Pada petang 7.12.2010 entah mengapa hati ku teringin sangat untuk pergi melihat perkembangan dan pembangunan baharu di Hutan Lipur Kuala Woh.Aku selalu mendengar cerita dari kawan-kawan terdapat banyak perubahan disini jika dibandingkan pada masa-masa lampau.Sudah lama juga aku tidak datang kesini.Tidak berlengah aku memulakan perjalanan ku menuju destinasi ku itu menyusuri Pekan Tapah dan memasuki Jalan Pahang hala ke Cameron Highland.Dikiri kanan jalan terdapat pemandangan bukit dan gunung-ganang yang hijau dan biru.Setelah aku sampai aku dapati memang perubahannya terlalu ketara cantik dan bersih tidak seperti dahulu.
Jarak Hutan Lipur Kuala Woh ini dari pekan Tapah kira-kira 10 km melalui Jalan Pahang yang sedikit berliku-liku.Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti bilik persalinan, kedai menjual makanan, tempat letak kereta yang luas, Pejabat, Chalet, tapak khas perkhemahan , surau dan Pusat Informasi juga sedang dalam penyiapan akhir.Hutan Lipur ini adalah dibawah seliaan tadbir Jabatan Perhutan Daerah, Tapah.Pegawai Khas memang ada ditempatkan disini.
Di sini memang sesuai untuk aktiviti riadah, seperti berkhemah, sambutan hari keluarga, mesyuarat , acara sambutan rasmi, BBQ, majlis sumbangsaran disamping bermandi manda, sesuai untuk membawa keluarga dan anak-anak kerana kawasan mandi disitu luas dan tidak begitu dalam dan bahaya cuma mandi manda ditegah jika waktu hujan kerana air sungai menjadi deras.Kolam air panas juga terdapat di sini dan tapaknya telah diubah suai untuk menyenangkan pengunjug melihat air di kolam tersebut yang berbau belerang.Kemudahan untuk menyalin pakaian dan bilik mandi serta tandas turut disediakan untuk orang ramai.
Untuk majlis perbincangan atau sumbangsaran disini disediakan tempat untuk siap berbumbung tanpa ada dinding.Di Hutan Lipur Kuala Woh juga ada disediakan Pusat Galeri untuk rujukan pelajar atau orang ramai berkaitan hal-hal perhutanan di Malaysia, untuk ke Pusat Galeri tersebut sebatang jambatan gantung ada disediakan yang boleh dilalui seramai 10 orang setiap kali menggunakannya, dan risiko bahaya semasa menggunakannya adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
Disetiap penjuru kawasan dan ditepi-tepi pokok terdapat info yang dipaparkan untuk tatapan dan bacaan kepada pengunjung untuk menambah pengetahuan.Untuk mereka yang suka kepada aktiviti lasak, seperti merentas hutan juga boleh dilakukan dengan juru pandu yang disediakan oleh Jabatan Perhutan dan dikenakan sedikit bayaran.Mereka yang ingin bermalam di Chalet keluarga, Pondok kanopi A juga disitu disamping mereka yang berminat dalam aktiviti berkhemah kawasan tapak khemah juga ada disediakan mengikut petak-petak khas, semua jenis kediaman penginapan dikenakan bayaran yang tidaklah begitu mahal.Bagi penyediaan makanan pengunjung boleh membawa dari rumah dan masak sendiri ditempat-tempat khas dan sekiranya ingin mendapatkan khidmat katering juga boleh dirundingkan.
Bagi mereka yang ingin melihat adat resam dan cara hidup komuniti Orang Asli disini terdapat sebuah perkampungan yang berdekatan iaitu Kampung Orang Asli Kuala Woh.Mereka memang menitik berat akan Sungai Woh ini yang mereka anggap hidup mereka dan sungai itu seperti aur dengan tebing.Dari Info yang sempat juga aku baca disitu asal usul Orang Asli disini asal usulnya dari Afrika yang berhijrah kesini dan serata Asia Tenggara puluhan ribu tahun yang lampau dan amalan dan cara hidup mereka tetap mengikut adat resam yang dibawa oleh datuk nenek dan moyang mereka yang diamalkan dari generasi kegenerasi berikutnya.Punca utama pencarian mereka adalah hasil hutan seperti petai, ubat-ubat tradisional dari hutan dan kerja-kerja lain.
Untuk mendapat ketenangan jauh dari kebisingan dan kesibukan kota adalah dirasakan tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga dan sahabat handai jika ingin mengadakan aktiviti riadah atau pun perjumpaan.Bagi yang suka berkaraoke di sini pun boleh ! kalau lalu boleh dari malam sehingga ke pagi tanpa ada orang yang menganggu, ikut keadaan masa yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan