Khamis, 3 Februari 2011

IR MOHD NAZRI BIN MOHD JAMIL

Mohd Nazri Mohd Jamil


Mohd Nazri Bin Mohd Jamil berasal dari Kampung Tanjong Ara, Parit, Perak dan dilahirkan pada 4.2.1958. Beliau memasuki sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Parit pada tahun 1965 hingga 1969 kemudian menyambung pelajaran menengahnya di St.Michael's Institution, Ipoh dibawah Rancangan Khas Pejabat Pelajaran Perak pada tahun 1971.

Setelah berjaya dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1974, beliau telah melanjutkan persekolan dalam  tingkatan 4 dan 5 di Royal Military College (RMC), Sungai Besi.Selepas menduduki peperiksaan Malaysian Certificate of Education pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran ke University Teknoloji Malaysia seterusnya menyambung pelajarannya dan berjaya memperolehi  IR (Engineer).




Setelah itu Mohd Nazri berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia.Selepas menamatkan perkhidmatannya beliau telah menceburi bidang perniagaan berkaitan marin iaitu Syarikat Marine Design & Service dan memegang jawatan sebagai Principal Consultant.


Beliau juga merupakan seorang Pensyarah Marine & Design Technology di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).Kini Mohd Nazri bin Mohd Jamil menetap di Lumut, Perak bersama keluarga tercinta serta menguruskan syarikat perniagaannya.


Selamat Maju Jaya




 




sekiranya ada penambahan maklumat dan pembetulan sila hubungi saya.


Rabu, 2 Februari 2011

DATUK NICOL ANN DAVID ~RATU SKUASY NEGARA !


Datuk Nicol Ann David dilahirkan pada 26.8.1983, di Negeri Pulau Pinang oleh ibunya seorang yang berketurunan Cina iaitu Mary David hasil perkahwinan campur bersama Mr Desmond David berbangsa India.Datuk Nicol telah mula berjinak dan meminati permainan skuasy semasa beliau masih kecil ketika berusia 5 tahun.Apabila beliau berumur 8 tahun barulah beliau bermain, berlatih serta menyertai pertandingan skuasy.


Datuk Ann David sekarang adalah pemain nombor satu wanita dunia dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang gelaran tersebut kerana kejayaan beliau menjuarai dan naib juara dalam beberapa kejohanan pertandingan skuasy dunia boleh dikatakan berlangsung setiap tahun sejak dari tahun 2000 hinggalah sekarang termasuklah beberapa pertandingan skuasy bahagian Individu serta membantu pasukan Skuasy Malaysia dalam Sukan Komenwel dan Sukan Asia.Sebelum beliau memasuki pertandingan bahagian senior, beliau juga pernah menjuarai pertandingan dalam kejohanan Remaja Dunia semasa dalam usia remajanya.


Pada Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertarikh 4.6.2008, beliau telah dianugerahkan Pingat Darjah Bakti (DB) yang membawa gelaran Datuk kerana sumbangan jasanya mengharumkan nama negara ke seluruh dunia dalam bidang sukan skuasy.Semoga kejayaan Datuk Nicol Ann David akan memberi sinar kepada pemain pelapis negara untuk terus mengekalkan kejuaraan dunia agar dapat dipertahankan selepas tiba masa persaraannya kelak.


petikan dan suntingan ~


Selasa, 1 Februari 2011

DATUK LEE CHONG WEI


Datuk Lee Chong Wei dilahirkan di Pulau Pinang pada 21.10.1982 dan telah berjinak-jinak dengan permainan badminton ketika berusia 11 tahun dimana sebelum itu beliau berminat dengan permainan bola keranjang.Pada peringkat mulanya bakat beliau dikesan oleh Datuk Misbun Sidek untuk dilatih sehinggalah beliau menjadi pemain nombor 3 pasukan negara selepas Rashid Sidek, Roslin Hashim dalam acara perseorangan.


Beliau ketika itu baru berumur 17 tahun.Beberapa tahun kemudian setelah persaraan Rashid Sidek beliau merupakan pemain kedua atau ketiga bersilih ganti bersama Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.Permainannya meningkat dari sehari kesehari akhirnya beliau melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan sukan badminton dunia dalam dan di luar negara hingga meletakkannya sebagai pemain pertama pasukan badminton Malaysia dan telah menjadi juara di sirkit kejohonan dunia dari tahun 2008 hinggalah sekarang.


