Menjelang malam sambutan hari raya aidilfitri 1432 (2011) yang lalu hati ini terasa sayu, dada sebak mengajak air mata untuk turut mengalir walau tanpa dipinta ia tetap juga terbit dari kelopak mata.Memang terasa sesuatu akan berlaku dan benda itu benar-benar berlaku tika aku sampai di muka pintu teratak.
Entah kenapa aku teringin benar berkunjung ke teratak pusaka keluarga yang selama ini gelap untuk beberapa waktu kembali terang setelah adik perempuan ku nombor tiga sekeluarga balik berhari raya di situ.Hati ku mula sayu semasa aku dalam perjalanan masuk ke kampung lagi setelah aku dapati sambutan malam raya tidak meriah seperti di tahun-tahun sebelumnya.
Setibanya aku ke dalam rumah tiba-tiba adik ku menerpa lalu memeluk ku dalam tangisan hingga membuat aku juga tidak tertahan sehingga mengalir airmata jantan ku.Sebenarnya aku juga dapat merasakan betapa sedih hatinya kerana kehilangan ibu tercinta pada 23.6.2011 yang lalu.Sudah tentu sambutan kali ini kurang sedikit dibandingkan tahun lalu.
Rupa-rupanya hari raya tahun lalu adalah hari raya terakhir kami menyambut bersama ibu.Pada tahun ini hanya tinggal kenangan.Mengimbau kenangan di malam hari raya tahun lepas, ibu masih boleh bergerak perlahan dan turut memeriahkan suasana bersama cucu dan masih mampu untuk bergerak walaupun perlahan.
Aku juga terharu kerana ini adalah kali ke empat berhari raya tanpa ayah yang telah pulang ke Rahmatullah empat tahun sudah.Kehilangan kedua orang tua memang dapat dirasakan pada setiap kali sambutan hari raya.Tambahan bila terdengar suara takbir mengimbau kenangan ketika bersama ayah dan ibu bermain di fikiran.
Setelah beberapa minit berada di situ aku pun beredar untuk pulang ke rumah ku.Setelah aku keluar dari halaman teratak pusaka aku tetap memandang teratak yang masih ada serinya untuk kami adik beradik berkumpul untuk berhari raya pada keesokan harinya.Pada keesokan harinya kami bertiga beradik bersama keluarga berhari raya di teratak itu seperti di hari raya yang lepas-lepas.
Walau ketiadaan ayah dan ibu kami tetap berkumpul menjamu selera yang disediakan oleh adik perempuan ku itu.Kali ini kakak dan adik bongsu ku yang tinggal di Negeri Johor tidak pulang berhari raya di sini.Kakak dan keluarga akan pulang pada hari raya ketiga tetapi adik bongsu tidak dapat kembali berhari raya di sini.InsyaAllah pada sambutan hari raya yang akan datang kami dapat menyambut hari raya bersama-sama di teratak pusaka ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan