Aku masih lagi teringat pesanan seorang guru semasa aku masih di bangku persekolahan di peringkat rendah.Pesanannya berbunyi jika membuat kerja sekolah atau dalam peperiksaan usah suka meniru orang kerana itu menandakan kita tak ikhlas dan tidak percaya pada diri sendiri.Belum tentu apa yang kita tiru itu betul sebaliknya jawapan kitalah yang benar, siapa yang rugi ?.Yakinlah pada diri sendiri kerana keyakinan itu selalu membawa kemenangan.
Seandainya kita tersalah atau tersilap dalam membuat keputusan usahlah dikesalkan kerana itu adalah proses dalam pembelajaran.Tidak semestinya kita salah berterusan setelah kita membuat pembetulan.Belajar dari kesilapan adalah lebih baik dari meniru dalam membetulkan kesalahan kerana pesan guru itu lagi jangan menipu diri sendiri, nanti kecewa akan berterusan dan berpanjangan.
Andainya kita ingin pandai dalam pelajaran dan pengetahuan kena perlu banyak membaca, jika tidak tahu bertanyalah pada guru atau orang yang faham.Jika meniru dan bertanya pada orang yang tidak faham maka hanyutlah dalam membuat satu keputusan atau tewaslah kemampuan daya fikir kita tanpa memperolehi kemajuan.Biar malu bertanya dari malu di kemudian hari jika tidak pada orang mungkin malu pada diri sendiri.
Pesannya lagi jika ingin meniru, tirulah gaya dan laku orang yang baik-baik, jangan meniru gaya dan laku orang yang tidak baik.Jika setakat meniru tiada gunanya kerana itu dinamakan berpura-pura.Oleh itu lakukan dan amalkan tingkah laku dan gaya orang baik itu malah jika tidak lebih baik jadilah setakat terdaya atau setanding dengan orang yang baik-baik itu.Aku amat berterima kasih atas pesanan guru ku itu meskipun kini beliau telah tiada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan