Setelah berlalu sambutan hari raya aidilfitri 1432 kini telah masuk empat syawal barulah aku berpeluang untuk menziarahi sahabat ku Roslan bin Khairuddin di Taman Melayu Kampar, Perak.Sebelum itu aku hanya menziarahi keluarga dan jiran tetangga ku di taman kediaman dan kampung ku di Bidor sahaja kerana aku tidak mampu bergerak jauh untuk memandu kereta.
Kebanyakannya pada hari-hari itu aku setakat menjadi penumpang kereta yang dipandu oleh anak-anak ku dan selain itu aku hanya mampu bergerak dengan menonggang motorsikal sahaja kerana serangan penyakit gout yang aku hidapi sejak hari penutup Ramadan lagi.Pada hari ini aku telah mendapat jemputan dari Roslan agar datang berhari raya ke rumahnya meski pun sakit di kaki masih belum hilang sepenuhnya.
Sukar untuk aku mengelak ajakan itu kerana inilah adalah jemputan dari seorang sahabat.Aku mengajak seorang lagi kawan sekelas kami dahulu semasa belajar di Sekolah Menengah St.Michael, Ipoh untuk pergi bersama.Alhamdulilah Amiruddin bin Mat Som yang lebih dikenali dengan panggilan Jaja bersetuju untuk pergi bersama.Setelah rancangan diatur maka aku mengambil keputusan untuk ke rumahnya pada sebelah malam.
Aku memakan ubat agar dapat memandu pada sebelah malam nanti untuk ke Kampar.Bila tiba masa yang dijanjikan aku pun memandu dengan sedikit ragu kerana kaki kiri ku masih membengkak.Namun atas kehendak hati dan demi menjaga talian persahabatan dan hubungan baik , aku memandu dalam keadaan tenang dari Bidor.Sampai di Tapah aku mengambil Jaja yang menunggu di sana.
Dalam masa 25 minit kereta ku sampai di rumah Roslan, lalu beliau menjemput kami masuk ke rumah yang baru siap diubah suai.Kami dihidangkan dengan makanan, kuih dan minuman.Sambil itu seperti biasa kami sentiasa mesra berbual, bergurau senda dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.Memang kami tidak pernah putus hubungan selepas bersekolah dahulu.
Kami hanya terpisah sementara ketika kami masing-masing membawa diri kerana berkerja atau menyambung pelajaran.Selepas masing-masing tinggal di bandar-bandar yang berdekatan kami sentiasa bertemu jika ada masa terluang.Begitu erat talian persahabatan kami sejak bertemu, tinggal di asrama dan bersekolah di tempat yang sama sejak tahun 1971.Sedar tak sedar hubungan persahabatan kami telah menjangkau 40 tahun.
Semoga pertalian dan jalinan persahabatan ini bertambah erat bukan sahaja pada kami tetapi juga kepada isteri dan anak-anak kami.Oleh kerana kesibukan melayan tetamu di musim perayaan dan acara-acara lain yang membatasi pertemuan maka hanya aku dan Jaja sahaja yang berkesempatan hadir pada malam itu.Isteri dan anak-anak Jaja dan anak-anak serta isteri ku tidak dapat hadir.
Begitu juga dengan sahabat dan kawan-kawan lain yang dijemput oleh Roslan, aku dan Jaja, tidak dapat hadir kerana ada komitmen yang lain.Aku sentiasa berharap agar pada sambutan hari raya atau sesuatu majlis yang akan diadakan oleh kawan-kawan dan sahabat handai pada masa hadapan akan dihadiri lebih ramai lagi agar sesuatu majlis atau pertemuan itu akan menambah keseronokan dan mengeratkan hubungan persahabatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan