Isnin, 18 April 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULONG DR KAMALUDDIN KARMAIN 17.4.2011




Pada 17.4.2011 aku dan Roslan Khairuddin bersama isteri telah pergi ke majlis kenduri perkahwinan anak sulung Kamal di Taman Desa Bayu, Manjong, Perak.Kami sampai lebih kurang jam 1.15 petang setelah puas bertanya beberapa orang untuk sampai ke rumahnya.Setelah sampai kami disambut mesra oleh tuan rumah yang agak sibuk menyambut kehadiran tetamunya yang ramai.

Kami dijemput untuk menikmati jamuan makan yang enak berserta cendol dan kuih popiah basah.Namun kawan-kawan bekas sekolah St.Michael, Ipoh masih belum kelihatan yang datang.Setelah kami habis makan kami duduk sebentar ketika itulah beberpa kawan-kawan lama berkunjung dan sempatlah kami bersembang dan mengambil gambar kenangan.

 Walau ramai kawan-kawan yang berkesempatan bersama di majlis itu namun aku terasa puas kerana dapat juga kami berbual dan bermesra.Bukan senang dapat bertemu kawan-kawan jika tiada malis sebegini kerana masing-masing bertugas jauh dan komitmen bersama keluarga.Adalah diharapkan sekiranya ada lagi majlis begini kita dapat bersama-sama meraikan kawan dan sahabat kita.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...