Pada Hari Keputeraan Tuan Terutama Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas pada 30.8.2008 Datuk Lee Chong Wei dikurniakan Pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk atas mengharumkan nama negeri Pulau Pinang dan Negara Malaysia.Permainan beliau yang meningkat meletakkan nama beliau begitu harum di Malaysia dan dunia yangmana beliau telah menjuarai beberapa kejohonan antarabangsa.

Kejohanan dan pencapaian yang dikecapi oleh Datuk Lee Chong Wei adalah seperti :

2004 ~ menyertai Sukan Olimpik di Athen, Rome peringkat suku akhir.
2005 ~ juara terbuka Malaysia dan Denmark
2005 ~ Pingat Gangsa Kejohonan Dunia (penglibatan pertama)
2006 ~ Juara Terbuka Switzeland
2006 ~ Juara Kejohanan Badminton Asia
2006 ~ Juara Perseorangan Sukan Komenwel di Melbourne, Australia
              (membantu pasukan Malaysia menggondol pingat emas acara kumpulan)
2008 ~ Juara Super Series Masters Final
2008 ~ Juara Terbuka Indonesia
2009 ~ Juara Malaysian Grand Prix Gold
2009 ~ Juara Terbuka Hong Kong
2010 ~ Juara Terbuka Malaysia
2010 ~ Juara Terbuka Korea
2010 ~ Juara Terbuka All England
2010 ~ Juara Terbuka Indonesia
2010 ~ Juara Malaysia Grand Prix Emas
2010 ~ Juara Terbuka Macau
2010 ~ Naib Juara (Pingat Perak) Sukan Asia di New Delhi, India
2010 ~ Juara Terbuka Hong Kong
2011 ~ Juara Terbuka Kebangsaan Malaysia
2011 ~ Naib Juara Terbuka Korea.
2011 ~ Juara All England

Kini usia Datuk Lee Chong Wei sudah pun mencapai 28 tahun, berapa tahun lagi yang mampu beliau dapat bertahan.Sebagai seorang insan beliau juga ada tahap kecergasan naik dan turunnya dan pada satu tempuh beliau tetap juga akan bersara, maka terpulanglah kepada pemain pelapis untuk menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mengambil alih tugasan Datuk Lee Chong Wei yang telah banyak mengharumkan nama negara dalam dunia badminton tanah air.


petikan dan suntingan ~

LIN DAN


Lin Dan telah dilahirkan pada 14.10.1983 namun beliau merupakan seorang pemain perseorangan badminton yang berkalibar kerana skil permainannya amat dikagumi, bermain secara taktikal, mempunyai "hand work" yang menakjubkan, kawalan gelanggang yang kemas dan cepat membaca pergerakan permainan lawan.Walaupun Lin Dan menduduki tempat kedua mata sirkit kejohanan dunia namun beliau tidak banyak menyertai sirkit itu, dan seandainya beliau juga bertanding maka lawannya memang terasa gentar sebelum memasuki gelanggang untuk berhadapan dengannya.


Lin Dan juga selalu mengalahkan Juara Dunia nombor 1 dari negara kita iaitu Dato' Lee Chong Wei dan hanya beberapa kali sahaja beliau dapat ditewaskan oleh juara kebangsaan kita itu.Lin Dan merupakan jaguhan NegaraChina dan dunia, boleh dikatakan beliau adalah jelmaan bekas pemain lagenda China iaitu Yang Yang pada era ketika  itu  yang sememang sukar untuk ditundukkan lawan, namun kehebatan Lin Dan rasanya adalah bersamaan malahan melebihi tahap itu.



Dalam usia yang masih muda Lin Dan telah memenangi beberapa kejuaraan besar dunia seperti  menjadi juara perseorangan Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008,  menjadi juara di kejohanan sirkit dunia perseorangan sebanyak 3 kali pada tahun 2006, 2007 dan 2009.Menjadi johan perseorangan  dalam acara sukan badminton Sukan Asia 2010 di Guangzou, China bahagian individu dan kumpulan .Beliau telah menjuarai beberapa kali kejohonan All England  pada tahun 2004, 2006, 2007, dan 2009.Beliau juga turut membantu pasukan Negara China menjadi juara dalam kejohanan Piala Thomas sebanyak 4 kali iaitu pada 2004, 2006, 2008 dan 2010,, kejohanan Piala Sudirman sebanyak 3 kali pada tahun 2005, 2007 dan 2009. Disini dapat kita lihat betapa hebatnya insan yang bernama Lin Dan.


