Isnin, 8 November 2010

PERTEMUAN TIGA SAHABAT RK


dari kiri: Roslan Khairuddin, Ahmad Harun(tw)
dan Hajah Zuraida Jaafar

Inilah pertemuan pertama kali tw dengan Pn Zuraida Jaafar ~ memang mesra kami berbual macam dah kenal lama. Syukur alhamdulilah Pn Zuraida memang seorang yang baik, suka berterus terang, mesra dan tidaklah meninggi diri sebagaimana yang tw sangkakan sebelum ini. Kata orang tua tak kenal maka tak cinta, begitu lah perumpaan yang bertepatan dengan persahabatan kami..bukanlah bermaksud kami bercinta pulak...bersahabat sahaja...

Pada malam pertemuan ini kami juga ditemankan oleh Roslan Khairuddin yang turut sudi datang ke Tapah, memang rancak kami berbual dan bercerita berkaitan kehidupan kini dan cerita-cerita berkaitan semasa bersekolah di St.Michael, Ipoh dahulu.Pertemuan dan persahabatan ini pada bermula dari perkenalan melalui facebook.Seterusnya kami selalu kami berjumpa di Perjumpaan Alumni SMI pada 17.7.2010, dan pertemuan biasa minum-minum di Capati Corner, Temuh, ziarah raya, dan Majlis Perkahwinan anak Puan. Hajah Zuraida di Tapah pada 25.9.2010.



               

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...