Selasa, 7 Disember 2010

SAUDARA KHAIRUDDIN BIN MALIK


Saudara Khairuddin Malik telah dilahirkan di Telok Intan (Telok Anson) pada 6.5.1958 dan bersekolah rendah disana dan memasuki sekolah menengah dalam Rancangan Khas St. Michael, Ipoh pengambilan pertama pada tahun 1971.Setelah itu memasuki Maktab Perguruan dan bertugas sebagai guru sebelum berhenti menjadi Imam sepenuh masa di Masjid Saidina Abu Bakar, Kuala Lumpur, dan kini Saudara Khairuddin tinggal di bandar Puchong Perdana, Selangor.


Telah berumahtangga dengan isteri beliau Puan Foziah binti Abd Rahim yang berasal dari Sungkai, Perak Darul Ridzuan dan mereka telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.Isteri beliau juga adalah merupakan sepupu bekas isteri ku, dan ibu saudara kepada anak-anakku sekarang.Allahyarham ibu kepada Puan Foziah dan Allahyarham ibu mertuaku (ibu bekas isteriku) adalah adik beradik.Walaupun begitu aku masih lagi menganggap dan  menghormati Foziah seperti kakak ipar saudara walaupun aku dan bekas isteri telah pun berpisah.Masih lagi aku teringat masa hari pernikahan Saudara Khairuddin dengan  Puan Foziah, dimana aku turut hadir di Trolak, Sungkai masa itu.


Semasa Saudara Khairuddin Malik  bersekolah dahulu, beliau memang aktif bersukan seperti bola sepak, olahraga dan berenang, dan beliau juga dikenali sebagai orang besi dikalangan rakan sekolah kerana kelasakan beliau dalam sukan terutamanya dalam pasukan bola sepak.Disamping itu juga beliau juga aktif dalam persatuan seperti Persatuan Bahasa Malaysia dan Persatuan Agama Islam.Beliau juga terlibat dalam pasukan pancaragam sekolah.


Semoga kerjaya yang diceburi oleh beliau sebagai imam akan diberi rahmat serta diberkati Allah dengan limpahan ganjaran pahala yang berganda, Insya Allah.



Isnin, 6 Disember 2010

MENYUSURI SENJA ~


Pada 5.12.2010 pada sebelah petang waktu hujan gerimis, aku telah menyusuri pekan Tapah dan Kampar melalui jalan lama dengan keretaku yang setia, ketika dalam perjalanan ke Pekan Gopeng disitu menimbulkan nostalgiaku semasa aku bersekolah di Ipoh dahulu dimana aku sentiasa menaiki bas Kinta ketika balik bercuti ke kampung.Sesampainya aku di Pekan Gopeng apa yang aku lihat kini terlalu banyak perubahan dan Bandar Gopeng Baharu amat cepat pembangunannya.

Setelah lepas Gopeng menuju hala ke Simpang Pulai, dimana semasa merentasi Pekan Kecil Kampung Kepayang yang telah usang dan banyak kedai-kedainya telah ditinggalkan, aku membelok keretaku masuk ke Lebuh Raya PLUS menuju ke hala Ipoh, memang kenderaan banyak ketika itu, dalam perjalanan tersebut sempat juga aku mengambil beberapa gambar pemandangan disuasana petang yang hampir kewaktu senja.Tambahan ketika itu hujan baharu sahaja berhenti dan kesan basah masih lagi terdapat diatas lebuhraya.

Memang indah pemandangan bukit-bukit ini diwaktu sebelah petang, dalam itu sambil aku memandu, aku mengambil gambar.Semasa gambar itu ku ambil tangan ku sahaja menentukan kedudukan kamera. Aku tahu perbuatanku itu merbahaya, tapi aku ambil apabila jalanraya betul-betul tiada kereta dihadapan atau jauh dibelakangku.Aku berhati-hati dalam soal keselamatan jalan raya ini.
Banyak juga gambar bukit dan gunung yang ku ambil, sehinggalah aku keluar susur hala ke Tambun/Tanjong Rambutan untuk menyelesaikan urusan ku disana.Aku juga sangat terpegun melihat betapa pesatnya Pekan Tambun sekarang, keindahan pemandangan diwaktu senja memukau hatiku. Aku lihat kini Pekan Tambun terlalu berbeza dari apa yang aku lihat pada 20 ke 30 tahun yang lalu, pesat sungguh pembangunannya.

Berhampiran dengan persimpangan Lost World of Tambun dan pasaraya Giants aku terlalu asyik melihat lampu-lampu neon di pembahagian jalan dan ditepi-tepi jalan berbagai bentuk dan warna, fahamlah aku lampu tersebut adalah untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Natal pada 25.12.2010.

Sampai di Taman Perpaduan, aku tidak lepas mengambil gambar bukit yang tersergam disuasana senja yang telah hampir berlalu menanti malam serta dilitupi awan yang cantik antara gelap senja dan menampakkan hujan akan turun pada malam itu.Sesudah selesai urusan ku, aku pun kembali menaiki keretaku untuk pulang ke Bidor, bersama anak ku.







GENAP SEBULAN ~ USIA TOK WAN MELUKUT MENITI SENJA...


Pada hari ini 6.12.2010 genaplah sebulan usia blog ku, pada mulanya aku setakat mencuba-cuba untuk membuatnya, entah bagaimana aku berjaya untuk membuatnya dengan tanpa disangka-sangka, maklumlah aku dengan IT ini bukannya pandai sangat, begitu juga dengan penggunaan komputer dan cara-cara mengolah, menyunting cerita dan gambar.Tulisanku hanyalah berkisar pengalamanku dan disamping menyanjungi kawan-kawan yang telah berjaya dalam hidup serta mengenang pemergian dikalangan mereka yang telah dahulu kembali menghadap Ilahi.


Setelah aku cuba-cuba bak kata orang main-main lama-lama hatiku terpaut untuk mencuba bidang ini dengan mengambil pantun-pantun ku dan pantun kawan-kawan semasa memberi komen di facebook, selepas itu aku cuba menulis sedikit berkaitan dengan apa yang aku tahu, maklumlah aku bukannya pandai sangat dalam karang mengarang dan Bahasa Melayu yang aku guna banyak yang tonggang langgang.Dari apa yang aku tulis sebenarnya untuk menguji mindaku sahaja, sama ada aku masih boleh lagi menulis, walaupun tak sebaik mana namun aku tetap berpuas hati pada mulanya sebagai tatapan ku sendiri, sebelum orang lain yang membacanya.



Walaupun blog yang aku buat bukanlah sebenarnya untuk bacaan orang-orang cendiakawan ataupun yang bijak pandai, hanyalah untuk kegunaan ku sendiri sebagai mengisi masa lapangku sahaja.Padaku blog ku ini hanyalah nilainya sebesar zarah kerana aku sangat kerdil dalam mengarang, bercerita dan menulis.Namun begitu aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka dan sahabat handai, keluarga dan lainnya yang sudi menyokong, membaca dan menatap barang seketika blog ku ini.Maklumlah orang yang meniti senja tentu bahasa dan olahan ceritanya tumpul, setumpul fikirannya yang hampir membeku.



Dari statistik yang aku lihat dari blogku angka halaman yang telah dibaca setakat hari ini 6.12.2010 jam 1.50 pagi melebihi dari 2,500 halaman dan khalayak pembaca kebanyakannya dari Malaysia, 18 dari Amerika Syarikat, 16 dari Pantai Gading Irian, 8 dari Kanada, 6 dari Indonesia, 3 dari Argentina, masing-masing 1 dari India, Russia dan Portugal.Aku tak tahulah samada mereka membaca atau saja-saja melihat blogku, apa yang aku dapati dari alih bahasa kamus ke Bahasa Inggeris diblog ku, banyak yang kurang tepat maksudnya dan terdapat juga  pelbagai perkataan yang tidak dapat diterjemahkan.


Walaubagaimanapun sekurang-kurangnya menaikkan 'rating' jumlah pembaca blogku.Sekali lagi aku mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada yang sudi membaca, menatap dan yang memberi komen serta yang menunjuk ajar kepada ku dalam memperbaiki, mengolah dan sebagainya pada ku untuk menambah baik blog ku ini dari sehari kesehari.




kepala halaman blog yang bertema ~ meniti senja






Ahad, 5 Disember 2010

GRUP RANCANGAN KHAS ST MICHAEL, IPOH.


