Sabtu, 15 Januari 2011

Konspirasi ~



Sedih juga rasanya apabila kita cuba untuk membaiki kecapaian sesuatu matlamat samada didalam tugas atau pun persatuan, mendapat sabotaj dari ahli atau rakan setugas.Ada dikalangan rakan setugas yang menunjuk sokongan dan menunjuk adab berbaik sangka rupanya merekalah yang menjadi dalang untuk menjatuhkan seseorang dengan pelbagai agenda, cara, cerita andaian palsu, sehingga menyebabkan orang lain terpedaya, terpengaruh serta mempercayai cerita dan muslihat agenda buruknya.


Apalah faedah yang akan beliau dapat hanyalah semata-mata untuk mendapat pujian, perhatian dan untuk mencapai agendanya yang tersendiri tanpa memikirkan nilai persahabatan.Walaubagaimanapun agendanya tetap juga terserlah kepalsuan walaupun melempar batu sembunyi tangan serta sikap pura-puranya itu bak mengkarung, sesumpah dan cicak kobing. Janganlah menjadi Napolean kecil dalam persatuan ataupun rakan sekerja untuk menjatuhkan maruah sahabat sendiri serta menggunakan orang lain sebagai kuda tunggangan untuk mencapai hajat agenda jahatnya.

Tanpa disangka sangka sifat baik yang berpura-pura rupanya mempunyai hati yang amat busuk bagaikan bangkai yang suka melihat kejatuhan orang lain.Apabila agendanya mula dikesan dan hampir gagal untuk menggapai impian serakahnya, maka agendanya itu pula dipertanggung jawabkan pula kepada kuda-kuda tunggangan dan keldai-keldai bagasi yang bodoh lagi dungu tanpa menyedari diri mereka dipergunakan.Insaflah janganlah mengadakan cerita-cerita andaian yang tidak sahih dan mereka cerita yang tidak benar dan tidak berfakta, serta tiada faedah dan tiada untungnya jika ingin melondeh kisah orang lain sedangkan diri sendiri belum tentu berkebolehan dek kerana  pujian palsu dari orang lain.




Ahad, 9 Januari 2011

PERTEMUAN DI RUMAH SAUDARA NIDZAMUDDIN SULAIMAN DI BANGI 8.1.2011


Pada 8.1.2011 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Haridan Radzi (Idan Radzi) di Sewan Kompleks Bangi, Selangor, kami telah dijemput pula oleh Saudara Nidzamuddin Sulaiman untuk kerumahnya.Maka kami pun pergi beramai-ramai untuk menyambung perbualan kami di situ.

Apalagi riuh rendah suasana dirumah Nidzamuddin dengan gelak ketawa dan gurau senda, kerana kami dapat berkumpul disini secara lebih bebas jika dibandingkan di Majlis kenduri perkahwinan anak Idan, maklumlah tidak manis untuk kami bergurau senda dimajlis perkahwinan itu.

Kami turut dihidangkan dengan makanan seperti minuman, kuih muih, satay, dan tidak disangka-sangka Saudara Nidzam juga menghidang kan kami dengan buah oren, mungkin mengambil tema pakaian kami semasa hadir ke majlis kenduri Idan tadi.Masing-masing mengambil kesempatan bersembang maklumlah sudah agak lama juga kami tidak bertemua muka.

Seperti biasa sebelum kami pulang acara bergambar tetap diadakan.Masing-masing mengambil gambar kawan-kawan untuk dijadikan kenangan pertemuan tersebut.Anak-anak dan isterilah yang menjadi orang suruhan untuk mengambil gambar kami pada hari itu.Sesungguhnya pertemuan di kedua-dua majlis ini amat menyeronokkan dan Insya Allah acara ziarah dan pertemuan ini akan diadakan dari semasa kesemasa.

Terima kasih Saudara Mohd Nidzamuddin, isteri dan anak-anak beliau kerana sudi serta sedia melayani karenah kami.





RANCANGAN KHAS SMI DI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK IDAN RADZI


Pada 8.1.2011 Zuraida, Jaja dan aku telah berkongsi kereta, untuk hadir ke majlis perkahwinan anak Haji Haridan Radzi (ahli RK Batch 1972) di Dewan Kompleks Bangi.Pada mulanya kami merancang untuk menaiki kereta Saudara Roslan Khairuddin tetapi beliau tidak dapat pergi seperti yang dijanjikan kerana ibunya telah dimasukkan kehospital kerana sakit.

Kami bertolak pada jam 9.45 pagi dan sampai ke majlis tersebut pada jam 11.45 pagi dan merupakan orang yang terawal hadir di majlis itu.Kami menunggu kehadiran kawan-kawan lain yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Pada hari tersebut kami berpakat untuk memakai pakaian sedondon berwarna jingga, jadi ramailah kawan-kawan yang berpakaian warna itu, akan tetapi ada juga diantara kawan-kawan yang tidak memakai pakaian berwarna tersebut kerana maklumat tidak sampai.

Kawan-kawan yang hadir seramai 16 orang dan ada yang datang bersama keluarga dan ada yang datang awal dan terdapat juga datang lewat.Aku lihat wajah Haridan cukup ceria kerana kehadiran kami yang seramai itu, disamping cara kami berpakaian sedondon menambah meriah  majlis tersebut.Idea untuk memakai pakaian berwarna jingga (oren) asalnya dari Ramsinah, Zuraida dan aku semasa berpesanan ringkas dan komen di facebook kemudian dipersetujui oleh Roslan Khairuddin, sehingga perkara ini aku hebahkan kepada semua kawan-kawan melalui halaman facebook dan di halaman facebook Rancangan Khas St.Michael, Ipoh.Aku tidak menyangka apa yang kami komen dan cadangkan telah mendapat perhatian  dari kawan-kawan.

Setelah selesai makan, tuan rumah mengadakan acara bergambar kami bersama pengantin , yangmana tanpa disangka-sangka ramai yang mengambil gambar kami yang berpakaian sedondon termasuk dari kamera-kamera yang kami bawa secara perseorangan.Memang acara itulah yang menambahkan lagi kemeriahan majlis perkahwinan tersebut dan aku rasa mungkin juga idea ini akan menjadi ikutan orang ramai setelah melihat gaya dan pakaian kami pada hari itu.Selepas acara bergambar  kami pun bersalaman dengan Haridan memohon untuk pulang dan kami telah berjanji untuk sekali lagi bertemu pula di rumah Saudara Mohd Nidzamuddin yang tidak jauh dari situ.






Rabu, 5 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN 6.1.2011 ~ MUHAMMAD HAKIMI TEW ABDULLAH



Assalamualaikum,

Dikesempatan ini tokwan ingin mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran pada 6.1.2011, buat sahabat tokwan yang selalu difacebook.Walaupun kita tidak pernah bertemu namun Hakimi sentiasa diingatan.Entah bilakah agaknya kita dapat berjumpa, hanya Allah sahajalah yang menentukan.


Sempena dihari kelahiran Hakimi, tokwan memanjatkan doa kehadhrat Ilahi, semoga Hakimi beroleh usia yang panjang, murah rezeki, berbahagia disamping keluarga tercinta dan selalu berada didalam kerahmatan, keberkatan dan keredhaan Allah dalam setiap usaha yang dilakukan demi agama, tanahair dan keluarga.Tokwan juga berharap agar persahabatan kita sentiasa erat, berkekalan dan berpanjangan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN




5.1.2011 GENAPLAH UMUR 20 TAHUN ~ SELAMAT HARI JADI FIFI, AYAH SAYANG FIFI !


Ayah ingin mengucapkan ' Selamat Hari Jadi !' buat Fifi anak bongsu ayah yang sangat ayah sayangi, ayah berdoa agar Fifi panjang umur, murah rezeki serta berjaya dalam hidup, itu sahaja yang ayah harap dan sentiasa doakan.

Tiada hadiah istimewa buat Fifi dari ayah pada kali ini kerana ayah tidak mampu menyediakan hadiah yang berharga.Ayah bukanlah seorang yang kaya raya yang boleh memberi hadiah berharga akan tetapi hadiah dari ayah hanyalah kasih sayang ayah yang tidak pernah luntur serta pengorbanan ayah selama ini adalah demi kebahagian anak-anak kiranya nyawa ayah jadi taruhan ayah sanggup lakukan demi kalian semua.

Selama ini ayah sanggup bersusah payah bukan untuk diri ayah tetapi adalah untuk anak-anak, bagi ayah biarlah ayah hidup susah, tidak mempunyai wang ringgit yang banyak dan harta menggunung, asalkan anak-anak ayah dapat hidup selesa dan bahagia.Anak-anaklah harta ayah yang paling bernilai dalam hidup.

