Sabtu, 12 Februari 2011

KEPANDAIAN PERLULAH BIJAKSANA !

Jika anda ingin menggoncang pokok pastikan jangan dari pucuknya kerana pokok itu tidak akan bergoyang seluruhnya hanya bahagian atas sahaja , maka  jika hendak menggoncang seluruh pokok itu biarlah menggoncang batangnya pasti semua bahagian pokok akan turut bergoyang.

Untuk menewaskan lembu atau kerbau, jangan hanya memulas telinga atau tanduknya, silap-silap kita yang disondol lembu atau kerbau itu.Untuk menunduk haiwan tersebut eloklah menggunakan tali untuk menjatuhkannya ketanah dan cucuklah hidungnya dengan tali, maka urusan untuk menundukkan haiwan itu lebih mudah.

Untuk menewaskan sang buaya yang ganas bukanlah sesuatu yang mudah, carilah kelemahan buaya tersebut ketika diatas daratan.Ketika sang rangkak itu tidor gunakan guni untuk menutup matanya lalu dijerut bahagian mulut dan ditekan beramai-ramai agar ia tidak boleh bergerak.

Menewaskan ular sawa juga memerlukan tali atau menggunakan tenaga yang ramai yang mempunyai keberanian lalu dipegang kepala dan ekornya diregangkan agar ianya tidak boleh bergerak, maka tewaslah sang sawa itu.

Untuk menewaskan binatang liar yang ganas seperti gajah, harimau, beruang dan lain-lain, bukanlah perkara enteng kerana memerlukan orang yang benar-benar mempunyai kepakaran serta perlu menggunakan umpan dan perangkap.Janganlah cuba untuk menangkap binatang liar ini dengan kudrat tetapi perlu menggunakan akal fikiran.


Begitu juga dengan manusia, bukan mudah untuk menewaskannya kerana manusia mempunyai akal fikiran yang cukup tinggi dikurniakan Allah, untuk menewaskan hujah manusia bukan hanya perlu kekuatan tenaga tetapi sebaliknya dengan menggunakan akal fikiran dan mempunyai kekuatan lidah yang  petah berhujah.

Renongkanlah betapa hebatnya seorang ibu meskipun mempunyai tenaga yang kurang dan lemah namun kekuatannya menggoncang buaian ketika menidurkan anak boleh sahaja menggoncang dunia.

Renongkanlah, fikir-fikirkanlah !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...