Isnin, 31 Januari 2011

Sejarah Tanaman Getah Asli di Malaysia.


Pada tahun 1876 Sir Henry Wickham telah membawa 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden, London, dan disemai di rumah khas yang bersuhu panas, kemudian pada tahun 1877 biji getah telah di bawa ke Ceylon (Sri Lanka) dan ditanam untuk ujian.Pada tahun itu juga Henry Nicholas Ridely Pengarah Botanical Garden Singapura telah membawa biji getah "Hevea Braziliensis" ini untuk ditanam disitu dan didapati tumbuh dengan subur, akhirnya biji-biji getah ini dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam disitu barulah  diedarkan keseluruh Semenanjong Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia.


Sir Henry Wickham


Permintaan getah asli dunia telah meningkat setelah perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli diperkenalkan.Pada masa itu di Tanah Melayu ramai yang membuka kawasan baru dan menukar tanaman dikebun mereka dengan tanaman getah.Begitu juga dengan pedagang-pedagang Inggeris telah membuka perladangan yang besar di Tanah Melayu.Malaya ketika itu merupakan pengeluar getah asli dunia yang terkemuka.Pada masa itu juga berlaku peperangan di semenanjung Korea yang menyebabkan harga getah melonjak tinggi, maka perusahaan tanaman getah di Malaya ketika itu meningkat sekali ganda.Pada zaman inilah ramai golongan peladang dan pekebun kecil hidup didalam serba kemewahan.

H.N Ridley

Sebelum Malaya mencapai kemerdekaan perusahaan getah ini dikawal selia oleh Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan Getah RRI untuk menguji keberkesanan tanaman getah dan penggunaannya.Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957 banyak kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan, menjadikan permintaan getah asli melonjak, begitu juga dengan permintaan getah asli dunia.Maka dengan itu Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Haji Abdul Razak bin Hussien telah membuka penempatan peneroka FELDA, dengan tanaman utamanya adalah getah.Urusan penanaman semula getah diletakkan dibawah Lembaga Tabung Tanam Semula.




Tun Abdul Razak Perdana Menteri
Malaysia yang kedua

Pada 1.1.1973 Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein telah menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk urusan tanam semula dan program-program serta menyalurkan pelbagai teknologi baharu berkaitan pekebun kecil getah.Pada tahun 1980an apabila getah asli disaingi oleh getah tiruan maka harga getah asli dalam keadaan turun naik sehinggakan kebun-kebun kecil getah dan ladang-ladang telah menukarkan tanaman getah kepada tanaman sawit.Apabila harga petroleum meningkat, maka getah tiruan amat mahal untuk diproses, begitu juga dengan peningkatan perusahaan tayar dan kegunaan lain barangan getah terutamanya dinegara India dan China menyebabkan harga pasaran sekali lagi melonjak pada masa ini, adalah diharapkan ianya akan bertahan.




ULAR SAWA


Ular sawa adalah sejenis ular yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara.Ular sawa yang dewasa boleh mencapai 2 meter panjang.Ular sawa adalah spesis reptilia yang berdarah sejuk dan membiak secara bertelor dan dieramkan secara melingkari telor-telor itu sehingga menetas.


Ular sawa kebiasaannya mendiami kawasan hutan yang lembab (hutan hujan tropika), kawasan berpaya dan berair.Ular sawa juga terdiri dari beberapa jenis seperti ular sawa batik, ular sawa darah, ular sawa tikus dan ular sawa redang.Perbezaan diantara jenis-jenis ular sawa ini tidak terlalu ketara hanya saiz dan corak batik yang berberbeza dibadannya.Cara kehidupan dan pemakanannya adalah sama mengikut saiznya.