Sejauhmana pula harapan Dato' Lee Chong Wei dan pemain-pemain lain seluruh dunia mampu berhadapan dan  menyaingi kehebatan Lin Dan.Terpulanglah kepada mereka untuk menggunakan segala pengalaman, kepakaran, melipat gandakan usaha, latihan itensif, pembelajaran taktikal untuk menawan kehebatan Lin Dan.Sampai bila pula Dato' Lee Chong Wei mampu mempertahankan juara dunia hanya dengan memungut mata di sirkit kejohanan antarabangsa yang tidak disertai banyak oleh Lin Dan, dan sekiranya Lin Dan menyertainya nampak tidak terdaya oleh Dato' Lee Chong Wei menumpaskannya.


petikan dan suntingan



MEMIMPIN, MENGURUS, MENTADBIR


Memimpin

Tugas-tugas seorang yang memimpin organisasi adalah menjalankan etika kerja, menjalalankan falasah tugasan, arah hala tujuan, menjalankan dasar organisasi serta memotovasikan kumpulan dibawahnya.Seorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada orang bawahan supaya bersama-sama memajukan diri dan memajukan organisasi.Lagi besar organisasi maka bertambahlah tanggung jawab seorang itu memimpin.Jatuh bangun, jaya atau mundurnya operasi organisasi itu adalah terletak diatas kecekapannya.Orang yang memimpin juga bertanggungjawab kepada orang yang diberi tugas untuk mengurus dan mentadbir organisasi.

Mengurus

Orang yang mengurus organisasi adalah orang yang membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh seorang yang  memimpin organisasi.Seorang yang mengurus perlu mempunyai kecekapan dari segi kawalan orang yang dibawahnya serta cekap mengurus kewangan, mengawal perbelanjaan organisasi.Kawalan petugas-petugas terletak dibawah tanggungjawabnya termasuklah kebajikan, hospitaliti kakitangan dan lain-lain.Sekiranya pihak yang mengurus gagal memainkan peranan dan tidak cekap maka kesannya akan dirasai oleh orang yang memimpin dan orang yang mentadbir organisasi itu.




Mentadbir

Seseorang yang diberi tugas untuk mentadbir seperti mengawal selia orang yang dibawahnya setelah menerima arahan dari seseorang yang memimpin dan orang yang mengurus sesuatu organisasi.Segala arahan perlu diselia dengan cekap dalam mengatasi masalah serta melaksanakan segala projek dan program yang telah diarahkan dari semasa kesemasa.Segala tugas perlu mendapat arahan dan persetujuan dari orang yang memimpin dan mengurus.Sekiranya orang yang mentadbir tidak menjalankan tugas seperti diarahkan maka kesannya akan dirasakan oleh orang yang memimpin dan mengurus organisasi.

Kesimpulan

Oleh kerana ada 3 peringkat susunan ini maka segala tugas tidak akan bercelaruan kerana petugas yang diberi kuasa tahu akan hak dan tanggungjawab masing-masing serta tidak menyalah guna kedudukan mengikut hieraki yang telah ditetapkan.Ketiga-tiga rangkaian ini adalah saling bergantungan antara satu sama lain, agar sesuatu organisasi itu dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.



TANAMAN KELAPA SAWIT


Kelapa sawit (Elaesis guinensis) adalah sejenis pokok palma yang berasal dari negara Afrika Barat.Ianya ditanam melalui percambahan biji benih yang terpilih (Dura X Pasifera) dan kini benih kelapa sawit telah dibiak secara tisu kultur.Semua benih untuk jualan dikawal selia oleh MPOB (Malaysian Palm Oil Board) untuk memastikan mutu dan hasilnya kelak.Kelapa sawit sesuai ditanam dilingkungan kawasan Khaitulistiwa dan kerap menerima hujan, dikawasan tanah pamah, kawasan landai dan berbukit rendah dan  tanah sedikit bergambut serta dimana semua tanah dikawasan tersebut mempunyai  kandungan air yang mencukupi.



Kelapa sawit telah mula di tanam di Kuala Selangor pada tahun 1911-1912, dan  Ladang Tenmaran di Kuala Selangor menanam kelapa sawit secara skala besar pada tahun 1917.Pada tahun 1960an keluasan tanah yang bertanam sawit semakin bertambah dengan pembukaan Estet persendirian seperti Sime Darby, Guthrie, United Plantation dan pembukaan Tanah Rancangan FELDA dan Felcra.Begitu juga industri perkilangan berasaskan sawit turut berkembang.Kini hasil kelapa sawit merupakan komiditi ekspot Malaysia yang utama selain hasil Petroleum.Harga komoditi ini selalu stabil dan sering harganya melonjak tinggi dipasaran dari sehari kesehari.


Kelapa sawit kebiasaannya akan berbuah kira-kira 30 bulan selepas ditanam bergantung kepada penjagaan, pengawasan, pembajaan dan penyenggaraan kebun.Buah Tandan Segar selalunya boleh dipungut apabila kedapatan 2-3 biji buah sawit leroi jatuh ke tanah.Pemangkasan buah tandan segar selalunya 14-21 hari sepusingan.Sekiranya kebun kelapa sawit di selia dengan baik bagi setiap hektar boleh mengeluarkan hasil buah diantara 25 m.t ke 40 m.t setahun.Buah sawit boleh menghasilkan minyak masakan dari perikapnya dan isi sawit dikenali sebagai isirong.Antara lain produk yang boleh dihasilkan dari kelapa sawit adalah lelemak, sabun, alat make-up dan lain-lain.


Walaupun begitu tanaman kelapa sawit juga mempunyai risiko dari serangan penyakit dan serangan serangga seperti serangan fungus, beluncas, ulat bungkus, kumbang tanduk dan belalang kunyit serta serangan haiwan mamalia seperti landak, monyet, tikus, tupai, babi hutan dan gajah serta haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing.Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan pengawalan, penyenggaraan, pencegahan dan perawatan secara biologikal, mekanikal dan penggunaan kimia.


UNTUK MEMENANGI PERTENGKARAN ELAKKAN BERTENGKAR !



Untuk mengelakkan diri kita dari diperlakukan, dihina, diumpat keji, diperbodoh-bodohkan atau diprovokasi lebih teruk, lebih elok rasanya kita hanya berdiam diri, tidak perlu melawan serta tabah dan sabar untuk menghadapinya supaya tidak menambahkan kekusutan dalam sesuatu konflik.

Adakalanya melawan atau bertengkar tidak membawa sebarang faedah terutama kepada mereka yang ada mempunyai hasrat dengki, dendam kesumat, khianat dan suka menonjol-nonjolkan diri untuk menjadi jaguhan.Sejauh mana kita dapat bersabar berhadapan orang yang sebegini terpulanglah kepada individu itu sendiri.

Oleh itu jika berhadapan seseorang yang berkelakuan begini yang sentiasa ingin memenangi setiap hujahnya walaupun menegak benang yang basah, rasanya lebih sesuai kita menjauhkan diri sahaja dari bertengkar.Oleh itu untuk memenangi pertengkaran elakkan bertengkar.




ketika muda aku hendak menguasai dunia, apabila sudah matang aku hendak menguasai diri sendiri !

Ahmad Harun

Semasa usia masih muda remaja, aku bercita-cita untuk memegang jawatan tinggi ataupun menjadi seorang ternama.Aku telah belajar bersungguh-sungguh sejak dibangku sekolah rendah lagi.Kecapaian aku diusia itu adalah sangat memuaskan kerana keputusan peperiksaan penggal sekolah tidak pernah aku mendapat kedudukan nombor 4 kebawah,.Kebiasaannya nombor 1, 2, 3 dan jarang sekali aku mendapat nombor 4.Sampailah peperiksaan penilaian darjah 5, aku memperolehi keputusan yang agak cemerlang juga.

Pada fikiranku pada masa akan datang aku boleh lagi memperolehi keputusan yang lebih baik serta belajar ke pusat pengajian tinggi, seterusnya memegang jawatan yang tinggi serta dibanggai oleh keluarga.Namun setelah umur ku meningkat dan memasuki persekolahan menengah, aku mula alpa dan tidak lagi berusaha untuk memajukan diri, keputusan peperiksaan disekolah seringkali merosot.

Aku telah mula mengenali alam luar yang lebih menyeronokkan.Masa banyak ku habiskan dengan berpoya-poya serta menonton wayang gambar.Pelajaran mula longgar dari peganganku, hinggalah aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (MCE), aku memperolehi keputusan yang kurang memberangsangkan.Walaupun aku boleh lagi pergi jauh tetapi disebabkan aku ingin hidup berdikari, aku mula bekerja untuk menyara diri sendiri dan sedikit lebihan untuk membantu keluarga.

Walaupun hidupku tidaklah seteruk mana dan berada dalam keadaan yang sederhana namun cita-cita asalku hanya tinggal mimpi, pun demikian aku tetap berbangga menjadi diriku sendiri kerana dapat menguruskan kehidupan ku dan keluarga ku, meskipun memegang jawatan rendah.InsyaAllah aku akan dapat menguasai diri ku dari terus hanyut tanpa tujuan hidup.Aku tetap berbangga menjadi aku !.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...