Program Rancangan Khas di Sekolah Menengah St. Michael’s Institution, Ipoh telah bermula seawal tahun 1971 dan berhenti pengambilan murid-murid baru pada tahun 1991. Pengambilan tahun 1971 telah ditempatkan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) selama 1 tahun dan kemudian dipindahkan kerumah kerajaan di nombor 73 & 75 Jalan Tambun serta nombor 10 Jalan Watson, Ipoh. Pengambilan tahun 1972 dan 1973 juga ditempatkan disitu. Bagi pengambilan tahun 1974, mereka ditempatkan di bahagian aras atas bangunan sekolah. Pada tahun 1979, satu lagi pengambilan telah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri  Perak dan mereka ini juga ditempat di asrama sekolah dengan bilangan seramai 19 orang. Secara keseluruhanya, projek Rancangan Khas ini telah memberi kemudahan asrama dan bersekolah di bandar kepada murid-murid Melayu seluruh perak yang berjumlah melebihi 150 orang.

Pengerusi Grup RK SMI

Keahlian Grup Rancangan Khas ini terbuka kepada  semua warga pelajar St. Michael's Institution, khasnya  bekas pelajar-pelajar Rancangan Khas dan  bekas pelajar Islam SMI.Pengerusi bagi Grup ini adalah saudara Roslan Bin Khairuddin dari Rancangan Khas (pengambilan awal pada tahun 1971) dan Ahli Jawatan Kuasa telah dilantik pada 17.7.2010 pada Hari Perjumpaan Bekas Pelajar RK/SMI dan sebelum itu Ahli Jawatan Kuasa Penaja dibawah pimpinan Saudara Roslan Khairuddin yang telah mengusahakan perjumpaan dan penyatuan semula bekas pelajar Melayu Islam di sekolah ini. 

Barisan AJK RK SMI

Pengerusi :
Roslan Khairuddin

Timbalan Pengerusi:
Radin Rosli Radin Suhadi

Setiausaha:
Kamaludin Karmain

Penolong Setiausaha:
Ahmad Harun

Bendahari:
Jaja Amiruddin

Ahli Jawatan Kuasa:

Johari Abu Shahid

Abdul Hamid Othman

Amran Shariff

Mohd Nidzamuddin Sulaiman

Osman Abu Hassan

Rusli Shaharuddin

Ismail Badiuzzaman

Zainon Nadzrah

Zahriman Abdul Raoh

Muhamad Nasiruddin Bin Yahya
Kamaruzaman Yahya

Adahudinsa Munei

Puan Dalilah


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

1.Perjumpaan warga RK pada 17.7.2010
dapat mepertemukan ahli-ahli dan bekas pelajar Melayu/Islam yang telah terpisah ada yang lebih dari 30 tahun tidak berjumpa selepas tamat alam persekolahan.



2. Majlis berbuka puasa, tazkirah, motovasi dan sembahyang tarawih di- Sekolah Menengah St.Michael  pada: 18.8.2010 kerjasama dari Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh .
 
 

3.Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri pada 18.9.2010 di Dewan Sekolah Menengah St.Michael, Ipoh.
 
 
4. Ziarah Ahli yang uzur dan kematian ahli atau keluarga ahli (diwakili yang berkemahuan sahaja)

 
 
5. Meraikan bersama majlis perkahwinan anak ahli atau kenduri yang lain (atas jemputan)
 
 
 
6. Perjumpaan mini, Mesyuarat AJK dan aktiviti sampingan kecil-kecilan (atas persepakatan sendiri)





SESIAPA DARI BEKAS KALANGAN PELAJAR MELAYU/ISLAM SMI IPOH ADALAH DIJEMPUT UNTUK MENJADI AHLI.SILA LAYARI HALAMAN FB RANCANGAN KHAS (RK) ST MICHAEL, IPOH.



UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM JOHARI JALALUDDIN

DALAM KENANGAN


Saudara Johari Jalaluddin (Joe Bukit Pekan) batch RK 1971 telah kembali kerahmatullah pada 17.11.2010 kerana serangan jantung, rosak paru-paru dan masalah buah pinggang ~ Al-Fatihah !

ucapan dari sahabat RK/X SMI:

22 November at 21:38 -Ashhar Khalid Innalilla hiwainna Ilai horojiun, Alfatihah

Sama-sama kita mohon agar roh beliau ditempatkan bersama orang2 soleh.

22 November at 21:56 ·Ahmad Harun -aku ngan Jaja baru balik dari rumah kedua2 kakaknya di Bukit Pekan...sebab maklumat sampai agak lewat...


