Hari ini pak hitam, sang kerbau jantan makan ditepian bendang didalam kampung, dimana pak hitam mempunyai kawan-kawan yang turut meragut rumput disitu.Dahulu pak hitam dan rakan-rakannya memberi jasa menajak bendang disitu tetapi kini pak hitam tidak perlu lagi membuat kerja-kerja tersebut kerana telah diambil alih oleh pelbagai jenis jentera.
Sesekali pak hitam dan rakan-rakannya turun berkubang dikawasan-kawasan yang terdapat kolam dan lopakan takungan air ditepi bendang disitu.Walaupun pak hitam sudah berusia namun kudratnya masih kuat dan badannya masih gagah dan sasa.

Walaupun pak hitam dan rakan-rakan berwarna hitam, mereka mempunyai kawan-kawan yang berbulu putih dan cantik, boleh dikatakan setiap hari cik putih, burung bangau, selalu sahaja berada disampingnya.
Pak hitam dan rakan-rakannya tidak ambil kisah sangat dengan cik putih dan kawan-kawannya bertenggek dibelakang mereka.Walaupun cik putih selalu berladang dibelakang pak hitam dan rakan-rakannya, mereka tidak memarahi cik putih dan kumpulannya kerana sekurang-kurangnya mereka memakan kutu-kutu, dan serangga yang hinggap dibelakang pak hitam dan lain-lainnya.

Cik putih dan kawan-kawannya juga berterima kasih pada pak hitam kerana sudi membenarkan mereka berehat dan bertenggek dibelakang pak hitam dan kawan-kawannya, sekurang-kurangnya pak hitam membantu mereka memperolehi makanan seperti belalang yang berterbangan setelah kawasan semak dan paya dilalui oleh pak hitam dan kawan-kawannya.
Cik putih dan rakan-rakan tak perlu bersusah payah untuk mencari belalang untuk makanannya kerana pertolongan dari mereka.Begitu juga cik putih dan kawan-kawan boleh melihat kelibat anak-anak ikan yang bermain-main didalam kolam atau sungai untuk dijadikan tangkapan dan makanan dari belakang pak hitam dan kawan-kawannya ketika pak hitam dan rakan-rakan mandi di sungai atau berkubang dikolam.
Intim sungguh pak hitam dan rakan-rakannya bersama cik putih serta kawan-kawan, saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.

~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan