Selasa, 7 Februari 2012
Isnin, 6 Februari 2012
Jumaat, 3 Februari 2012
BERMULA DARI PANDANGAN MATA
Apabila mata bertentang lidah kelu untuk berkata, maka lahirlah rasa kasih dan sayang membara dihati membara di jiwa.Semakin hari semakin mendalam rindu membelai perasaan.Angan dan lamunan sentiasa bermain di fikiran hingga tidak tertahan lagi lalu terjalinlah satu ikatan yang dinamakan perkahwinan.
Setelah berlangsung penyatuan itu maka terbinalah alam rumahtangga yang hendaknya selalu membahagiakan kedua pasangan.Oleh kerana tautan kasih kedua pasangan maka lahirlah tanda bukti cinta bertandang di jiwa kedua pasangan dengan hadirnya seorang pewaris yang dinamakan cahayamata.
Maka beruntunglah memperolehi cahayamata yang akan menyerikan lagi kehidupan di atas muka dunia dengan suara tangisan manja dan tawa anak kecil yang dibelai dan diasuh dengan manja dan mesra.Setelah cahayamata itu semakin membesar dari alam bayi ke alam kanak-kanak.
Kemudian menjadi remaja seterusnya menjadi dewasa lalu menempuh pula dunianya dengan kejayaan hidup.Oh alangkah beruntungnya jika anak yang dilahirkan itu pula mengenang jasa kedua ibubapanya dan negara.Di samping melaksanakan tanggungjawabnya yang utama terhadap kebesaran agamanya.
PANDANGAN MATA MENGENALI DIRI
Kekadang kita lihat sinar mentari pagi amat cerah sekali namun belum tentu cahayanya cerah hingga ke petang, ada tikanya mendung bertandang lalu hujan di sebelah petang turun dengan lebatnya.Di hulu sungai air yang jernih mengalir menyusuri tebing tidak semesti airnya akan jernih sampai ke muara, mungkin menjadi keroh sebelum sempat sampai ke kuala.
Hari yang redup bukanlah ukuran bagi sebenarnya keadaan cuaca yang baik sepanjang hari, jika langit di litupi sedikit awan dan angin sentiasa bertiup tenang maka kita akan rasa selesa, tapi bukanlah sentiasa begitu sepanjang masa, ada waktunya cuaca terasa panas berbahang seandainya bayu tidak berhembus dan cahaya mentari terpancar terus tanpa awan melindungi sinarannya.
Selalu kita melihat tasik yang luas membiru nampak airnya tenang di sebelah permukaan, tetapi adakalanya sesekali berkocak juga, arus di bawahnya mungkin laju tak seperti tenang di mata memandang.Begitulah juga laut yang terbentang sudah pasti selalu berombak bagai tersusun gerak gerinya namun kekadang bergulung dan bergelombang dibadai ribut menggila.
Manusia juga tidak terlepas dari mengalami keadaan begitu, suka duka adalah mainan kehidupan.Hari ini kita senyum, ketawa dan gembira, belum pasti esok kita akan rasa bahagia seperti biasa, entah derita bertandang,Janganlah kita berbangga dan mendabik dada dengan kehebatan dan keangkuhan diri, mungkin suatu hari kita pula terkena bencana hingga menangis tidak terkata..
Jumaat, 13 Januari 2012
SIMPATI
Seanadainya kita hidup dalam kemewahan, senang lenang, harta menggunung, wang ringgit bertimbun, gembira, riang ria dan bahagia janganlah pula lupa pada orang yang kurang bernasib baik, tidak berada, fakir, miskin, hidup melarat, hina dina dan sentiasa dirundung duka nestapa, kecewa serta merana.Berilah bantuan yang sewajarnya kepada golongan ini.
Renungi, pandangi, intai-intailah serta rasailah akan kesusahan dan penderitaan yang mereka alami.Janganlah hanya pandang tak pandang, renung tak renung dan lihat bagai tak nampak, kabur di mata.Berilah mereka merasai buah tangan dan huluran simpati walau hanya sekadar senyuman agar mereka terasa sedikit kemanisan dari sumbangan dan perhatian.
Wajar bagi kita untuk membantu golongan daif ini kerana ketidak upayaan dan kemampuan mereka untuk mengatasi kelemahan dan kesedihan yang dialami.Mereka memerlukan seseorang yang sudi mendengar keluhan dan rintihan hati serta mengharap curahan hati mereka masih ada orang yang bersimpati dan sedia memberi galakan semangat, tunjukajar dan nasihat untuk meneruskan hidup.
Berilah sokongan agar mereka dapat berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik, sempurna dan selesa.Berilah mereka perhatian dan kasih sayang serta bersedia melepaskan mereka dari kehinaan dan kesusahan agar mengubah kesengsaraan, penderitaan dan kesedihan mereka supaya menemui kebahagian dan menikmati kesenangan.
Ingatlah hidup kita di dunia ibaratkan roda yang sentiasa berputar, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas, sementara kita berada di puncak janganlah kita lupa akan nasib insan-insan lemah sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kelaparan, kehausan yang mereka alami serta mengharapkan mereka agar masih mampu tersenyum walaupun hati tak seceria mana.
Ingatlah ketika kita hidup dalam bahagia jangan lupa pada mereka yang berada dalam kesusahan, kesakitan, kesedihan, derita dan berduka.Oleh itu usahlah terlalu berkira dan kedekut untuk membantu dan menolong golongan ini mengikut kadar kemampuan masing-masing sekurang-kurangnya golongan ini tidak merasa tersisih dari masyarakat yang masih sudi mengambil endah kebajikan mereka.
Isnin, 9 Januari 2012
PERKAHWINAN ANAK LELAKI KEPADA SAUDARA MUAZ BIN ABD KARIM
Pada 7.1.2012 bersamaan hari Sabtu, Majlis Perkahwinan anak lelaki saudara Muaz bin Karim sahabat ku semasa bersekolah di St.Michael, Ipoh pada tahun 1971 hingga 1976 telah berlangsung di Taman Pertama, Sabak Bernam Selangor.
Selain dari penulis, antara sahabat handai persekolahan dahulu yang turut hadir terdiri dari Dato'Professor Abdullah bin Mohd Said, Roslan bin Khairuddin, Ameruddin bin Mat Som, Adam bin Mustaffa, Slleh bin Mat Ali, Dr Kamaluddin Karmain, Haji Haridan Radi dan Shahrul-lail.
Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara Muaz bin Abd Karim kerana menyambut dan melayani kami dengan begitu baik sekali meskipun sibuk melayani tetamu lain yang hadir di majlis tersebut.Semoga hubungan yang baik ini menjadi ingatan sepanjang hayat.
![]() |
Sabtu, 31 Disember 2011
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI
Di kesempatan ini ingin aku mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2012 kepada semua pembaca Blog tokwanmatarun dan Beras Melukut.Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat facebook ( fb) Ahmad Harun.Dalam mengejar azam baru yang telah termeteri dan dirantai didalam hati maka perlulah menghadapinya dengan tabah dan berani.Biarlah azam di tahun lalu berlalu samada berjaya digapai atau sebaliknya, jika belum bolehlah dibawa ke tahun baru ini disamping bersemat pula semangat yang baru.
Jika tertewasnya azam tahun lama tanpa kejayaan janganlah kecewa kerana pada tahun baru ini mulakan dengan episod azam baru yang benar-benar jitu bersemangat kental menghadapi ujian dan cabaran.Bagaikan pendekar yang tak mudah hilang arah jati diri dan tidak lemah semangat menghadapi medan perjuangan yang tiada akhirnya, adakala tertewas jatuh tersembam namun bangkit mengatur langkah semula.Adat hidup di dunia ini jika patah, biarlah bertongkat, jangan mudah layu tersungkur begitu sahaja tanpa melawan.
Tetapkanlah iman dan semangat juang yang kental, usah sedikit pun di hati terasa goyah, gentar dan goyang menghadapi dugaan dan cabaran hidup, adakalanya datang bersinar terang gemilang dan adakalanya jua malap hitam tetap sesekali bertandang.Seandai pendekar cekal berani sentiasa mengukuh langkah kekuda jati serta berjuang tak kira masa sudah pasti cabaran dan dugaan dapat diharungi.Semangat pengorbanan nyawa dan badan jua kekadang perlu jadi taruhan demi kejayaan dalam perjuangan.
Sebagai manusia yang sentiasa bersemangat tinggi dan bermaruah, kita perlu melangkah bergaya bersiap siaga untuk mengecapi kemenangan dan hasil kejayaan yang diperolehi itu moga mendapat keredhaan dan kerahmatan Ilahi.Hasil nikmat kejayaan yang diperolehi melalui cara menongkah dan menyongsang arus yang tidak diberkati Allah perlulah dijauhi.Biarlah hina pendekar melarat dan merempat tertewas dalam mencari kemenangan dari hina dina bak besi karat mencari keuntungan berjuang tanpa keikhlasan dan ketaqwaan.
Jika tertewasnya azam tahun lama tanpa kejayaan janganlah kecewa kerana pada tahun baru ini mulakan dengan episod azam baru yang benar-benar jitu bersemangat kental menghadapi ujian dan cabaran.Bagaikan pendekar yang tak mudah hilang arah jati diri dan tidak lemah semangat menghadapi medan perjuangan yang tiada akhirnya, adakala tertewas jatuh tersembam namun bangkit mengatur langkah semula.Adat hidup di dunia ini jika patah, biarlah bertongkat, jangan mudah layu tersungkur begitu sahaja tanpa melawan.
Tetapkanlah iman dan semangat juang yang kental, usah sedikit pun di hati terasa goyah, gentar dan goyang menghadapi dugaan dan cabaran hidup, adakalanya datang bersinar terang gemilang dan adakalanya jua malap hitam tetap sesekali bertandang.Seandai pendekar cekal berani sentiasa mengukuh langkah kekuda jati serta berjuang tak kira masa sudah pasti cabaran dan dugaan dapat diharungi.Semangat pengorbanan nyawa dan badan jua kekadang perlu jadi taruhan demi kejayaan dalam perjuangan.
Sebagai manusia yang sentiasa bersemangat tinggi dan bermaruah, kita perlu melangkah bergaya bersiap siaga untuk mengecapi kemenangan dan hasil kejayaan yang diperolehi itu moga mendapat keredhaan dan kerahmatan Ilahi.Hasil nikmat kejayaan yang diperolehi melalui cara menongkah dan menyongsang arus yang tidak diberkati Allah perlulah dijauhi.Biarlah hina pendekar melarat dan merempat tertewas dalam mencari kemenangan dari hina dina bak besi karat mencari keuntungan berjuang tanpa keikhlasan dan ketaqwaan.
Rabu, 23 November 2011
PERADABAN MENGHORMATI TETAMU
Sekiranya kita menerima tetamu datang ke rumah sudah semestinya kita sambut dengan mesra dan layanan yang baik.Seboleh-bolehnya biarlah tetamu kita selesa, dihormati dan dihargai.Perkara ini telah tersemat dalam sanubari disetiap kerangka kehidupan dari turun temurun.Orang yang tidak menghormati tetamu adalah manusia yang hilang ketamadunan dan peradaban..
Apakah di era moden ini manusia bertukar fikiran berbalik ke arah zaman batu yang tidak mempunyai kesopanan, kelembutan dan kesusilaan sehingga sanggup mengaib, mengejek dan mencaci-cerca terhadap tetamu.Malah lebih buruk dari itu sehinggakan tetamu turut di provokasi, ditunjuk dengan isyarat lucah, menguggut serta melakukan perkara yang menyinggung hati tetamu.
Sebagai orang yang sudah lama hidup bertamadun maka perkara ini amatlah memalukan.Walau segelintir yang melakukan perkara itu namun cerminan di mata tetamu dan di mata orang lain yang menonton dan memandang memburuk serta membusuk kepada keseluruhan masyarakat di tempat itu.
Fikirlah sebaliknya jika pihak kita pula diperlakukan sedemikian apabila menjadi tetamu kepada orang lain, sudah tentu hati akan membara panas dan marah.Apakah hanya diri sendiri itu sahaja yang sempurna lebih dari orang lain.Kekadang kita lupa bahawa tetamu kita itu adalah orang yang lebih tinggi nilai budinya serta amat menghargai kehidupan orang ditandangi itu.
Bayangkanlah tempat tinggal, negeri atau negara tetamu itu telah banyak memberi pekerjaan, rezeki serta layanan baik kepada orang yang merantau terdiri dari kelompok manusia dari tempat yang dikunjungi itu.Mereka lupa bahawa nikmat yang diperolehi dari negeri atau negara tetamu itu yang banyak menyuap makanan ke mulut-mulut keluarga mereka di sana.
Persoalannya perlukah tetamu ini dibalas dengan najis yang terlalu menjijikkan itu.Janganlah bersikap ego, sombong, angkuh, bongkak dan bodoh dengan nilaian peribadi tetamu sedangkan diri sendiri adalah terlalu teruk, buruk dan kurang beradab terlalu kurang ajar terhadap tetamu di tempat sendiri tetapi merendah diri mengemis apabila memerlukan pertolongan dari tetamu, malah menuntut layanan mesra keterlaluan pula ....
Selasa, 22 November 2011
HARIMAU MUDA MENJUARAI BOLASEPAK SUKAN SEA XXVI 2011
Dikesempatan ini kami rakyat Malaysia merakamkan sekalung tahniah dan mengucapkan syabas serta setinggi-tinggi terima kasih kepada pasukan Harimau Muda kerana telah berjaya menjadi juara Acara Bolasepak Sukan Sea XXVI 2011 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 21.11.2011.Pasukan Harimau Muda dapat mengekalkan kejuaraan acara ini pada sukan SEA pada 2009.
Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran namun atas segala usaha, semangat tinggi dan kerahan keringat, pasukan kita dapat juga membenam kekuatan garuda hingga tersembam kali keduanya di hadapan ribuan penonton malahan jutaan rakyat Indonesia di dalam Temasya Sukan SEA XXVI 2011.Maka patahnya kedua sayap garuda tersembam di bumi sendiri dibaham Harimau Muda.
Seterusnya menambah sebutir pingat emas untuk negara.Walaupun kedudukan penambahan pingat emas dikira hanya sebutir namun kutipan pingat emas ini merupakan ibu emas bagi segala kutipan pingat emas dalam semua acara sukan yang dipertandingkan dalam setiap acara Temasya Sukan SEA dan di temasya-temasya sukan lain di dunia.
Walaupun harimau muda tidak menurunkan dan membarisi kesemua pemain utama ketika mengalahkan Garuda 1 - 0 di peringkat kumpulan kerana kecederaan namun pasukan harimau muda masih boleh dan mampu berhadapan serta dapat mengimbangi kegagahan pasukan garuda yang rata-rata dibarisi pasukan utama dan terkuat mereka.
Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran namun atas segala usaha, semangat tinggi dan kerahan keringat, pasukan kita dapat juga membenam kekuatan garuda hingga tersembam kali keduanya di hadapan ribuan penonton malahan jutaan rakyat Indonesia di dalam Temasya Sukan SEA XXVI 2011.Maka patahnya kedua sayap garuda tersembam di bumi sendiri dibaham Harimau Muda.
Seterusnya menambah sebutir pingat emas untuk negara.Walaupun kedudukan penambahan pingat emas dikira hanya sebutir namun kutipan pingat emas ini merupakan ibu emas bagi segala kutipan pingat emas dalam semua acara sukan yang dipertandingkan dalam setiap acara Temasya Sukan SEA dan di temasya-temasya sukan lain di dunia.
Walaupun harimau muda tidak menurunkan dan membarisi kesemua pemain utama ketika mengalahkan Garuda 1 - 0 di peringkat kumpulan kerana kecederaan namun pasukan harimau muda masih boleh dan mampu berhadapan serta dapat mengimbangi kegagahan pasukan garuda yang rata-rata dibarisi pasukan utama dan terkuat mereka.
Pasukan Indonesia terlebih dahulu mengatasi pasukan Malaysia 1 - 0 yang telah dijaringkan oleh Gunawan Dwi Cahyo pada minit yang ke 5, namun dengan asakan berlipat ganda dan pertahanan yang kental pasukan negara dapat menyamai kedudukan 1 - 1 pada minit ke 34 melalui Mohd.Asraruddin Omar sehingga menyebabkan penonton tempatan terdiam buat seketika.Namun bergelora semula apabila garuda menyerang ke kubu sang harimau muda.
Setelah kedua-dua pasukan terikat 1 - 1 dalam babak pertama sehinggalah berlarutan ke masa tambahan.Babak permainan yang sungguh mendebar, meresah dan mencemaskan ketika menonton perlawanan itu dengan kedua-kedua pasukan berbalas serangan dengan membuat beberapa percubaan bahaya ke arah pintu gol.
Penentuan sepakan penalti berlangsung begitu sengit setelah pemain Indonesia Gunawan Dwi Cahyo gagal menjaringkan bola ke gawang gol dan diikuti pula kegagalan Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol penalti untuk Malaysia.Namun pemain Indonesia Ferdinand Sinaga turut gagal menyumbat gol untuk sepakan akhir penalti pasukan Garuda itu kerana kecekapan penjaga gol Malaysia cekap menyambar dan menepis bola dari melolosi pintu gol Malaysia.
Sepakan terakhir telah diambil oleh Kapten Malaysia Baddrol Bakhtiar yang menyepak bola, walaupun bola itu dapat ditampan oleh penjaga gol, namun bola itu melantun dari tangkapan terus bergolek menuju ke gawang gol, akhirnya kemenangan berpihak kepada Pasukan Harimau Muda dengan sepakan penalti 4 - 3.
Kegagahan Sang Harimau Muda kita telah melenyap, meranap dan memunahkan sama sekali harapan tinggi menggunung pemain Indonesia dan peminat pasukan Garuda yang begitu bertekad untuk memungut pingat emas dalam acara ini.Suara gemuruh penyokong Indonesia terus sepi dan diam sambil tergesa-gesa meninggalkan stadium dengan kehampaan.
Saat manis ini telah mengembirakan kem pasukan Malaysia dan kesemua kontijen sukan dari Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia amnya.Sekali lagi tahniah kepada jurulatih Ong Kim Swee dan krew, Baddrol Bakhtiar kapten pasukan Malaysia, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat @ Apek dan kesemua pemain-pemain Harimau Muda kerana membuktikan dan mempamirkan kehebatan dan kekuatan pasukan serta mengharumkan nama negara.
Acara penyampaian pingat telah diadakan selepas perlawanan itu berlangsung dan pertama kalinya Lagu Kebangsaan Negaraku bergema dengan megahnya yangmana sebelum itu tenggelam dengan gangguan suara penyokong Indonesia yang langsung tidak menghormati Lagu Kebangsaan Negara kita ketika dimainkan di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta semasa acara pembukaan perlawanan itu.
Lebih menyakitkan hati mereka hanya duduk selamba, menari dan meniup terompet untuk memperlekehkan Lagu Kebangsaan kita.Dimanakah yang dikatakan sukan SEA itu adalah Temasya sukan untuk keharmonian dan perpaduan rakyat negara-negara di Asia Tenggara.Memang jijik dan kotor kerana masalah sosial yang timbul antara kedua negara serumpun ini hingga terbawa-bawa ke acara sukan SEA pada kali ini.
Ngauman harimau muda bertambah garang pada pertarungan sengit itu dan dapat dengan bergaya menafikan ejekan sosial dan keriuhan sorakan yang bergema dari penyokong garuda.Longlai langkahan mereka keluar dari stadium, ada yang menitiskan airmata, terlalu sebak dan kecewa bersama hati terluka kerana gagal mempertahankan ego akan keutuhan garuda yang dianggap gagah perkasa namun kecundang menjadi bahan ratahan sang harimau muda.
Aku terasa puas dan teruja atas kemenangan ini kerana terasa rakyat negara ini dihina dengan ejekan bukan kerana semangat kesukanan tetapi sentimen tertentu serta langsung tidak menghormati semangat setia kawan.Namun tidak semua rakyat Indonesia bersikap demikian, terutama yang mempunyai kaitan persaudaraan, kekeluargaan dan kenalan dengan rakyat Malaysia, begitu juga pekerja-pekerja Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia...
Langgan:
Catatan (Atom)









































