Pada pagi 22.11.2010 aku buka facebook dan terlihat satu mesej di FB aku oleh seorang sahabat bernama Mohd Salleh bin Mohd Tahir (RK 1972) merupakan kawan sekerja Allahyarham tetapi diberlainan tempat, mengatakan Allahyarham telah kembali kerahmatullah pada 17.11.2010 di Kampar.Alangkah terkejutnya aku menerima berita sedih itu, timbul dihati ku untuk mendapat kepastian lanjut dan tertanya-tanya kesahihan berita ini.Aku pun menalipon sahabat ku Amiruddin Mat Som dan Roslan Khairuddin berkaitan hal ini.Masing-masing tidak mendengar apa-apa berita berkaitan kematian sahabat kami ini.
Kami berpakat untuk mengunjungi kakaknya di Bukit Pekan untuk memastikan kebenaran cerita kematian ini, sekurang-kurangnya kami dapat menziarahi keluarganya yang berada di Bukit Pekan Kampar. Sebelum aku ke rumah kakaknya bersama Amiruddin, aku teringat akan nombor talipon Allahyarham dan mendail nombor tersebut dimana aku telah menerima jawapan, setelah aku bertanya siapa yang bercakap, orang yang menjawab panggilan aku tadi sebenarnya adalah anak tunggal beliau bernama Mohammad Ikhwan dan beliaulah yang menceritakan bahawa ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada 17.11.2010 yang lalu dan kini anaknya berada di Padang Besar untuk mengurus hal-hal berkaitan ayahnya disana.Benarlah kesahihan berita ini.
Selepas itu aku terus sahaja mengambil Amiruddin Mat Som dimana beliau menunggu di Pekan Tapah untuk kerumah kakak-kakak Allahyarham di Bukit Pekan.Aku kerumah kakaknya itu (rumah pusaka bapa Allahyarham) tidak menjadi masalah kerana aku selalu kerumah beliau semasa bersekolah, bekerja dan semasa kami bujang dahulu.Alhamdulilah salah seorang kakaknya masih ingat pada ku lagi kerana aku pernah tidor dirumah Allahyarham semasa bersekolah dahulu.Hubungan Allahyarham dan aku sangat rapat dan karib.Semasa hayat Allahyarham ibunya masih ada, aku selalu juga dilayan seperti anak ketika datang melawat Allahyarham di asrama dahulu.Semasa Allahyarham ibunya sakit aku pun ada juga datang menziarahi ibunya itu.
Allahyarham dilahirkan di no 184, Kampung Bukit Pekan, Kampar pada tahun 1958 (tarikh lahir- tiada maklumat).Bapanya ketika itu adalah seorang pesara Guru Besar di Sekolah Bukit Pekan, Kampar.Allahyarham mempunyai 4 orang kakak dan seorang adik lelaki.Allahyarham bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan, Kampar pada 1965 hingga 1970.Pada tahun 1971 beliau memasuki RK St.Michael's Institution, Ipoh dan tinggal di Asrama Jalan Tambun dan Jalan Watson, Ipoh.Selepas tamat tingkatan 5, selepas peperiksaan MCE, Allahyarham telah berkhidmat dalam Kastam Di Raja Malaysia Bahagian Pencegahan dan pernah bertugas di Ipoh, Rantau Panjang, Kelantan dan Di Padang Besar, Perlis (hingga akhir hayatnya).
Semasa bersekolah Allahyarham kurang mengambil bahagian aktif dalam sukan, beliau hanya memasuki Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia di Cawangan Sekolah Menengah Vokesyional Leboh Cator di Ipoh.Kami selalu pergi bersama-sama berlatih disana, pada masa itu Persatuan Seni Silat Gayung tiada lagi ditubuhkan di SMI.Allahyarham memang rapat dengan aku, Amiruddin Mat Som dan Allahyarham Azri Nulop dan kami tinggal sebilik di asrama dari tingkatan 3 hingga habis bersekolah di tingkatan 5.Aku, Amiruddin Mat Som dan Allahyarham selalu kemana-mana bersama-sama, boleh dikatakan semasa cuti persekolahan mesti ada rancangan kami lakukan seperti bertemu, dan bergambar.
Kenangan yang tidak boleh aku lupakan semasa kami menonton wayang cerita Permintaan Terakhir di Pawagam Grand Ipoh dan setelah habis cerita tersebut kami terus ke Pawagam Odean ,Ipoh menonton filem keluarga Si Comat dalam satu hari.Setelah masing-masing bekerja Allahyarham ada juga mengunjungi aku di Parit, dan pernah juga kami bersama-sama bertemu untuk makan durian di tempat jualan tepi jalan di Changkat Panjang Gopeng, beli, kupas dan terus makan di situ.
Allahyarham juga selalu hadir ke majlis sambutan hari raya yang diadakan di rumah Dato' Abdullah Mohd Said di Jeram, Kuala Dipang Kampar, tetapi sejak kebelakangan ini beliau tidak hadir kemungkinan kerana keuzuran beliau.Kali terakhir beliau datang dan berjumpa aku semasa berkumpul dengan bekas pelajar SMI dihari raya kedua di rumah Dato' Abdullah pada tahun 2006.Sebelum perjumpaan Alumni RK St.Michael, Ipoh pada 17.7.2010 yang lalu aku ada menghantar jemputan kepada Allahyarham melalui sms tetapi beliau tidak menjawab sms aku itu.
Menurut cerita kedua-dua kakak Allahyarham, Allahyarham telah balik ke Bukit Pekan memandu sendiri dari Padang Besar bersama isterinya dalam keadaan yang kurang stabil, dan sampai di Kampung Bukit Pekan diawal pagi, tiba-tiba Allahyarham semput , setelah mandi dia berada dalam keadaan sesak nafas, lalu keluarganya membawa beliau ke Hospital Kampar dan dalam perjalanan ke Hospital, Allahyarham sempat memesan keluarganya seandainya Allahyarham meninggal dunia kebumikannya disebelah perkuburan ibubapanya.
Pada sebelah malam Allahyarham berada dalam keadaan nazak dan meninggal dunia.Beliau dikebumikan pada keesokan hari disebelah kubur ibunya di Tanah Perkuburan Bukit Pekan, Kampar. Allahyarham balik kekampung adalah untuk berhari raya Aidil Adha kali yang terakhir, dan hanya untuk meninggal dunia di kampung halamannya.
Pada sebelah malam Allahyarham berada dalam keadaan nazak dan meninggal dunia.Beliau dikebumikan pada keesokan hari disebelah kubur ibunya di Tanah Perkuburan Bukit Pekan, Kampar. Allahyarham balik kekampung adalah untuk berhari raya Aidil Adha kali yang terakhir, dan hanya untuk meninggal dunia di kampung halamannya.
Kini Allahyarham telah pergi untuk selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi, hanya kenangan lalu ketika bersama menjadi memori indah pada diriku dan kawan-kawan yang mengenali Allahyarham. Adalah diharapkan balu dan anaknya bersabar dan tabah diatas pemergiannya, sesungguhnya Allah lebih menyayangi Allahyarham, dan marilah kita memanjat doa kehadrat Ilahi semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Amin..
AL-Fatihah...
3 ulasan:
Masa gathering di Dewan (Mahlan..?) dia ada dtg.. tp xpasti thn berapa.. 2007..?
masa didewan Dato' Azman Mahalan ~ Allahyarham ada hadir pada 2007~ beliau hadir dengan isteri baharunya ketika itu tetapi datang cuma sekejap...
Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera buat Abang pemilik blog ini.
Terima kasih kerana catatan ini;Hilang seketika rasa rindu saya kepada Allahyarham .Pada saya dia semasa hidupnya adalah seorang yang sentiasa ceria dan seorang saudara yang paling baik.
Yusri Jalaluddin - Ipoh,Perak.
Catat Ulasan