22 November at 21:43 ·Ashhar Khalid Dimana kebumi dan sejak bila Allahyarham sakit

22 November at 21:48 Ahmad Harun ceritanya begini:
Allahyarham sakitnya sudah lama, dan beberapa kali jatuh ketika menunggang motorsikal, dan tidak suka menghebohkan kpd rakan @ keluarga, dia kurang mampu utk berjalan dan tercungap2.
Pada 17.11.2010 yg lalu dia memandu dengan isteri ke Bukit Pekan, tetapi termengah2, selepas mandi, sempat lagi bersembang dengan kedua kakak dan ipar duainya, setelah dia mandi, keadaannya amat letih dan sesak nafas, kemudian dibawa kehospital, dimana pada malamnya beliau menghembuskan nafas terakhir.Semasa beliau dibawa kehospital, dia memberitahu sekiranya dia meninggal, kuburkan disebelah kubur ibu dan ayahnya di Bukit Pekan, maka di Bukit Pekan Kampar tempat belisu disemadikan.Dia balik ke Bukit Pekan Kampar utk berhari raya korban, dan meninggal pada hari yang sama....Allahyarham meninggallkan seorang balu dan seorang anak lelaki...

22 November at 21:56 · Jazz Unmil Sama2 kita mendokan agar rohnya dberikan keberkatan d dtempatkan bersama2 para2 solehin amin Al-Fatiah

22 November at 23:41 ·Sharoom Salleh innalillah ....................

22 November at 23:53 · Tarmizi Simin innalillah hiwainalillahirojiun...moga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman... AlFatihah

23 November at 00:23 · Nidzam Sulaiman amat mengejutkan.. sbb jmpa gathering di K Dpg nmpk sihat mcm biasa..

23 November at 02:19 ·Abdul Rahman ‎... satu-satunya member yg panggei aku genius secara ikhlas ... al-Fatihah ....

23 November at 09:17 · Khairuddin Malik Innalillah.... tak dapat berita, meninggal pada Hari Raya Haji pulak tu.. lepas beraya, saya masuk hutan ke kampung orang Asli di Gua Musang, korban bersama saudara baru di sana, baru balik Ahad lepas

23 November at 09:38 ·Kamaludin Karmain Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun, semoga rohnya berbahagia disamping Penciptanya

23 November at 09:41 · Abdul Hamid Othman semoga Allah mencucuri segala rahmat keatas roh nye amin. detik kenangan bermain di fikiran sewaktu bersama zaman asrama.

23 November at 13:36 ·Abdullah Mohamad Said Moga Allah mengasihi roh sahabat yang sentiasa dekat di hati....memang aku bercadang nak jumpa dia Hari Raya Haji, tapi tak kesampaian kerana tak berada di sini minggu hari raya. Redhalah kepada suratan takdir.

23 November at 16:36 · Zainudin Ramli sedih dan terkejut dgn berita ini . hajat x kesampaian untuk bertemu alahyarham setelah sekian lama berpisah. semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.......................................................

23 November at 17:23 · Idan Radzi Innalillah... tak sempat pun berjumpa... aku nan amat risau akan kematian seharian telan ubat dengan bilangan nan banyak... rakan yang dikasihi senyap-senyap meninggalkan kita...

23 November at 19:59 ·Kamarul Bahrin Abdullah Innalillahwainahirojiun...takziah diucapkan kpd keluarga alahyarham..

23 November at 20:37 · Mohd Ridzuan Hamid innalillah...semuga dirahmati allah rohnya dan ditempatkan bersama2 orang2 yg sholih,amin!!!

23 November at 23:10 · Zulfli Saaid Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun, semoga rohnya berbahagia disamping Penciptanya..juga takziah buat keluarganya..

23 November at 23:56 ·Khalid Ismail kite sedekah alfatihah dan doa banyak banyak pada arwah, semoga kelaurganya sabar menerima ketentuan Ilahi...

24 November at 00:00 · Rashidi Manap innalillah...alfatihah..semoga roh Joe di cucuri rahmat...thank you Ahmad for the news.

24 November at 07:18 ·Mohd Nazri Mohd Jamil Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun, saya merasa sungguh sedih kawan kita yang lama tak berjumpa, sudah pun pergi...al fatihah

24 November at 12:13 ·Kamarul Baharin Mohd Yaacob Innalillah, semoga rohnya dicucuri Rahmat, keluarga harap bersabar dugaan Allah

24 November at 18:56 ·Adahudinsa Munei Inna lillahi wa inna illa hi roji'un...Al-Fatihah.....

24 November at 19:24 ·Ariza Fattah Abd Rahman salam...saya mewakili Batch 84' mengucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham....kehidupan harus di teruskan...

