Pada petang tadi 27.11.2010 sempat juga aku ke pinggiran Taman Rekreasi ini untuk menenangkan fikiran, runsing sungguh hati ku duduk diam di rumah sahaja.Setelah aku berpusing-pusing di Bandaraya Ipoh terdetik dihatiku untuk ke taman ini.Malangnya aku kesini hanya berseorang diri, maka aku tidak mengambil masa yang lama disitu dan sempat juga mengambil gambar untuk ku jadikan bahan tulisan ku ini.
Ketika aku bersekolah dahulu dan tinggal di Asrama Jalan Watson disinilah tempat aku meluangkan masa sambil berehat.Taman ini dahulu dikenali sebagai padang polo.Pernah juga aku melihat perlawanan polo disini.Kini padang polo tersebut dijadikan taman rekreasi dan ramai juga pengunjung untuk beriadah.Ada yang berlari, yang berjalan dan ada juga yang duduk-duduk sambil berbual bersama rakan dan keluarga.
Banyak kemudahan yang disediakan disini tidak seperti dahulu, cuma padang yang digunakan untuk permainan polo, sesekali pernah juga dijadikan trek perlumbaan kereta dan tempat beriadah yang serba kekurangan, yang tidak disediakan tempat laluan berlari, tempat senaman, dan juga tempat permainan kanak-kanak.Seronok juga rasanya menjejakkan kaki setelah sekian lama tidak menjejaki taman ini kali akhir aku ke situ pada bulan September, 2010 yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan