Ahad, 7 November 2010

JEJAK MELANGKAH SMI IPOH



Disini aku memulakan alam persekolahan menengah dari tahun 1971 hingga ke tahun 1976
St.Michael's Institution, Ipoh,

Setelah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian darjah 5 pada tahun 1969 (sekarang ujian UPSR- darjah 6) meneruskan ke darjah 6 , dan setelah akhir tahun,  aku dan seorang lagi dari sekolah Kebangsaan Bidor,Khizir bin Ahmad telah mendapat tawaran untuk memasuki kelas peralihan (Remove Class) dibawah Rancangan Khas Jabatan Pelajaran ketika itu ke St.Michael, Ipoh. Inilah  pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini mengadakan kelas peralihan dimana pelajar-pelajar kelas tersebut diambil dari sekiatar Ipoh, daerah tengah, selatan dan hilir Perak.

Seramai 40 pelajar telah memulakan sessi kelas peralihan tersebut yang bermula pada tahun 1971. Kami ditempatkan di asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman setiap hari  kami dibawa ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.Pada tahun 1972 kami pindah ke bangunan asrama 73, 75 Jalan Tambun dan No.10 Jalan Watson, Ipoh yang dijadikan asrama.Sekarang RK Kelas peralihan telah lama tidak diadakan lagi di sekolah ini.

Aku belajar disini sehingga tahun 1976 selepas selesai peperiksaan MCE, selepas itu aku membabwa arah haluan hidup diluar alam persekolahan, namun pelajar-pelajar lain tetap meneruskan perjuangan disini.Ramai dikalangan RK dan pelajar SMI yang telah berjaya dalam hidup.

GAMBAR KENANGAN REMOVE CLASS DI SMI, IPOH 1971

Duduk dari kiri:Ahmad Shuhaimi Shahudi, Johari Jalaluddin.Ameruddin Mat Som, Ibrahim Mansor, Meor Abd Rahim, Mr Lee Kon Leong (guru kelas), Zulkifli Tahir, Khairuddin Malik, Zamri, Shukri, Yusof Ismail.
Barisan Dua dari kiri:Allahyarham Azri Nulop, Abd Rahman Khalid, Allahyarham Salleh Zainal Abidin, Azidin Arifin, Allahyarham Wahab Yusof, Hamid Abd Fatah, Sulaiman Arshad, Zainuddin ramli, Roslan Khairuddin, Ahmad Harun, Mohd Aris Yusof, Mohd Nazri Mohd jamil, Tarmizi Simin, Allahyarham Mohd Safri Jamil.
Barisan belakang dari kiri:Zulkifli Khalid, Ashhar Khalid, Abas Jamaluddin, Meor Mohd Tahir, Abdullah Said, Mohamed Azmi, Allahyarham Hasri, Khizir Ahmad Sapi, Rosli Abd Wahab, Allahyarham Shahbuddin Khamis, Azmi Karim, Adam Mustafa, Rosli Tazilah, Rosli Ariffin, Salleh Mat Ali, Muaz Abdul Karim.

Kami bergambar beramai-ramai pada tahun 1971 ~ Ini adalah batch pertama RK Remove Class dimana pelajarnya adalah seramai 40 orang dengan pelbagai bentuk rupa, gaya dan cara, ada dari kalangan keluarga berada, keluarga sederhana tetapi kebnyakannya terdiri dari keluarga yang susah.Kami telah diberi biasiswa sebanyak RM 40.00 sebulan dan ditolak bayaran makan dan lain-lain. Selalunya biasiswa kami terima dalam 3 bulan sekali,cukuplah untuk menambah perbelanjaan tambahan.

Kami pada mulanya tinggal menumpang diasrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh dan pada tahun 1972 kami dipindahkan ke 3 buah bangunan kuarters kerajaan di 73, 75 Jalan Tambun dan No.10 , Jalan Watson, Ipoh dijadikan asrama. Kelas RK ini ditambah satu batch lagi pada tahun 1972 dan pengambilan seterusnya batch 1973, Pengambilan 1974 dan seterusnya ditempatkan di Asrama Sekolah SMI.Kini RK sudah tidak ujud lagi disekolah ini.




TERIMA KASIH SMI...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...