Ular sawa adalah sejenis pemangsa yang mencari makanan secara penyamaran, serang hendap serta menangkap mangsa setelah berpeluang dengan cara menjerut dan membelit mangsa sehingga remuk sebelum memakannya.Ular sawa tidak mempunyai bisa racun seperti ular yang mematuk mangsa dan melumpuhkan mangsa sebelum dimakan.Ular sawa kebiasaannya suka memakan haiwan mamalia yang sederhana besar seperti babi hutan, pelanduk, kijang rusa, dan jenis beburung yang besar.


Namun ular sawa juga memakan haiwan yang kecil seperti tikus dan beburung kecil sekiranya tiada pilihan yang lain.Ular sawa juga kerap menyusup kekawasan kediaman manusia untuk mencari makanan terutamanya haiwan ternakan manusia seperti ayam, itik, dan kambing.Binatang peliharaan manusia seperti anjing, kucing dan arnab tidak terkecuali dari serangan sang batik ini.Ular sawa jarang menyerang manusia kecuali ia diganggu dan terancam.



Ahad, 30 Januari 2011

SELADANG



Seladang adalah haiwan yang berwarna gelap seakan kerbau tetapi mempunyai badan yang tegap, besar dan tingginya boleh mencapai hingga 2 meter, mempunyai bonggol berabung dibahagian belakangnya, bertanduk tajam dan papan tanduk yang lebar, runcing  dan berdahi putih keperang-perangan.Berat seladang di Asia Tenggara boleh mencapai 900 kilogram.Seladang adalah haiwan mamalia berdarah panas merupakan keluarga lembu.
 

Seladang boleh didapati di negara Asia Selatan dan di Asia Tenggara.Seladang tinggal dihutan-hutan tebal, kawasan berbukit batu serta jauh dari kehidupan binatang lain kerana kumpulan seladang sebanyak 4 hingga 30 ekor hidup dalam kawanannya yang tersendiri diketuai oleh se ekor seladang jantan yang dominan.Seladang bergantung hidup dengan memakan rumput, pepohonan  renek dan juga tumbuhan herba yang tumbuh didalam hutan
.

Ancaman haiwan ini adalah binatang pemangsa seperti harimau belang dan harimau bintang,akan tetapi haiwan pemangsa juga kerap menerima padah kerana kebengisan dan kegarangan seladang terutama ketika terancam.Seladang juga tidak terkecuali menjadi buruan manusia.Di Pusat ternakan rusa Perhilitan di Sungkai, Seladang ada dibiak dan dipulihara untuk mengelakkan dari kepupusan.Seladang disini diajar dan dilatih hidup seperti di habitat asal sebelum dilepaskan kehabitat asalnya didalam hutan tertentu di Malaysia.


 
Seladang yang diternak di pusat pemuliharaan 
rusa di Perhilitan Sungkai, Perak.

Sekiranya sesiapa yang belum melihat atau ingin membawa anak-anak melihat seladang yang hidup seakan-akan dihabitat asalnya bolehlah melawat ke Pusat Perlindungan Haiwan Perhilitan Sungkai.Seladang juga boleh dilihat di Zoo Negara, Zoo Taping dan lain-lain zoo yang terdapat di Malaysia.



Sang Kancil Menjadi Ketua





Pada zaman dahulu disebuah penempatan haiwan yang terdiri dari rusa, kijang, napuh dan kancil.Walaupun rusa, kijang dan napuh lebih besar dari kancil, namun kancil dilantik sebagai ketua kerana kebijaksanaannya jika dibandingkan dengan binatang-binatang lain.Setiap daerah penempatan diuruskan oleh ketua-ketua binatang berkenaan mengikut golongannya,Ada juga wakil-wakil haiwan tersebut diletakkan dibawah pentadbiran sang kancil yang mengurus semua kawasan yang terlibat.




Pada satu hari berlakulah satu perselisihan faham diantara golongan kijang dengan ketuanya dipenempatan kijang dimana ketua yang memimpin telah tidak disukai oleh kijang-kijang lain kerana ketegasannya.Salah seekor kijang yang sudah berumur di situ telah memporak perandakan penempatan itu dengan menghasut  kijang-kijang muda, tidak tahu apa tujuannya.Kijang itu telah mereka-reka cerita dan membawa pula kisah-kisah andaian kepada pentadbir-pentadbir dibawah pimpinan sang kancil.




Salah seekor kijang yang bertugas dibawah pimpinan sang kancil pula mengambil kesempatan untuk menambah suasana yang lebih keruh kerana hasad dengkinya sebelum ini kepada ketua kijang itu.Setelah  penyelesaian diperolehi suasana kecoh tersebut telah dapat diredakan, akan tetapi sang kijang yang dibawah pentadbiran sang kancil masih tidak berpuas hati  menjalankan aktiviti hasadnya dengan mengadu  domba perkara yang tidak benar untuk mengelabui mata sang kancil.




Sebagai ketua didalam kumpulan ini, agak sukar juga sang kancil untuk mengadili hal ini kerana ia seolah-olah menyebelahi pihak sang kijang yang mengadu itu. Perangai sang kijang itu seolah-olah keanak-anakan walaupun ia telah berusia lanjut.Apakah tujuan sebenarnya sang kijang itu tidaklah diketahui.Walaupun begitu sang kijang yang bertugas menjaga daerahnya itu hanya berdiam diri kerana tidak mahu perkara ini berlanjutan.Ia tabah dan sabar serta tidak pula ia berlagak seperti kebudak-budakan, kerana tindakannya selama ini adalah demi kepentingan kedamaian, perpaduan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sang kancil yang menjadi pemimpin kesemua daerah penempatan haiwan itu.



SEJARAH PERLADANGAN GETAH DI BIDOR


salah satu kebun getah yang ditanam lebih dari 70 tahun
di Bidor


Pada abad ke 17 Bidor hanya didiami oleh orang tempatan dan suku kaum Orang Asli yang hidup secara tradisional iaitu berkebun dan kerja-kerja tradisonal yang lain.Pada abad yang ke 18 ramai orang Sumatera suku Rao yang berhijrah ke Bidor.Ada dikalangan mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan dimana mereka juga bekerja sebagai peladang.

Pada masa yang sama ramai orang-orang Melayu yang pindah ke Bidor dari negeri-negeri sebelah selatan dan utara semenanjung.Mereka juga telah membuka penempatan dan membuka ladang getah dan buah-buahan.Apabila perlombongan bijih timah dibuka di Bidor maka lebih ramai imigran Cina yang menetap disini maka Bidor telah berubah wajah menjadi pekan kecil.Seiring dengan itu juga pedagang Inggeris telah membuka kawasan perladangan getah dan telah membawa buruh dari selatan India.

masih ada pemilik kebun yang menanam getah


Antara ladang yang telah dibuka oleh Inggeris di Bidor ialah Ladang Banopaden, Ladang Bedrock, Ladang Bidor Baharu, Ladang Bidor Tahan, Ladang Bukit Katho dan Ladang Gedong.Semasa perang Korea harga getah melambung tinggi menyebabkan lonjakan ekonomi bagi Bidor dan penduduknya yang bergantung kepada ladang dan kebun-kebun getah.Kini ladang-ladang tersebut telah diambil alih oleh penduduk tempatan.


Pada tahun 1980an dimana harga getah telah jatuh tetapi harga kelapa sawit melonjak menyebabkan ladang-ladang getah yang besar dan kebun-kebun kecil telah menukarkan tanaman getah mereka kepada tanaman sawit.Hanya tinggal ladang Bukit Katho sahaja yang masih mengekalkan tanaman getah tetapi tidak sampai pun separuh dari keseluruhan keluasan ladangnya yang bertanam dengan kelapa sawit.Perubahan tanaman ini amat ketara sehingga sekarang kerana masalah pemilik dan pengusaha kebun yang telah tua serta pekerja ladang tempatan yang amat terhad.Kebanyakan pekerja-pekerja ladang juga telah ramai yang diambil alih oleh pendatang asing.


Maka tinggallah kebun-kebun getah yang kecil-kecil yang masih diusahakan oleh penduduk kampung dan separuhnya pula memajak kebun-kebun getah mereka atau mengupah sahaja kerja-kerja penorehan kepada penoreh asing.Walaupun kini harga getah telah melonjak tinggi namun keupayaan pemilik kebun untuk menoreh amat terbatas dan kerja-kerja dikebun juga tidak dapat diwarisi oleh anak-anak kerana mereka telah berhijrah dan bekerja dibandar-bandar.




Sejarah Perlombongan Bijih Timah Di Bidor



Perlombongan bijih timah telah bermula di Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 14 lagi, dimana bijih timah masa itu diperdagangkan keseluruh negara melalui pedagang yang singgah di Melaka ketika itu.

Aktiviti perlombongan di Bidor juga telah bermula pada abad yang ke 18 secara kecil-kecilan melalui aktiviti tradisonal iaitu menggunakan dulang atau melanda.Setelah beberapa lama perlombongan secara tradisional ini bertukar kepada cara lombong palong dimana perlombongan cara ini telah menggamit kedatangan lebih ramai lagi migrasi kaum Cina dari Telok Anson (Telok Intan) dan kawasan Hulu Selangor ke Bidor untuk menjadi pekerja di lombong-lombong tersebut.

Lonjakan Pekan Bidor yang pernah menerima
lonjakan ekonomi sebagai salah satu pengeluar
bijih timah negara

Pada tahun 1930an dibawah pemerintahan Sultan Sallehudin iaitu Sultan Perak ke 9, kawasan perlombongan baharu telah dibuka di seluruh Daerah Negeri Perak, dan Bidor tidak terkecuali menerima kesan dari pembukaan kawasan perlombongan baharu ini.Aktiviti perlombongan juga telah bertambah dimana pedagang-pedagang Inggeris telah membawa masuk jentera perlombongan yang dikenali sebagi kapal korek yang memerlukan perbelanjaan tinggi untuk beroperasi.

Pekan Bidor juga telah memperolehi namanya dari aktiviti perlombongan ini dimana diperolehi dari sukatan acuan bijih yang diperbuat dari kayu.Percantuman dua buah sungai iaitu Sungai Gedong (Gedang) dengan Sungai Bidor, menjadikan tempat pertemuan itu sebuah pelabuhan kecil yang dinamakan Tongkah Harbour, untuk membawa hasil bijih timah ke Pelabuhan Telok Anson (Telok Intan) seterusnya dipunggah kekapal yang lebih besar untuk dibawa ke Singapura untuk proses peleburan.


rumah kongsi/pusat pentadbiran Tongkah Harbour
Bidor, masih berdiri kukuh


Walaubagaimanapun pada peperangan dunia kedua 1941-1945 menyebabkan aktiviti perlombongan di Bidor menerima kesan dari penjajahan tentera Jepun.Banyak syarikat perlombongan terhenti seketika.Setelah tentera Jepun menyerah kalah aktiviti perlombongan telah berjalan rancak semula dengan membuka lebih banyak kawasan-kawasan baharu untuk perlombongan.

Pada awal tahun 1980an pasaran bijih timah dunia telah jatuh dan banyaklah syarikat perlombongan yang telah berhenti beroperasi.Syarikat perlombongan terbesar Bidor iaitu Bidor Malayan Tin juga turut menutupkan operasinya.Maka dengan penutupan BMT itu maka berakhirlah zaman kegemilangan perlombongan bijih timah bukan sahaja di Bidor tetapi juga di seluruh Malaysia.

kawasan tapak perlombongan menjadi pusat
jualan pasir

Kini bekas-bekas perlombongan telah dijadikan kawasan perumahan, kampung tersusun, kawasan perindustrisan dan juga kawasan memelihara ikan, itik dan ayam.




Jumaat, 28 Januari 2011

KONFLIK !







Perbuatan menghasut orang lain, melagakan orang dan suka memprovokasi kepada seseorang yang dibenci amatlah tidak berfaedah dan tiada mendatangkan keuntungan.Orang yang lebih berusia janganlah mengajar orang-orang yang lebih muda supaya bersikap kurang manis , kurang ajar dan tidak menghormati  orang lain terutamanya kepada ketua ataupun pemimpin serta golongan orang tua didalam sesuatu organisasi atau penempatan.Orang yang lebih tua perlu mengajar sifat-sifat yang baik, murni, bercampur dengan mereka serta memupuk perasaan sayang supaya mereka pula boleh menghormati orang-orang yang lebih tua dari mereka.

Akan tetapi jika sebaliknya orang-orang muda pula melakukan kerja-kerja provokasi, tidak menghormati golongan tua, mengandaikan diri mereka terlalu sempurna serta bijak dari golongan yang lebih berusia  maka amatlah malang, mereka hanya mendapat kurugian kerana tidak dapat tunjukajar yang berguna dari pengalaman orang lama sebagai panduan hidup mereka untuk masa yang akan datang.

Oleh itu sebelum berlaku sebarang konflik diantara kedua golongan, perlulah diadakan perbincangan dan rundingan lebih kerap agar hubungan antara kedua golongan tersebut dapat mencapai satu keputusan yang menguntungkan kepada kedua belah pihak.Pecanggahan pendapat antara dua golongan ini adalah biasa tetapi untuk mengelakkan konflik itu dari berterusan maka pertemuan kedua belah pihak amat perlu supaya setiap belah pihak dapat menerima sesuatu teguran, nasihat dan penyelesaian isu. Jurang konflik itu juga dapat di kurang atau diselesaikan dengan cara yang lebih positif.





Khamis, 27 Januari 2011

oh kambing !


Kambing adalah binatang yang banyak perumpamaan untuknya.Perumpamaan dan bidalan yang berkaitan dengan kambing selalunya berkaitan seseorang yang tidak suka mandi kerana kambing adalah salah satu binatang yang takut kepada air.Kambing juga selalu dijadikan umpan untuk memerangkap binatang liar seperti harimau, buaya atau pun sawa selain menjadi makanan manusia.


Bayangkanlah jika seekor kambing ingin menjadi juara kejantanan dalam kumpulannya dan memakai kulit harimau dan lagaknya meniru lagak si harimau, kemudian ia bercampur pula dengan sekumpulan harimau tanpa menyedari kakinya tiada berkuku panjang dan tajam, giginya pula tiada bertaring, yang terlalu jelas ia hanya mampu mengembek dan tidak boleh mengaum seperti harimau yangmana akhirnya ia terus menjadi mangsa dibaham sekumpulan harimau itu.

Walaupun begitu untuk memelihara kambing bukannya mudah, tetapi yang dimaksudkan disini bukanlah seperti kambing yang dijaga rapi disesuatu kawasan dan perladangan yang tidak seperti kambing kampung yang bersifat lepas bebas atau separa bebas memang tidak mudah untuk mengawalnya.Jika kambing-kambing ini tidak dikawal dengan baik oleh penjaganya ianya selalu mendatangkan masalah kepada penduduk kampung kerana selalu kambing-kambing ini selalu menceroboh kebun orang serta merosak tanaman orang dihalaman atau di belakang rumah.Oleh itu bagai dikatakan orang lebih senang mengawal kambing di padang dari dilepas bebas di kawasan yang lebih lapang.


Namun begitu kambing adalah haiwan yang mudah mesra dan sentiasa senyum terutamanya senyuman kambing jantan yang berjanggut panjang, senyumannya setakat untuk memikat kambing-kambing betina sahaja, tetapi malangnya kambing itu tiada bermisai untuk menggerunkan haiwan lain terutamanya ular sawa yang sentiasa sahaja menjadikan kambing sebagai mangsa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...