Khamis, 10 Mac 2011

11.3.2011 SELAMAT HARI JADI KE 53 TAHUN UNTUK SAHABATKU ROSLAN KHAIRUDDIN


Pada hari ini 11.3.2011 maka genaplah usia 53 tahun sahabat ku Roslan bin Khairuddin.Aku telah mengenali Roslan sejak tahun 1971 lagi ketika itu kami mula memasuki Rancangan Khas di St. Michael Institution, Ipoh dan tinggal bersama-sama ku di Asrama Sekolah Tuanku  Abdul Rahman , Ipoh selama setahun dan kemudian berpindah ke Asrama Jalan Tambun/Jalan Watson, Ipoh.



Kami berada dalam kelas yang sama pada tahun 1971, kemudian berpecah kelas sehinggalah ke tingkatan empat pada tahun 1975 kami diletakkan semula bersama sehinggalah kami menamatkan tingkatan lima pada 1976, Selepas  tamat MCE kami terpisah seketika kerana Roslan meneruskan pengajiannya di Institut Tekonologi Mara (UiTM) di Shah Alam, dan aku memasuki alam pekerjaan.





Namun beberapa tahun kemudian kami bertemu semula untuk beberapa kali semasa Roslan bekerja di salah sebuah Bank di Jalan Yang Kalsom Ipoh dan kemudiannya pertemuan kami di CIMB Bank Kampar.Oleh kerana pertemuan itu kami telah berusaha untuk mengumpul kembali kawan-kawan lama dan akhirnya pertemuan besar-besaran dapat diadakan pada 17.7.2010 di Sekolah St. Michael, Ipoh.Saudara Roslanlah yang memulakan langkah ini serta memegang jawatan Pengerusi Grup Rancangan Khas St. Michael, Ipoh hingga sekarang.



Atas daya usaha beliau dan kerjasama dari sahabat-sahabat lain, telah merapatkan semula bekas-bekas pelajar Melayu dan Islam St. Michael., Ipoh.Namun begitu usaha beliau, aku dan beberapa sahabat yang lain tidak putus di situ, kami tetap berusaha mencari sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang lain yang masih belum dapat dihubungi dan masih terpisah agar dapat menautkan semula kasih sayang dan menyambung tali persahabatan yang telah sekian lama terjalin.





Akhirnya dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 53 tahun, semoga saudara Roslan panjang usia, murah rezeki, bahagia disamping keluarga tercinta dan semoga Allah sentiasa merahmati, memberkati dan meredhai setiap usaha yang dilakukan.


     

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...