24 November at 19:28 ·Mohd Shahrom Shahidan semoga Allah memberi rahmat padanyer...

24 November at 22:46 ·Hazli Mohd Zin Innalilla hiwainna Ilai horojiun, Alfatihah

25 November at 14:55 ·Keroi Badree Takziah...smga rohnya dicucuri rahmat...

25 November at 15:20 ·Jama Asik Md Nor alfatihah...mudahan roh nya ditempatkan dikalangan org yg beriman...

25 November at 16:32 ·Mono Lee dari mana kita datang, kesitu le kita kembali.....

26 November at 01:34 ·Abd Wahab Ariffin Innalilla hiwainna ilaihi rojiun ..
alfatihah....
takziah pada keluarga
semoga rohnya dicucuri rahmat

26 November at 12:09 ·Mohamad Bin Abdul Hadi Takziah kpd keluarga Allahyarham Johari Jalaluddin.

26 November at 16:29 ·Kamaruzaman Yahya alfatihah.... semoga rohnya dicucuri rahmat

26 November at 19:13 ·Kamil Arif Yeop Salam takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah....

28 November at 03:19 ·Azhar La alfatihah....

29 November at 17:35 ·Hang Tuah Din Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman... AlFatihah....

30 November at 11:25 ·Ibrahim Mansor Alfatihah...

30 November at 16:28 ·Norazizi Jamaluddin alfatihah...

30 November at 22:16 ·Hj Isa Mohammad alfatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman.......


22 December at 16.55   Osman Abu Hassan Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Alfatihah

TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT ATAS UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM !
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ~ AL-FATIHAH

Sabtu, 4 Disember 2010

GURU PENYULUH ILMU ~










Guru adalah orang yang memberi pengajaran dan pendidikan secara formal ataupun tidak formal.Pelajar merupakan orang yang memerolehi ilmu yang diajarkan oleh guru.Islam mengajar manusia  supaya menghormati dan memuliakan guru.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Muliakanlah guru-guru agama, kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia memuliakan aku"
~(Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi)~

"Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya"
~(Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi)~

Penekanan akhlak seorang pelajar kepada gurunya diambil perhatian dalam Islam agar ilmu yang diperolehinya mendapat keberkatan serta ilmu itu dapat memberi bimbingan kepada jalan yang benar dan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.Pelajar juga perlu memelihara peradaban dan tingkah laku, percakapan, pergaulan dan sebagainya dihadapan atau pun dibelakang gurunya.

Guru adalah orang yang mulia.

Kemuliaan guru adalah kerana pekerjaan mengajar serta mendidik serta kealiman dan kepandaiannya, dimana Rasulullah SAW dalam hadith-hadithnya menerangkan bahawa orang alim adalah pewaris para Nabi. Kelebihan orang alim atas orang yang beribadah seperti bulan purnama diantara sekelian bintang-bintang.Bahawa kematiannya juga satu kabilah dipandangnya lebih ringan daripada meninggalnya seorang yang berilmu pengetahuan.Memelihara akhlak dan menghormati guru mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa memuliakan orang alim, bererti memuliakan Tuhannya"
~(Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi)~

Guru adalah orang yang sangat berjasa.

Pekerjaan guru adalah menyampaikan ilmu, dimana ilmu ini amat penting dalam kehidupan manusia.Ilmu pengetahuan jugalah yang menjadikan kehidupan manusia didunia lebih maju dan manusia mempunyai peradaban yang tinggi.Manusia juga boleh menduduki berbagai kedudukan yang mulia dan terhormat dengan ilmu yang diperolehinya dari guru.Nasib manusia diakhirat juga ditentukan oleh ilmu pengetahuannya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Siapa yang mengkehendaki dunia, wajib ia mempunyai ilmu, siapa yang mengkehendaki akhirat, wajib mempunyai ilmu, dan siapa yang mengkehendaki dunia dan akhirat kedua-duanya, wajib juga ia mempunyai ilmu"





suntingan dan petikan ~




Jumaat, 3 Disember 2010

KISAH HANTU ~ ADAKAH HANTU ITU BENAR-BENAR WUJUD ?

pocong (gambar hiasan)


Aku selalu juga membaca buku, majalah dan menonton dipawagam berkaitan cerita-cerita seram dan hantu, apa yang aku dapati semua bangsa didunia ini percaya kewujudan hantu.Ada yang mengisahkan kejadian orang dirasuk hantu, orang mati jadi hantu, hantu penunggu,pontianak, toyol, hantu peti ais pun ada, bermacam-macam hantu yang aku sudah jumpa, lihat tetapi hanya di layar perak dan tatapan dari gambar pelukis dibuku-buku bagi melariskan jualan.
toyol ?

Aku teringat pada tahun 70an dan 80an dimana aku selalu juga menonton  filem Cina berkaitan cerita hantu ini.Apa yang aku lihat cerita hantu Cina ini serupa juga bentuknya seperti yang selalu diceritakan oleh orang Melayu.Aku tak pernah melihat, terlihat, terimbas dan tertengok hantu pocong selama aku hidup.Benarkah ada kewujudan hantu pocong tersebut.Cerita hantu pocong ini selain menonton filem, cerita dari mulut ke mulut selalu diceritakan ketika kawan-kawan berbual-bual kosong tetapi kebenaran setelah ditanya semula berkaitan hantu jenis ini, maka dijawabnya dia pun tak pernah jumpa hanya mendengar cerita orang.

pontianak (hiasan)

Pada tahun 80an atau 90an (aku tak ingat !) aku pernah juga melihat pameran hantu di Muzium Negara tetapi semuanya tidaklah menyeramkan aku, apa yang pasti aku lihat pameran tersebut hanyalah berbentuk rekaan, ilham dan pandangan sahaja tetapi kebenaran cerita kisah hantu ini tidaklah boleh dibuktikan benar-benar wujud.


langsuir

Aku pernah juga terdengar orang berkata yang hantu ini merupakan syaitan yang menjelma wajah hantu, untuk menyakat atau menganggu manusia terutamanya orang yang kurang semangat dan kanak-kanak, entahlah...Hal berkaitan dengan kewujudan syaitan dan jin memanglah aku akui kebenarannya tetapi pengalamanku melihat perkara ini belum lagi aku alami dan seandainya ada, aku tidak juga mengingininya.



Pada tahun 60an, masa itu kanak-kanak memang selalu ditakutkan ibu bapa mereka berkaitan cerita hantu, maka anak-anak takut untuk keluar malam, lagi pun diwaktu itu suasana di kampung-kampung memang gelap dan selalunya hantu ini ada kaitan kisahnya diwaktu malam atau subuh kerana keadaan yang gelap, tunggul dan daun pisang bergoyang didalam gelap pun disangka hantu, akan tetapi kini dikampung-kampung, apatah lagi dibandar-bandar  limpahan cahaya lampu menerangi setiap penjuru, dan kisah kemunculan hantu langsung tidak dirasai oleh kanak-kanak lagi.

dracula (gambar hiasan)

Masa dahulu ada pelbagai hantu yang kita dengar hantu yang suka menyerupai tuan belaannya dipanggil hantu raya, yang terbang menghisap darah orang bersalin dipanggil penanggal, lansuir, yang suka menyorok budak-budak diwaktu senja dipanggil hantu sorok atau hantu kopek, yang suka merasuk digelar pelesit, bajang, polong dan saka, yang tinggi lonjong, hantu galah, yang didalam air hantu air, yang suka mencuri adalah toyol, hantu kubur, pocong, hantu bungkus, hantu tudung, hantu kelubung, dan pelbagai nama dan jenama, ragam serta bentuk rupa hantu mengikut cerita dan gambaran orang.

gambar hiasan


Sekarang ini yang pasti hantu baru memang wujud di negara kita seperti hantu judi, hantu arak, hantu disko, hantu rempit, hantu tangan panjang, hantu melaram, hantu raya dihari raya, hantu make up, hantu rokok, semua dah berhantu.Bila manusia telah menjadi hantu, mungkin hantu-hantu yang selalu diceritakan orang sebelum ini sudah hampir pupus.



 Hantu dizaman moden

Masa kanak-kanak dahulu memang aku terasa takut menjelang malam kerana suasana yang gelap ketika itu, yang melambangkan kewujudan hantu tetapi zaman moden kini rasanya anak-anak lebih berani kerana bagi mereka malam dan siang sama sahaja.


Entahlah, sejauh mana benarnya....



Hantu motor




Hantu pocong







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...