Oleh itu ayah berdoa kehadhrat Ilahi agar Fifi dan anak-anak ayah yang disayangi dan dikasihi  berjaya dalam hidup, dan ayah sentiasa berdoa kepada Tuhan agar anak-anak ayah tidak menghadapi dugaan dan pengalaman seperti ayah alami sejak semuanya masih kecil hinggalah sekarang.Sesungguhnya ayah bahagia dan seronok apabila berada disamping anak-anak.Ayah tidak memerlukan wang ringgit dari kalian hanyalah kasih sayang dan doa.



hayatilah gurindam Opah Tibah semasa mendodoikan Fifi kecil masih dalam buaian untuk renungan ~


wahai anak ku cantik gemilang


kepada ayah, ibu mu hendaklah sayang


menjaga engkau bukannya senang


tidor tak lena dan makan tak kenyang






alih kiri, kekanan pun basah


penuh gelumang kencing dan muntah


ayah dan ibu mengasuh tak kira susah


nasihat mereka, janganlah bantah







Selamat Hari Jadi Fifi, semoga panjang umur, murah rezeki dan  lebih berjaya dalam hidup !



Dari ayah..
AYAH .....

Khamis, 30 Disember 2010

GETIK NYE ! TOK WAN...



Begitulah masih terngiang-ngiang kata-katanya bagaikan bara membakar hati menghiris perasaan, walaupun kini sidia tak pernah lagi menganggu ku sejak aku memutuskan persahabatan dan menjauhkan diri darinya, namun apabila dia membuat kecoh menganggu sahabat-sahabat ku, menaikkan juga kemarahan hati ini dan menambahkan kebencian ku yang  membuak-buak getiknya pada sidia itu. 


Aku  bukanlah dari jenis orang yang suka membenci orang tak tentu pasal, bukan juga seorang yang pendendam, malahan aku suka berkawan, dengan sesiapa sahaja tak kira siapa, tak kira pangkat dan tidak pula mengira darjat.Akan tetapi entah kenapa dengan sidia yang seorang ini membuat aku terlalu getik. Semasa mula berkawan nampaknya biasa sahaja tetapi sesudah lama sedikit berkawan sudah pandai pula sidia menunjukkan belang dan cuba untuk mengawal diri ku, tanpa menyedari dirinya siapa dan tiada apa-apa kepentingannya pada aku.


Pandai sungguh dia membuat pelbagai cerita memburukkan aku dan sahabat-sahabat karib ku, dengan lidah yang bermain membelit kata bagaikan sawa memintal mangsa.Malahan suka  memandang rendah, membezakan status kawan-kawan, serta suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain dan suka pula mengadu domba aku dengan sahabat-sahabat ku, apakah kebaikan untuknya, jika aku bermusuh dengan kawan-kawan ku, aku pun tak tahu.


Jika dahulu semasa berkawan suka benar si dia berbalas-balas pantun yang menjadi kegemaran dan minat ku sehingga menimbulkan salah sangka dikalangan sahabat handai yang mengatakan perhubungan kami seolah-olah sedang mabuk bercinta dengan pantun-pantun ku yang bermakna, namun aku bukanlah orangnya kerana fikiran ku masih waras dan  boleh berfikir membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, dek pengalaman lalu yang pernah aku lalui.

Setelah diperhatikan dari tingkah lakunya, dia bukanlah seorang  yang baik untuk ku meneruskan persahabatan, apabila melihat dia ini suka sangat menyebok dalam majlis orang lain yang tiada kaitan dengannya, disamping itu juga dia berusaha untuk  memecah belahkan persahabatan orang lain.Hati ku juga bertambah menyampah, dengan  sifatnya yang suka membanggakan diri seolah-olah dia terlalu sempurna jika dibandingkan dengan orang lain, dan semasa berbual selalu sangat mencarut yang membuat aku terasa segan dan malu kerana kata-kata yang busuk itu dihamburkan oleh seorang wanita.

Entahlah kadang-kadang  kelemahan orang kita nampak, akan tetapi kelemahan sendiri kita tak tahu, kita banyak mengata orang, orang mengata kita entah macamana, kita suka mentertawakan orang, entah-entah orang yang mentertawakan diri kita.Porak peranda dunia dibuatnya, aduh!!! Bukan aku tak sudi berkawan lama tetapi disebabkan perangainya yang sedemikian, membuat aku getik, menyampah, muak dan marah.


Semoga dia akan berubah dari berkelakuan buruk dan sedar akan kesilapannya, kerana sudah ramai dikalangan kawan-kawan  mula menjauhkan serta menyisihkan diri dari terus berkawan dengannya. Insaflah usia kini meniti senja !.











Rabu, 29 Disember 2010

MAJLIS TAHLIL DI RUMAH KAKAK ALLAHYARHAM JOHARI JALALUDDIN


Pada 26.12.2010 sedar tak sedar 40 hari Allahyarham Johari Jalaluddin pergi menyahut panggilan Ilahi.Apalah daya insan yang bernama manusia tetap jua akan pergi meninggalkan alam fana yang dipinjamkan Allah sementara kepada makhluknya.Begitulah adanya setelah pemergian Allahyarham Johari mendahului kita semua yang masih hidup buat seketika sementara menunggu giliran panggilan Allah SWT.

Di rumah pusaka peninggalan Allahyarham ayahandanya di Kampung Tengah, Bukit Pekan Kampar yang kini didiami oleh kakaknya telah mengadakan satu majlis tahlil untuk adik kesayangannya pada hari itu dan aku dan beberapa orang kawan telah dijemput hadir.Akan tetapi disebabkan ramai kawan-kawan yang terlibat dengan hal-hal masing-masing maka aku, Nidzamuddin dan Amiruddin (jaja) sempat jua menghadiri majlis tersebut mewakili sebahagian besar sahabat dan kawan-kawan semasa di asrama dan bersekolah dahulu.

Walaupun aku hadir agak lewat dihari tersebut namun kesetiaan Nidzamuddin dan Amiruddin (jaja) menanti aku amatlah aku sanjungi.Begitu juga kehadiran ku disambut mesra oleh keluarga Allahyarham.Hajat kami untuk bertemu dengan anak tunggal Allahyarham tidak kesampaian kerana beliau ada urusan lain di tempat kerjanya di Putra Jaya.Aku sempat juga memasukkan gambar-gambar kenangan Allahyarham bersama kami semasa bersekolah dahulu dan memberi nota ucapan takziah dari kawan-kawan difacebook ke thumb drive kakaknya untuk dijadikan kenang-kenangan.

Setelah beberapa jam di rumah itu aku, Nidzamuddin, dan Amiruddin ( jaja) pun berangkat pulang.Insya Allah sekiranya ada masa kami akan berkunjung lagi kerumah kakaknya di Kampung Tengah, Bukit Pekan Kampar sebagai tanda hubungan kami dengan keluarga Allahyarham tidak terputus meskipun Allahyarham Johari Jalaluddin telah tiada lagi.

SEMOGA ROH ALLAHYARHAM BERSAMA ROH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH....



Selasa, 28 Disember 2010

AIRMATA TANGISAN SEORANG LELAKI


Benarkah airmata tangisan  seorang lelaki itu amat mahal dan sangat payah dikeluarkan sewenang-wenangnya diwaktu suka atau pun duka.Akan tetapi betapa mahalnya airmata tangisan lelaki namun sekali sekala tetap juga mengalir seandainya seorang lelaki itu terlalu keciwa, menyesali diri dan menerima kesakitan yang amat sangat.

Bukanlah disebabkan airmata tangisan lelaki itu melambangkan tiada jati diri tetapi siapa yang sanggup menghadapi kekeciwaan dan kesakitan yang amat sangat itu, seandainya pun airmata itu tidak mengalir namun dihati seorang lelaki akan menangis, sebak dan lebih parah  seandainya ia dapat bertahan dari mengeluarkan airmata.

Tangisan kesedihan seorang lelaki bukan sahaja pada seorang lelaki yang berjiwa kerdil, tetapi terdapat juga dikalangan  lelaki yang berbadan sasa menangis lebih teruk  sehinggakan merayu-rayu dan tersedu-sedu, selalunya jika ditinggalkan mereka yang disayanginya atau kehilangan keluarga yang tercinta.

Tidak semua lelaki mempunyai jati diri yang benar-benar gagah.Insan yang bernama lelaki juga mempunyai perasaan halus dan mudah tersentuh dengan perkara-perkara yang menyedihkan seperti juga yang dialami oleh kaum wanita yang mempunyai kelembutan.Namun ada juga lelaki yang menangis kerana hanya menonton filem-filem sedih.

Selagi bergelar manusia baik dari kalangan  lelaki atau wanita tangisan adalah perkara biasa didalam hidup.Perlukah seorang lelaki itu menahan airmatanya dari mengalir demi mempertahankan sifat keegoannya.Menangislah jika itu satu cara untuk melepaskan perasaan yang terbuku dihati !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...