan hilang apabila terbit mentari.
AIR YANG MENGALIR
Bila air jernih di hulu mengalir mula bertukar menjadi keruh di kuala, maka keruhlah juga hingga ke muara.Begitulah kasih sayang yang mulanya sejernih air di hulu mula menjadi pudar akan pudar sampai ke akhirnya sukar untuk dijernihkan semula.Mengharap air sebersih mata air di tepiannya agak sukar untuk dikekalkan. Namun tak jemu berusaha untuk menjernihkannya hingga keakhir.Semoga ada sedikit baki dan sisa jernih hingga ke muara.
Begitulah yang diharapkan agar jernih air dari hulu hingga ke hilir. Namun ada sahaja tebing berlumpur hakis mengeruh dan memudarkan air mengalir hIngga ke muara kerana air tetap mengalir menyusuri tebing.Walaubagaimana pun sudah menjadi lumrah alam tebing tetap terhakis dan lumpur dan selut tetap bercampur air hingga ke muara.Sejernih manalah air sungai yang mengalir tetap juga membawa kelodak kotoran ke hilir
AWAN MENDUNG
Awan putih bertandang belum.pasti sampai ke petang. Awan mendung yang meliputi langit tidak selamanya hitam pasti akan berlalu bertukar cerah semula.Jika pun awan tebal menuruni gerimis dan hujan pastikan berhenti bila tiba masanya.Mega merah jelma hanya seketika mentari mula melangkah ke kamar melabuh tirainya.Kini bertandanglah malam yang belum pasti bulan keriangan.Mungkin bersama bintang bersembunyi di balik awan. Maka keluh kesah sang pingguk hiba kedinginan menanti kekasihnya entah bilakah akan menjelma.
KUMBANG LARA
Bukan semua kumbang dapat mendekati bunga yang sedang ranggi berkembang, kerana bunga itu sudah pun dipunyai oleh sang kumbang dan lebah yang masih bergaya dan muda.Bertuah amat nasib mereka jika dibandingkan kumbang hitam yang sudah berusia senja menanti masa untuk tersembam kebumi.Kumbang senja itu hanya dapat menghidu harum mewangi bunga dari jauh sahaja maklumlah kudrat, daya dan tenaga untuk bersaing dengan kumbang dan lebah yang masih muda adalah agak mustahil baginya.Mungkin juga kecantikan bunga akan tercela seandainya ia membelai sang bunga itu.
Ketika malam berlabuh, pagi mula menjelma di waktu embun masih menitis ada se ekor kumbang yang putus asa tidak mampu lagi untuk terbang jauh hanya melara di ranting berdaun kering. serta enggan lagi untuk hinggap di ranting bunga berduri takut dirinya tertusuk duri. berteduh diri mngenang nasib jauh terbuang. Biarlah lara setiap hari bertandang. ku pujuk hati agar tidakkan rebah kecundang. senang dan bebas untuk melayar sayap terbang tanpa haluan..mencari damai di hati.
TENANG-TENANG AIR DI LAUT
Tenang-tenang air di laut tetap berombak juga kekadang menggila bergelombang ditiup badai.Andai bahtera menyusurinya mungkin patah kemudi hilang haluan terumbang ambing bahtera di tengah lautan.Mengharap belas angin yang mungkin membawa bahtera hanyut ke tepian atau terdampar di pulau impian dan harapan.Jika dibawa angin bertentang arah maka berlarutan hanyut di tengah lautan sepi atau terumbang ambing dipukul badai gelombang.Kemungkinan karam dibaham lautan yang tidak mengenal kasihan.
MERPATI DESTINASI TAK PASTI
Ada kalanya merpati ingin mengambil jalan mudah dan pintas untuk lari dari kesengsaraan, demi mencari ketenangan ditempat lain, tetapi belum tentu beroleh kebahagian yang benar-benar sebati.Merpati hampa terjerat juga dengan kesengsaraan kali kedua.Seboleh mungkin ai tidakk mahu lagi lemas dalam pencarian pasangannya.Maka jadilah hidupnya bagai dalam pelarian mencari dan mengejar erti dan makna kebahagian yang digarap, belum pasti dapat ditemui atau masih dijerut kecelaruan dan penderitaan....oh !!! dimanakah akan ia cari, mungkinkah di hujung benua.
Ada waktunya ia cuba lari dari penderitaan dan menumpang di dahan-dahan yang merendang tanpa disedari dahan-dahan itu juga sekah, patah kerana kerapuhan atau sudah reput.Nasiblah masih bersayap boleh lagi terbang ke dahan lain jika silap hari mahu jatuh ditimpa dahan.Pun begitu hinggap ke dahan lain belum tentu juga memberi kebahagian kerana dahan-dahan itu pula dihuni semut dan kerengga maka hinggap sekejap bertebangan semula.Akhirnya hinggap pula di ranting, entah selamat entah tidak belumlah tentu.
Kemudian singgah di ranting kena pula ranting yang berduri atau berserabut dengan daun-daun terdapat pula ulat bulu, maka ada bahagian anggota yang terluka tertusuk duri atau pun yang gatal dan miang terkena dan tersentuh ulat bulu.Maka habislah badan membintat dan kemerahan digaru-garu, pedih juga maka terbang lagi.Kali ini mungkin selamat kerana turun hinggap pula ke tanah.Mungkin di taman lebih memberi keseronokan kerana indah dan cantik dengan hiasan bunga yang mekar berkembang.
Namun terhalang juga kerana terdapat pula penyengat, lebah, tebuan dan kumbang mencari makan dan bersarang, isyyy bahaya juga tu nanti kena sengatan mahu demam atau bengkak bengkik mati pun boleh, terbanglah lagi.Ingatkan selamat tidak juga selamat kerana di tanah juga ada mara bahaya silap perhitungan ada semut api atau semut gatal, maka menggarulah lagi.Belum lagi difikirkan binatang lain yang berbisa seperti lipan, kala jengking dan ular. Maka terbang juga mencari tempat persinggahan yang baru.Kali ini nak kemana pulalah agaknya.
Oh mungkin di tepi sungai, paya atau di tepi pantai.Namun selamat mungkin juga tidak menjadi nyata kerana di tepi sungai ada pula buaya, nanti disambarnya , jika di tepi paya silap-silap menjadi habuan sang sawa, di tepi pantai pula mungkin dibawa ombak ke tengah laut lemaslah pula..emmm ini tak jadi bergegas ku terbang pergi.
Terbang lagi tuju pula ke lain tempat, kali ini cuba pula masuk ke hutan rimba, mudah-mudahan dapat ketenangan dan kebahagiaan yang diharapkan.Entahlah tidak selamat juga kerana di hutan rimba terdapat pula binatang buas terutamanya sang belang, beruang dan musang serta haiwan pemangsa yang lain, emmm di mana nak terbang lagi. Merpati masih mencari destinasi yang benar-benar selamat....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan